Friday, July 31, 2015

RESEPI KEK MINYAK KUKUS ZAHRA STYLE

Assalamualaikum..

Lama betul tak mencoret disini..Busy bebenor mak ni haa..
Harini nak share satu resepi yang dah lama saya tak buat.Haritu start buat balik masa open house raya kat rumah kakak.Baru-baru ni pulak Zahra kerah mama dia buatkan kek untuk abah.Zahra boleh pulak declare haritu birthday abah dia.Suke hati la nak..

Jadi misi Kek Birthday Abah bermula selepas mama menidurkan adik Bella.Adik tidur.Kiteorg pun masuk dapur.Sebenarnya saya suka bila ada aktiviti macam ni dgn anak.Jadi bonding tu lagi ummmphh..Tak gitu..

Jom cek tengok resepi best gebu gebas kek Zahra Style ni..

*****saya gunakan gelas plastik yang warna pink selalu ada kat kenduri tu..

Bahan-bahan:-

  • 3/4 gelas gula kastor (boleh kurangkan sikit kalau tak suka manis)
  • 1 gelas minyak masak
  • 5 biji telur gred D
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu kecil ovallete
  • 1 sudu besar sunquick
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 gelas tepung naik  sendiri
  • Pewarna
Cara-caranya:-
  • Campur gula kastor dan minyak.Kacau sebati.
  • Tambahkan telur satu per satu
  • Masukkan esen vanilla dan kacau sehingga betul-betul dan kembang la senang kata.(agak-agak je)
  • Masukkan ovallete dan kacau lagi.
  • Kemudian tambahkan sunquick kedalam adunan tadi.Kacau sebati.
  • Secubit garam sebagai penambah rasa.
  • Tambahkan pula susu pekat manis.
  • Lepas segala bahan dah sebati dan korang puas hati.Tambahkan tepung naik sendiri dan pastikan takde tepung yang berketul ye..
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna.

  • Sapu marjerin/butter pada acuan kek.Selang-selikan adunan tepung berwarna sampai la habis.

  • Kukuskan selama 40 minit dan SIAP!
Tadaaa...


Selamat Mencuba ya!


Wednesday, July 15, 2015

CONTEST MENANG DUIT RAYA RM300

Assalamualaikum..

Lambat sikit publishkan post ni..Korang nak tak menang duit raya RM300..woo..Banyak jugak tu.Cara nya mudah sangat...


Antara syarat-syarat untuk join contest ni..


1. Peraduan ini terbuka untuk penduduk Malaysia sahaja yang berumur lebih 18 tahun dan ke atas.
2. Setiap pembelian 1 botol B Complex Shaklee layak menyertai peraduan ini. Belian bermula tarikh 7 July sehingga 31 July 2015 layak menyertai peraduan ini. Belian tarikh sebelum dan selepas dari tarikh yang dinyatakan tidak akan dilayan.
3. Satu botol B Complex untuk 1 penyertaan.
4. Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan terbaik. Seorang pemenang layak menerima satu hadiah sahaja.
5. Bukti pembelian adalah melalui rujukan poslaju. Sila dapatkan no rujukan poslaju untuk setiap pembelian anda. Penganjur berhak membatalkan penyertaan jika tidak menyertakan no rujukan poslaju.
6. Peraduan ini bermula dari 7 July sehingga 31 July 2015
7. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan email.
8. Penganjur [ Kumpulan Chromatic ] berhak menggunakan slogan yang diberi untuk tujuan promosi.
9. Pihak penganjur [ Kumpulan Chromatic ] layak untuk melanjutkan tempoh peraduan tanpa notis .

10. Peraduan ini tiada kena mengena dengan mana-mana pihak syarikat atau orang perseorangan. Sebarang penolakan tidak menjadi tanggungjawab kami.
11. Seorang pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang menarik.

Hadiah utama ialah WANG TUNAI RM300 untuk 1 Pemenang Slogan TERBAIK sahaja

12. Keputusan hakim adalah muktamad.
13. Pemenang yang gagal menuntut hadiah dalam jangka masa yang ditetapkan akan dikira tidak berminat terhadap hadiah berkenaan selepas tarikh yang dimaklumkan kelak [satu bulan selepas keputusan diumumkan]

Peringatan : Semua tawaran dan Pembelian B Complex hanya boleh di dapati secara esklusif dari pengedar yang terpilih sahaja. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum. Peraduan ini tiada kena mengena dengan Shaklee (M) dan sebarang penolakan tidak menjadi tanggungjawab kami.



Jika anda berminat untuk mendapatkan B-Complex Shaklee..Boleh terus SMS atau Whatsapp atau email saya Ejen Shaklee anda..

Hp number : 019-3845992
Email : dilazaini17@gmail.com

Klik borang penyertaan DISINI -->>> http://bit.ly/1H5lw9H


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...