Monday, March 25, 2013

SET BERPANTANG SHAKLEE

Assalamualaikum..Sedar tak sedar dah sampai ke penghujung March dah..April bakal tiba..Semestinya mama happy sebab my daughter Zahra 2 tahun 11 April ni..Hadiah birthday dah bagi..(xboleh mintak dah ye)..
Teringat plak 2 tahun lepas sebelum Zahra lahir,pening dok memikirkan apa set pantang nak guna lepas bersalin..Masa tu tak kenal Shaklee lagi.Memang rugi.Last-last beli Set berpantang jenama tuttttttt..(censored)..Tak leh bagitau,nti kena mintak royalti pulak..hihihihi..Good news Set berpantang ni murah je..RM150 je..Ada 4 botol plus beberapa sachet jamu yang khusus untuk elak meroyan,lagi satu xingat..Bad news pulak,makan sebotol je..Rugi lagi 3 botol.Kenapa?Sebabnya,bila dah habis pantang rasa lain macam je nk makan jamu dalam set berpantang.Mesti ramai macam tu kn..
Kalaulah dah kenal Shaklee time tu mesti tak rugi..Nak tau kenapa??

  • Dalam set berpantang terdiri daripada vitamin-vitamin je.Tak de jamu,bila jamu ni kan,anak jaundice kena stop..Bila lama stop,sempat habis tempoh berpantang tu,nak lagi ke telan jamu tu..
  • Set berpantang Shaklee boleh makan terus walaupun anak jaundice dan dah habis pantang..Bagus untuk breastfeeding mom..Susu banyak.
  • Boleh share dengan suami..Boleh sihat sama-sama..
Set berpantang Shaklee terdiri daripada:


ADD ON (OPTIONAL)


B Complex 
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.


Sebagai tambahan,digalakkan ibu-ibu selepas melahirkan menambah ESP,ALFALFA dan OSTEMATRIX dalam set berpantang anda..

ESP dan ALFALFA,meransang aliran susu lebih baik,memperbaiki tisu-tisu dalam badan,memperbaiki organ-organ dalaman wanita..(special bonus,bertindak sebagai kacip fatimah tau!)

Ostematrix membantu mencegah masalah sembelit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas bersalin.

Salah satu testimoni pengguna yang berpuas hati:


Info / Order
pm di  Mama Zahra'Z Story
atau sms 019-3845992...
Konsultansi percuma diberikan...




Wednesday, March 20, 2013

CARA MENGIRA WAKTU KESUBURAN WANITA

Assalamualaikum..Apakah waktu subur bagi wanita?Adakah ia penting?

Ya!Sudah tentu ia penting,lebih-lebih lagi bagi mereka yang merancang kehamilan.Ada 2 sebab utama kenapa kita perlu tahu waktu subur..

  • Untuk memudahkan mendapat zuriat.
  • Untuk mengelakkan medapat zuriat.
 Bagaimana memahami bagaimana kitaran haid berlaku...??

Agak sulit dan sukar difahami.Jom kita terangkan..Kitaran haid wanita akan berlaku setiap bulan dan secara purata ialah 28-30 hari.
.

Fahami fasa kitaran haid wanita. 

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan. 

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang. 

Hari 14 

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim. 

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1. 


BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya. 
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula. 
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period) 

In short: 

Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya. 

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur. 





CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula. 

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama. 

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14. 

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda. 

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar. 
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan. 

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim, jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.


Cara pengiraan menggunakan kalendar kurang tepat dan sangat berisiko.Seeloknya bagi yang mengelak untuk mengandung boleh mengambil pil perancang kehamilan atau mendapatkan nasihat doktor. 




Monday, March 11, 2013

5 CARA TIDAK MASUK AKAL TETAPI BERHASIL


Jom kita kongsikan 5 cara yang tidak masuk akal,tetapi sangat membantu untuk mengurangkan berat badan dan mengawal selera makan anda.


Hidu pisang,epal atau peppermint.


