Thursday, February 9, 2017

Al-Fatihah Muhammad Izz Iskandar

Anak lelaki yang dah lama jadi impian mama dan abah.Memang pedih tapi semuanya dah tertulis.Mama redha dengan ketentuan Allah.Bila dikenang rasa macam drama tv.Tapi semuanya realiti yang pernah mama dan abah tempuh.Setiap detik bermain-main dalam kepala mama.

22/1
Tghr start sakit mcm nk buang air besar.Tp banyak kali repeat g toilet tp xmembuang pn.Petang sakit mcm kontraksi 15 min sekali.X terpikir langsung ke arah nak bersalin sbb baru 26w.Melarat smpai petang.Panggil tukang urut mtk urut sbb sakit sgt.Tukang urut pn xjangka mama nk bersalin sbb adik blm turun bawah lg.Tp dia rse pergerakkan adik kurang.Dia goncang2 perut mama.Adik bergerak sekali.Dia suruh jgk mama pegi hospital.Lepas magrib abah dah balik mama ngn abah pegi hospital.Bila dah dekat ngn hospital tibe2 mama rasa mcm nak sgt meneran.Kelam kabut abah drive.Sampai hospital terus bagitau yg nak teran sangat dah.Terus diaorg suruh baring.
Datang doktor cek jalan.Dah 10 cm.Allahuakhbar.Adik dah nak keluar ke..Adik baru 26w.Mama makin sakit.Nk teran tp kne hold.Belum campur nurse marah sebab dtg lambat.😭
Dari suasana tenang dlm labour room tibe2 jadi kelam kabut.Misi lari sane sini dptkn barang keperluan.Misi bising2 pun mama senyap je.Memang salah mama dtg lambat kan.Macam2 injection mama dpt.Matangkan paru2,antibiotik utk gbs mungkin la.Sbb mama gbs carrier.
Diaorg miscommunication pasal mama baru 26w.Diaorg igt dh 36w.Bila tau 26w lagi kalut.Diaorg cek sekali lg bukaan.Igtkn salah cek,takkan 26w bukaan 10cm dah.Tapi tu la hakikatnye.Memang dah full.Doktor dtg bawak mesin scan.Scan tengok adik.Rupanya adik melintang.Adik.Macamn mama nak teran kalo adik melintang.Doktor asyik remind mama jgn teran.Sbb yg akan keluar uri adik je.Risiko besar utk adik.Mama tahan.Mama xnk jd ape2 kt adik.Masa tu jgk diaorg decide emergency czer.Mama xde pilihan.Ikutkan je.Memang xde ape2 idea dlm kepala.Tak terfikir langsung nk tnye blh ke tangguhkan kelahiran.Mungkin xde la kot sbb diaorg teruskan je.
9.05 pm.Adik lahir.Mama langsung xdpt tengok adik.Mama dgr suara adik nangis sekejap sangat.Alhamdulillah anak lelaki mama lahir.

23/1
Harini mama excited sangat nak pegi tengok adik.10.30 am abah dah datang.Bawak mama turun NICU.Igtkn blh la terus tengok tp doktor pakar tengah rawat adik ngn kawan2 adik.Jadi sesiapa pun xblh masuk lg.Mama tunggu smpai pkul 1.Still xdpt tengok adik.Sedihnye hati.Abah tengok mama dah penat sangat.Abah ajak mama naik wad.Hati memang xnk.Tapi terpksa akur sbb kakak2 kt bawah.Abah kena take over jg diaorg pulak.Mama dtg ptg nti pulak ye adik.Petang mama dtg lg dengan Abah.Alhamdulillah mama dpt jumpa adik.Muka adik sama macam abah.Tapi mama xdpt pgg adik.Adik dalam inkubator.Xpela.Janji mama dpt tatap muka adik.Hilang sakit mama.Tapi xdpt duduk lama.Xpela,mama doakan yg terbaik utk adik.Semoga adik kuat.Mama nak bawak adik balik tau.Nanti kte blh jmpe kakak Zara ngn kakak Bella.

