Thursday, December 19, 2013

MY SECOND PREGNANCY JOURNEY

Assalamualaikum...
Rasa macam xpernah share life journey kt blog ni kn..Actually MZ ada 1  lagi blog..Buat masa belajar kt CFS dulu..Sambil buat assignment dalam blog..Ada jugakla selit2 kisah hidup dalam tu..Pejam celik xsangka umur dah  jadi angka 24 tahun..2013...Tahun depan 25 tahun la pulak..Sekejap je masa  berlalu..Insyaallah..Sebelum umur genap 25 tahun (17 Mac 2014) anak dah masuk 2 org..Syukur diberi kesempatan merasa mengandung dan melahirkan zuriat sendiri.Alhamdulillah..
19 Disember 2013..Kandungan dah 33 minggu..Ya Allah..Masa berlalu pantas.Rasa macam baru je lagi si kecil ni ada dalam perut MZ..Tak lama lagi kita dah nak jumpa ye sayang.Harap semua dipermudahkan.Sangat bahagia dengan kehidupan sekarang.Walaupun kadang-kadang lelah dengan Zahra yang sedang membesar.Pelbagai karenah.Tapi semua tu buat MZ happy giler..
Awal kehamilan MZ mabuk teruk jugak.Makanan yang masuk confirm akan keluar balik.Walau mcmn pun baby sangat dengar kata.MZ mintak please mabuk sampai bulan puasa je.Mama nak puasa penuh tahun ni..Alhamdulillah..Sangat mendengar kata.Ngam bulan puasa,mabuk ok.Tapi sayang,xdapat jugak puasa penuh sebab 1 hari kepala pening sangat-sangat.Terpaksa juga tinggal puasa 1 hari.
Hari2 berlalu cepat dan pantas.Tiap2 bulan pegi checkup kt klinik.Sekarang dah kena pegi 2 minggu sekali.Yang paling malas kena minum air gula.Walaupun MZ xde masalah nak telan air gula tu.Jadi malas sebab nurse susah nak ambil darah MZ sebelum dan selepas minum air gula tu..Urat halus katanya.Sampai fed upla diaorang.MZ cuma jawab dah Allah bagi urat besar tu nak bt mcmn lg.Terima jela.Diaorang xsepatutnya mengeluh sebab tu keje diaorang.Ikhlas tu penting!Nasib baik kencing manis xsangkut.
Masa mengandungkan Zahra semua dipermudah.Alhamdulillah.Kali ni pun dipermudah cuma penat sikitla dengan usia makin meningkat,Zahra makin berat.Hahaha..Tapi xrisau sebab MZ amalkan SET KEHAMILAN SHAKLEE.Xde masalah untuk bangun pagi,badan cergas dan sihat.
Zahra sayang sangat adik dia.Tiap-tiap hari letak telinga kt perut mama.Dengar apa adik buat kat dalam tu.I am so happy with the moment.Actually makin dekat hari,makin berdebar rasa hati.Macam-macam ada dalam kepala ni.Tapi Allah sentiasa merancang yang terbaik untuk hambaNya.Just go with the flow.
Cukupla kot celoteh merepek-repek di petang hari.Nanti ada waktu boleh story lagi.
Wassalam..

Monday, December 16, 2013

KEBAIKAN PEPPERMINT GINGER PLUS




Peppermint ginger plus terdiri daripada 4 bahan iaitu pudina, halia, fennal dan anise. Peppermint ginger plus ini dapat membantu dalam:

  • melegakan senak perut.
  • membantu penghadaman.
  • mabuk laut/darat.
  •  melegakan kesakitan cirit birit dan gastrik.
  • melegakan sakit ketika haid.
  • melegakan mual atau loya angin ketika mengandung.
  • membuang angin dalam badan.
  • menyamankan perut.
Testimoni pengguna yang mengamalkan PEPPERMINT GINGER PLUS Shaklee



Berminat & ingin mendapatkannya?
pm / sms / whatsapp
0193845992 -dila
SID : 907721






Wednesday, December 11, 2013

APA ITU GOUT?

Apa itu Gout?






Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

- Serangan akut (tiba-tiba).
- Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Makanan yang patut di elakkan (TOTALLY FORBIDDEN) ialah:-

- Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
- Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
- Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
- Daging merah.
- Cendawan.
- Yis (roti putih, roti manis).



Shaklee menawarkan produk berkualiti dan harga berpatutan bagi mengatasi masalah GOUT yang dihadapi..



Berminat?
Info & Order
0193845992 - DILA
SID : 907721


credit to: thetole.org




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...