Mengikut eksperimen yang dijalankan oleh Dr Alan R.Hirsch dari Smell & Taste Treatment and Research Foundation di Chicago,seramai 3000 sukarelawan menyertai kajian ini.Lebih kerap mereka menghidu,semakin kurang rasa lapar mereka dan lebih banyak kilo yang dpat diturunkan.Purata berat yang dapat diturunkan oleh para sukarelawan adalah sebanyak 13.6kg seorang.Teorinya adalah dengan menghidu dapat memberi signal kepada otak bahawa anda sudah memakan ia."Food tricks".


Makan dihadapan cermin.





Mengikut kajian yang dijalankan oleh Arizona State University dan Erasmus University Rotterdam mengenalpasti makan dihadapan cermin dapat mengurangkan pengambilan makanan sebanyak 1/3 dari pengambilan biasa.Apabila makan dihadapan cermin,mata akan melihat saiz tubuh badan dan serta merta membuat kita berjaga-jaga dalam pengambilan makanan. Macam mengata diri sendiri bila makan banyak dihadapan cermin.


Makan bersama orang lelaki.


Apabila makan bersama orang berlainan jantina,kita akan menjadi lebih feminine.(Jadi sopan gitu).Secara tak langsung makan pun tak banyak.Begitu juga orang lelaki yang ingin mengurangkan bera badan.Apabila makan bersama girlfriend mesti nak nampak macho.Control je makan.Tak gitu..??


Bila makan,bayar secara TUNAI.


Bayar menggunakan kredit kad akan membuatkan anda lebih cenderung untuk membuat order dengan banyak.Bila bayar tunai,had pembelian makanan serta-merta dapat dihadkan.



Ambil gambar.


Sekarang Instagram menjadi fenomena.Jika kita mengambil gambar sebelum memakannya,kemuadia tengok semula gambar makanan itu,ia boleh membuatkan anda berhenti dan berfikir sebelum mengikut kehendak hati.Peringatan secara visual dapat membantu anda menghadkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat.

Jika masih sukar untuk mengawal rasa lapar,asyik nak makan je....Jom amalkan CINCH SHAKE MIX @ ESP yang pastinya memberi kekenyangan dalam jangka masa panjang..



Untuk info dan order
Hubungi 019-3845992..(call@sms)





PENTINGNYA DETOX UNTUK KURUS


Detox ialah satu proses penghadaman untuk membuangkan toxic dlm badan. Kenapa anda perlu membuang toxic dlm badan untuk menurunkan berat badan? Sebenarnya ia sangat berkait rapat dgn proses penurunan berat badan, dan bukan semata-mata ingin diet mengurangkan pengambilan makanan, tetapi tidak mempedulikan tentang detoksifikasi badan. Apakah kaitan detox dengan berat badan dan bagaimana ia membantu? 


Dalam proses ingin menurunkan berat badan, perkara yang pertama sekali ingin dipastikan ialah mendetoksifikasikan segala toxic dalam badan. Sebelum ingin memulakan pengawalan kuantiti makanan, anda harus mendahului dengan detox. Proses detox adalah dengan membersihkan usus dari segala toksin, lemak, dan lendir yang melekat di dinding usus dengan mengeluarkan pembuangan air besar.  


Pentingnya membersihkan usus sebelum memulakan program diet adalah kerana untuk membenarkan segala nutrient-nutrien yg diperlukan badan akan diserap dengan lebih baik. Beberapa nutrient yang sgt memainkan peranan besar dlm penurunan berat badan ialah carbohydrate, protein, dan fibre. Manakala vitamin dan mineral adalah nutrient untuk keperluan tubuh badan untuk membesar dan memberikan kesihatan yang baik. 





Bayangkan bahan buangan seperti toksik, lemak, melekat di dinding-dinding usus, segala zat-zat nutrisi daripada sumber pemakanan tak akan dapat diserap dengan baik. Usus yang kotor inilah boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan segainya, termasuklah kesukaran menurunkan berat badan dan menaikkan berat badan. Zat carbohydrate membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan agar dpt melakukan pekerjaan seharian. Zat protein adalah peranan penting kerana ia adalah zat untuk memperbaiki dan membina tisu otot yg mana meningkatkan jisim otot akan meningkatkan kadar metabolism badan untuk membakar lemak. Zat serat pula adalah untuk memudahkan proses penghadaman dan detoksifikasi. 