24/1
Pagi tu nurse datang bawak mama pegi NICU.Doktor nak jumpa.Mama berdebar sangat.Kenapa?Mama pun pegi.Jmpe pakar.Pakar explain situasi adik.Xde ape yg diaorg jnjikn sbb perjalanan baby prem mmg pasang surut.Ade masa akan ok.Ade masa akan down.Mama cuma dpt doakan adik kuat.Doktor bg mama pgg adik.Doktor mintak mama pam susu.Kalo progress adik ok esok Doktor nk try bg susu kt adik.Happy sangat mama dgr masa tu.Kebetulan mama dah mula bengkak susu.Mama mintak abah belikan pam susu ngn bekas utk mama simpan susu untuk adik.Mama excited sangat.Petang tu abah smpai anta kan pam.Mama xsabar2 nak pam susu untuk adik.Tiba2 nurse dtg mintak mama ngn abah datang NICU lg.Mama dah rasa xsedap hati.Abah tanya nurse,nurse cakap adik nazak.Allah..Allah..Allah..Xkuat rasenya mama dgr.
Mama abah turun NICU.Dalam kepala dalam hati xde mtk lain.Cuma mintak Adik kuat..Kuat..Kuat.
Smpai NICU doktor tengah tengok adik.Mama dah xsenang duduk masa tu.Doktor dtg ceritakan pasal adik.Doktor cakap jantung adik dah berhenti sekali.Nak luruh jantung mama dengar.Doktor dah bt CPR.Jantung adik kembali berdegup.Tapi doktor ckp kalo jantung berhenti sekali lg diaorang xkan bt ape2 dah sbb tau adik mmg dah xlarat.Mama senyap.Airmata je yg keluar.Memang rasa xmampu nak hadapi.Doktor bgtau yg jantung adik berhenti berdegup tp nadi adik ade lg.Doktor tanya mama nak x riba adik.Mama peluk adik.Mama cium adik.Adik sejuk sangat.Mata adik terbukak sebelah.Adik tengok mama ye.

Mama mintak abah azankan adik.Teresak-esak abah azankan adik.Mama dodoikan adik.Lepas ni  mama dah xdpt dodoikan adik dah.Mama peluk adik.Cium adik.Pertama dan terakhir kali mama dapat peluk adik.Azan asar masa tu.Mama rasa adik dah pergi tinggalkan mama selama-lamanya.Maafkan mama sebab hadirkan adik ke dunia dengan penuh kesakitan.Ikhtiar doktor untuk adik survive.Doktor dah sahkan adik dah xde.Sedih sangat mama ni adik.Tp apakan daya.Bukan rezeki kita untuk bersama.Mama redha adik.Mama harap nanti kita dapat bertemu di syurga.Maafkan mama sebab x iring adik sampai tempat adik bersemadi.
Semoga gembira bermain di syurga sayang.Terima masih sebab sudi hadir dalam rahim mama walaupun cuma 26minggu.Kasih sayang mama takkan pernah padam smpai hujung nyawa mama.
Muhammad Izz Iskandar b. Zukarnaini.Anak syurga mama.Anak lelaki mama.


Al-Fatihah.
22/1/2017 - 24/1/2017

Tuesday, November 3, 2015

VITAMIN C TERBAIK TERMURAH

Bekalan Vitamin C Semula Jadi untuk Kesihatan Sepanjang Hari



Shaklee Sustained Release Vita-C PlusTM menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semula jadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh.
Vitamin C ialah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh secara amnya.

Pembelian November ada PROMOSI best giler-giler

» Beli 6 FREE 1
» Beli 2 (twin pack) 5% off price..

Anda mampu kekal sihat,hanya 55¢ sehari..

Whatsapp 0193845992 untuk harga dan konsultansi percuma.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sumber:Shaklee Malaysia

Monday, September 14, 2015

7 SEBAB KENAPA SAYA SUKAKAN PRODUK SHAKLEE


Sekarang Shaklee sangat terkenal.Manakan tidak,punyalah ramai ejen Shaklee sekarang.Bukan je kat Malaysia.Malahan serata dunia.Keberkesanan dia tidak diragui lagi.Saya bermula dengan ESP Shaklee.Lepas tu tambah Alfalfa Complex untuk tambahkan dan pekatkan kuantiti dan kualiti susu badan saya.Lepas dah jatuh cinta dengan produk Shaklee ni saya terus register ahli.


