Monday, February 23, 2015

OVARIAN CYST DAN RAWATANNYA

Assalamualaikum

Entry kali ni saya nak share tentang satu penyakit yang kerap dialami oleh sesetengah wanita iaitu OVARIAN CYST.Ovarian cyst boleh terjadi samaada pada bahagian kiri atau kanan kilang telur atau ovari seseorang wanita.Ia boleh berlaku pada semua perempuan tidak kira bujang mahupun sudah berkahwin.



Apa itu "Ovarian Cyst"?

Seorang wanita yang masih mempunyai masa subur.Setiap bulan sewaktu kitaran haid,ovari akan mengeluarkan satu gelembung yang dipanggil "Ovarian Follikel".Gelembung ini mempunyai benih wanita iaitu ovum.Gelembung akan mengecut selepas ovum dikeluarkan.Namun begitu apabila geembung ini tidak mengecut dan membesar melebihi 2cm ia dipanggil "Ovarian Cyst"

Pengalaman saya sendiri.Saya pernah mengidap Ovarian cyst ini sewaktu berumur 20 tahun.Masa itu saya masih lagi bujang trang tang..tang..hihi..
Saiz cyst itu mencapai 10cm X 7cm..Besar kan.Anggaran besar bola takraw jugak la.
Tiada simpstom yang saya alami.Cuma akhir-akhir sebelum mengetahui saya ada cyst,saya sakit perut.Namun begitu,masih belum menjangkakan itu merupakan cyst.

Saya melakukan ujian ultrasound di sebuah Klinik swasta.Masa tu la baru dapat kesan ada cyst dalam perut saya.

Disarankan supaya saya rujuk kes ke hospital kerajaan.Tapi malangnya temujanji untuk berjumpa pakar sebulan lebih dari tarikh booking.Risau sebab saiz ovarian cyst tu  yang besar.Lagi risau,seorang nurse bagitahu risiko untuk cyst tu pecah.Sheramm..
Jika itu terjadi,pembedahan kecemasan akan dilakukan.Risiko makin bertambah la kan.

Memikirkan risiko tu,saya tabahkan hati pergi ke PPUM untuk mendapatkan rawatan.Servis yang lebih cepat.Alhamdulillah,semua dipermudahkan.Saya dapat menjalani pembedahan sebelum tarikh temujanji pakar kat hospital kerajaan.

Sewaktu di PPUM seorang pesakit disebelah katil saya dah pecah cyst dalam badan.(hehe..betul ke ayat tu).Kesian aunty tu.Memang duduk di atas katil sahaja.

Walaubagaimanapun,bukan semua cyst perlu melalui proses pembedahan.
Tiga faktor akan diambil kira sebelum memastikan samada pesakit perlu menjalani pembedahan.
  • Pertama,jika doktor mengesyaki ia merupakan kanser.Sedikit tisu akan diambil bagi memastikan ia kanser atau bukan.
  • Kedua,jika pesakit mengalami sakit abdomen yang sangat teruk dan saiz cyst melebihi 5 cm.Macam kes saya tu la kan.
  • Ketiga,jika terbukti ovarian cyst itu adalah ovarian cancer.
Jika ovarian cyst didapati bukan ovarian cancer,beberapa faktor lain pula akan diambil kira sebelum pembedahan dilakukan.
  • Cyst kedua-dua belah ovari.
  • Saiz cyst melebihi 3 inci atau 5 cm.
  • Saiz cyst tidak mengurang selepas 2-3 kali kitaran haid.
  • Pemeriksaan ultrasound mendapat ia bukan jenis yang biasa.
  • Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan tidak datang haid.

Jika anda didapati mengidap Ovarian Cyst.Saiz yang tidak terlalu besar,bolehlah ikhtiar untuk mengecilkan saiz cyst tersebut dengan mengambil GLA Complex.Ia memperbaiki sistem hormon dalam badan kita.
InshaAllah saiz cyst mampu mengecil.