Sepertimana zat protein adalah zat yg utama untuk menurunkan berat badan, maka dengan itu sememangnya memerlukan detox untuk membersihkan usus bagi membenarkan zat protein diserap oleh usus, seterusnya dpt membina jisim otot dalam badan. Bagi sesiapa yg ingin menambahkan jisim otot untuk membentuk tubuh badan yg berotot, juga memerlukan zat protein untuk menambahkan berat badan. Jika usus masih dalam keadaan kotor, sudah semestinya usus tak mampu menyerap zat-zat makanan untuk memperoleh kesihatan yg optimum. 


Dengan ini, bolehkah detox membantu untuk menurunkan berat badan? Ya, ia membantu dari segi memudahkan penyerapan protein dlm tubuh badan dan membina tisu otot utk memudahkan pembakaran lemak. Namun, untuk mengamalkan detox diet bukanlah suatu cara yg terbaik untuk menurunkan berat sungguhpun ia membantu, kerana diet yg membantu untuk mendapat kesihatan yg ideal ialah dengan makanan seimbang. 


Jom DETOX dengan Shaklee...





(credit:kevinazhari)

Sunday, March 10, 2013

CARA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN

Masalah keputihan sering dialami oleh kaum wanita.Sering menjadi masalah apabila terlalu kerap memakai pantyliner,rasa rimas akan muncul.Lebih teruk jika bahagian sulit menjadi gatal dan tidak selesa.

Apakah itu keputihan?
Keputihan merupakan pengeluaran cecair dari vagina.Cairan tersebut biasanya akan keluar dalam keadaan pekat atau cair.Berwarna putih,kuning,jernih atau hijau.Ada yang tidak mengeluarkan bau atau sebaliknya..Memang menjadi masalah apabila ia mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.Apabila hal ini berlaku ia akan mengganggu akiviti harian dan juga menurunkan tahap keyakinan diri seseorang.Adalah perlu diberi perhatian untuk mengenal pasti ia sesuatu yang normal atau ada penyakit dari masalah keputihan itu.


Bagaimana untuk mengetahui masalah itu sesuatu yang tidak normal..??
  • Jangkitan kulat.Ia mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan,berlaku secara berterusan serta menyababkan rasa gatal.Kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia.
  • Jangkitan kuman trichomonas.Berlaku apabila keluar cairan berwarna hijau serta gatal.
  • Jangkitan bakteria vaginosis.Antara tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau.Berpunca daripada hubungan seks.(Berbau dan bercampur darah)
  • Kanser pangkal rahim iaitu keluarnya cairan,tidak gatal tetapi berbau busuk.

Bagaimana mencegahnya...??
  • Elakkan pengguna pantyliner yang diperbuat daripada bahan kitar semula.
  • Elakkan mencuci faraj dengan sabun.
  • Jaga bahagian faraj agar sentiasa dalam keadaan kering.
  • Elakkan memakai seluar dalam yang lembab atau basah.
  • Hindari meletak bedak di kawasan faraj.
  • Elakkan menyembur air ke kawasan faraj kerana ia boleh mengganggu keseimbangan flora bakteria  dan menyebabkan jangkitan.
  • Kerap menukar tuala wanita ketika haid.
  • Gunakan cecair pencuci faraj secara tidak berlebihan.

Jika anda sudah menghadapi masalah keputihan.Cari penyelesaian dengan ALFALFA COMPLEX yang membantu menyelesaikan masalah keputihan anda dan menghilangkannya selama-lamanya.





 

Thursday, March 7, 2013

MASALAH BUANG AIR BESAR

Assalamualaikum..Baru-baru ni my customer cakap memang best makan ALFALFA COMPLEX.Bukan je air susu makin bertambah.Yang penting buang air besar memang wajib tiap-tiap hari.Kalau dulu,seminggu sekali baru nak membuang.Muda lagi tapi dah ada masalah buang air besar.Itu menunjukkan faktor umur bukan punca kalau seseorang tu payah nak melakukan proses perkumuhan.Muda atau tua semua ada masalah tu.Yang lebih parah maslah iitu berlanjutan dengan masalah SEMBELIT.Mesti seksa...