Antara sebab saya suka sangat produk Shaklee ni..
  1. Saya tahu dan saya yakin produk Shaklee ni diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi.
  2. Saya sendiri dah rasakan perubahan positif dengan pengambilan produk Shaklee ni.
  3. Saya dah dapat manfaat lain dari 1 produk yang sama.Contohnya saya makan Alfalfa Complex untuk tambahkan susu badan.Antara manfaat lain yang saya dapat pembuangan lawas ,keputihan kurang dan banyak lagi.
  4. Harga yang sangat munasabah dan berpatutan.Orang ade cakap kat saya barang Shaklee mahal.Pelaburan untuk sihat dengan barang berkualiti rasanya xpe kot keluarkan modal sikit.
  5. Tahan lama.Produk Shaklee ni tahan lama tau.Bila dicongak-congak balik barang Shaklee ni sangatlah murah dengan kualiti A+++++.Contoh Vitamin C Shaklee.Harga Retail sebotol Vitamin C adalah RM98.Sebotol ada 180 biji.Jadi yang korang belanjakan sehari hanya 54¢.Sebiji sehari.Sebotol ada 180 biji jadi tahan 6 bulan korang..Setengah tahun tu..Berbaloi x?
  6. Korang tau tak produk yang korang consume sekarang ni selamat tak?Macamana proses pembuatan dia?Siapa pakar yang terlibat?Pernah tak korang dah consume produk tu ,tiba-tiba ada yang bagitau produk yang korang makan tak lulus KKM.Apa perasan korang?Dengan Shaklee semua menda tu korang tak perlu risau sebab Shaklee ada kilang sendiri,saintis sendiri ,confirm lulus KKM.Dah bertapak lama dalam dunia makanan tambahan.Macam Vitalea,dah 100 tahun pun.
  7. Ada konsultansi selepas pembelian.Setiap ejen berdaftar Shaklee akan beri konsultansi selepas pembelian.Contoh waktu makan yang sesuai,vitamin yang sesuai untuk masalah korang.Semua kita boleh tanya pada ejen Shaklee kita.Jika ada yang berminat nak jadi ejen Shaklee,semua maklumat pasal produk,kita ada group yang terdiri dari Master-Master Shaklee yang langsung tak kedekut ilmu.Malahan yang rajin usaha korang mampu jana pendapatan bulanan ratus-ratus,ribu-ribu malahan puluh-puluh ribu.Best dapat income tiap-tiap bulan.
Jadi saya rasa yang pernah makan produk Shaklee mesti dapat rasa perbezaan,kebaikan,khasiat produk Shaklee ni.



Yang masih belum mencuba,silalah ringankan tangan untuk contact saya untuk dpatkan produk Shaklee yang penuh kebaikan dan khasiat.

Contact : 0193845992
Email : dilazaini17@gmail.com
Facebook : DiLa ZaiNi

Friday, September 11, 2015

KENAPA SUPPLEMENT PENTING UNTUK IBU LEPAS BERSALIN


Sebagai seorang ibu lepas bersalin,mesti korang rasa weak sangat lepas bersalin kan.Apa lagi bila melalui proses kelahiran yang lama.Lepas tu terpaksa ulang alik ke klinik bila anak kena kuning.Yang paling tak best bila anak kena kuning (jaundice) segala herba dan jamu perlu dihentikan serta merta.Jadi masa tu korang akan rasa lagi letih dan lesu.Jadi pada ketika ini,apa yang korang perlukan adalah supplement.Bila discharge dari hospital kita akan dibekalkan dengan supplement seperti iron tablet,b-complex,vitamin C kan.Tapi korang makan tak segala supplement yang hospital bekalkan tu.Ada yang makan ,ada yang biar je kan..Saya pun mengaku dulu saya abaikan je bekalan dari hospital tu.Alhamdulillah,anak kedua saya ambil peduli dengan keperluan supplement tu.Jadi saya makan dan siap tambah lagi dengan Set Berpantang Shaklee yang terdiri dari supplement jugak.