Saya kongsikan beberapa testimonial untuk anda..



Untuk info / order
0193845992 - DiLa Zaini
gardthezzz@gmail.com






Friday, February 13, 2015

SAYA NAK RM150 PRODUK PERCUMA DARIPADA NILE.COM.MY

Assalamualaikum,

Teringin gak nak join GA yang Nile.Com.My ni..Tengok items dalam website ni cantik-cantik.Paling best sekali tengok tang harga.Murah seh..Thumb up untuk Nile.Com.My.Harga boleh kata separuh dari harga pasaran.Huntung ke idok tuh.

Sesiapa yang berminat nak join jugak GA ni kena la follow 4 steps yang disyaratkan ni ye.

1) Tajuk entry anda mestilah "Saya Nak RM150 Produk Percuma Daripada Nile.Com.My

2) Letak banner macam kat bawah ni..Jangan lupa letak backlink dia sekali ye..



3) Paparkan produk idaman hati dengan link produk sekali..

Saya mahu produk dibawah ini dan nilainya adalah tidak melebihi RM150..Produk dan link untuk rujukan semua..



RM59.50



RM36.90



RM25.40


RM23.90


RM4.30

Jadi totalnya ialah RM59.50 + RM36.90 + RM25.40 + RM23.90 + RM4.30 = RM150

Just nice..

4) Send email details dan tajuk entry ke give_away@nile.com.my


CNY GiveAway 2015 (Nama penuh korang)

Link blog :
Nama penuh :
No telefon :

TARIKH TUTUP untuk giveaway ni 15/2/2015 11.59pm by random.org

Boleh KLIK SINI untuk info.

Love,








Monday, February 9, 2015

HB ASYIK RENDAH JE..APA NAK BUAT..

Assalamualaikum,

Bagi kebanyakkan ibu hamil,sering mengeluh apabila Hemoglobin(HB) rendah ketika pemeriksaan rutin.Kadangkala mereka bermasalah untuk makan sesetengah jenis ubat yang dibekalkan pihak klinik.Ada yang pening dan loya.Hal itu jadi pada saya sendiri.Tak tahu dimana silapnya.Hasilnya,bila pemeriksaan HB dijalankan HB rendah.Pernah 1 ketika nurse cakap HB saya macam golongan
orang pendalaman sebab HB saya terlalu rendah hingga 5.6.(telan air liur jela).

Risau HB rendah saya pun beli Obimin (sejenis Iron tablet jugak) kat farmasi.Tapi masalah sama terjadi jugak.Ada orang lain ok je makan.Saya? Tahla.Mengada-ngada sangat kan.Hal ni berlarutan sampai hujung pregnancy Zahra.Paling tinggi pun dalam 10.9 sepanjang pregnancy tu la.


Kalau kita tengok kadar HB saya mengandungkan Zahra Dan Nabila memang beza kan.Kadar tu maintain paras tu sahaja sampai bersalin.

Nak tahu apa yang saya makan..Ni dia...


Alhamdulillah,sepanjang saya amalkan Vitalea Iron Tablet ni memang takde masalah pening dan loya.HB pun maintain cantik.Saya pun cergas sepanjang kehamilan ke-2.

Siap ade 28 vitamin dan mineral dalam 1 botol lagi.

Sesiapa yang nak HB cantik.Jom pakat-pakat amalkan Vitalea Iron Tablet ni.
Satu botol ada 120 biji.Makan sebiji je sehari.Boleh tahan sampai 4 bulan tau.Terus sambung amalkan ketika berpantang dan menyusukan anak.Terus-menerus anak dapat khasiat dari 28 vitamin dan mineral.Harga pun sangat berpatutan.(Februari 2015 ada promosi tau)

Masalah HB rendah sangat berisiko.Bertindaklah sebelum terlambat.

Info/Order
Contact : 019-3845992 (SMS@Whatsapp shj)
Email    : gardthezzz@gmail.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...