Saya tak makan jamu sebab saya tau ,bila anak kuning saya kena stop segala jamu tu.Panas kan.Sebab tu saya ambil langkah selamat,jadikan Set Berpantang Shaklee sebagai teman berpantang saya.Alhamdulillah saya terima segala kebaikan dari supplement Shaklee.

Kenapa supplement perlu ketika berpantang?
  • Supplement membekalkan nutrisi yang lengkap kepada ibu berpantang.Ini kerana pantang larang dalam pengambilan beberapa jenis makanan menghalang bekalan nutrisi secukupnya pada ibu.Mana taknye kan.Kalau 44 hari makan ikan atau ayam bakar je. Masa ni la supplement memberi bekalan nutrisi secukupnya.Nutrisi diperlukan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran.Selain itu,ibu berpantang memerlukan lebih 500 kalori dari biasa untuk lebih cepat pulih dan bertenaga.
  • Jadual baru seorang ibu kadangkala memenatkan.Ibu yang letih dan tak bermaya,tak cukup tidur,anak menyusu setiap 2 jam.Semua ni memerlukan masa untuk si ibu menyesuaikan diri dengan jadual baru.Pengambilan supplement amatlah membantu dalam memberikan tenaga dan ibu berpantang akan lebih cepat sihat.
  • Supplement bertindak sebagai ubat anti-stress.B-Complex dan Zinc Complex membantu mengurangkan tekanan.Ibu berpantang ni hormon masih belum seimbang,jadi bila terlalu penat,mereka akan jadi cepat marah dan beremosi.Hal ni bahaya sangat sebab bila ibu terlalu stress ia boleh menjadi punca masalah meroyan.Hisshh takut.
  • Pengambilan Vitamin C dan Zinc membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran.
  • Selain manfaat supplement ini dinikmati oleh ibu,penghasilan susu badan yang meriah dan pekat dapat dinikmati oleh anak.Korang kena tau yang Set Berpantang dan Set Menyusu Shaklee terdiri daripada produk yang sama.Jadi korang dah jimat duit dan tak perlu makan banyak-banyak jenis produk.
Set Berpantang Shaklee terdiri daripada:-
  • B-Complex 
Anti-stress,mengelakkan kemurungan,menstabilkan hormon dan membantu menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Sustained Release Vitamin C
Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran.Vitamin C membentuk kolagen serta memperbaiki tisu yang rosak.
Bioflavonoid yang terdapat dalam vitamin C membantu mencerahkan kulit wajah dan mengurangkan strech mark.
  • Vita-Lea Iron Tablet
Membekal vitamin dan mineral secukupnya.Membantu menambah sel darah merah.Dapat mengelakkan dari kelihatan pucat dan lesu.
  • Ostematrix
Membekalkan kalsium untuk tulang kuat dan mencegah sembelit yang sering dialami oleh ibu berpantang.Membantu mengurangkan kejang otot atau simpul biawak yang sering dialami apabila kekurangan kalsium.
  • Energizing Soy Protein (ESP)
Membekalkan tenaga.Membantu penghasilan susu badan yang lebih banyak dan pekat.Menyihatkan rahim.Memberi rasa kenyang lebih lama kepada ibu berpantang.
  • Alfalfa Complex
Dikenali sebagai kacip fatimah moden.Membantu mengetatkan miss.V.Membantu menyihatkan organ-organ dalaman wanita lepas bersalin.Mengurangkan masalah keputihan.Milk-booster pilihan ramai ibu-ibu menyusu.
  • Zinc Complex
Khasiatnya sama seperti ikan haruan yang penuh dengan Zinc dalam proses penyembuhan luka.Selain itu,ia turut mengurangkan masalah rambut gugur dan ttumit merekah yang sering dialami oleh ibu lepas bersalin.

Pek YES Shaklee..

Dapatkan Set Berpantang Shaklee dengan harga lebih murah?
Call / SMS / Whatsapp / WeChat : 0193845992
Email : dilazaini17@gmail.com

DiLa ZaiNi (907721)
Agen berdaftar Shaklee .COD Jerantut ,Temerloh ,Mentakab ,Kuala Krau dan pengeposan seluruh Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...