Masalah sembelit ni tak boleh biar..Kalau biar akan menjadi risiko yang lebih buruk.BUASIR..oH No!
Lagi teruk bila terjadinya masalah lebih serius..KANSER USUS..Bahaya..Antara gejala kanser usus adalah:-
  • Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.
  • Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang seli.
  • Najis bercampur darah.
  • Najis berwarna hitam (ada darah).Warna najis menunjukkan lokasi perdarahan usus.Jika darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian hujung usus yang berdekatan dengan rektum.Najis yang kehitaman menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus.
  • Perubahan pada bentuk najis.(kecil atau nipis)
  • Perut rasa memulas.
  • Terasa asyik hendak buang air besar tetapi tidak perlu.
  • Perut berasa tidak selesa.(senak,kembung atau sakit)
  • Muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Berat badan turun tanpa sebab.
  • Kerap penat.
  • Lebih parah,pengidap kanser usus tidak boleh buang air besar.

Selain itu antara gejala masalah perkumuhan adalah:-
  • Perut terasa penuh dan terlihat buncit dari biasanya.
  • Stress,tubuh tidak fit dan cepat lelah.
  • Sering buang angin dengan bau busuk.(Tubuh terlalu banyak menyimpan kotoran)
Antara faktor berlakunya masalah ini adalah:-
  • Pola makanan yang tidak seimbang,kurang makanan berserat.
  • Sering menunda buang air besar.
  • Usus kurang elastis.
  • Kurang bergerak.(Pekerjaan yang sering duduk dengan lama).
  • Kesan ubat seperti ubat anti depresi.
  • Gangguan pada sistem percernaan.eg:kanser dan radang pada dinding usus.
Kepada sesiapa yang mengalami masalah penghadaman elok sangat mendapatkan:
  • Merawat masalah sembelit,dan melawaskan najis.
  • Merangsang usus supaya melakukan cepat melakukan proses perkumuhan dan pembersihan najis secara lembut.
  • Mengempiskan perut.
  • Mengurangkan ketegangan perut.
  • Mencuci usus.
  • Menurunkan berat badan.

  • Mencegah sembelit.
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
  • Mengurangkan simptoms perut kembung,senggugut,kekejangan,retensi air,mudah meradang dan kemurungan.

  • Mencuci hati darah dan usus.
  • Memperbaiki dan melawaskan sistem perkumuhan.
  • Meredakan sembelit.
  • Mencuci usus dan membuang toksik.
  • Memulihkan urat dan organ-organ dalaman.
  • Melegakan senak perut.
  • Merawat masalah gastrik.
  • Memelihara saluran perkumuhan.
  • Melegakan senak perut.
  • Menyamankan perut.
Buat pilihan anda sekarang.Semua produk di atas mempunyai pelbagai kebaikan lain yang sangat memberi manfat kepada tubuh anda.Beritahu saya masalah anda.Saya akan consult mengikut bajet anda.

SMS 019-3845992 (DILA)









Tuesday, March 5, 2013

FAKTA PENTING TENTANG KALSIUM

Berikut merupakan fakta penting tentang kalsium.

* Kalsium adalah mineral yang paling banyak diperlukan oleh tubuh.
Keperluan harian kalsium adalah 800 mg untuk dewasa di atas 25 tahun dan 1.000 mg setelah usia 50 tahun. Ibu hamil dan menyusui harus mendapatkan 1.200 mg kalsium per hari. Keperluan kalsium anak-anak dan remaja meningkat sesuai usia:


* Kalsium penting untuk mencegah kanser,diabetes,darah tinggi dan penyakit jantung.Kalsium penting untuk fungsi otot.Jantung juga merupakan salah satu otot yang penting dalam tubuh badan kita.



* Sekitar 99% kalsium berada pada jaringan tulang dan gigi, selebihnya berada di darah dan sel-sel tubuh.
* Antara manfaat kalsium adalah:-
  • Pembentukan dan pemeliharaan tulang dan gigi. Anak-anak memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi mereka. Kekurangan kalsium dapat mengakibatkan pertumbuhan tulang anak tidak sempurna dan menderita penyakit rickets. Orang dewasa memerlukan kalsium untuk terus-menerus menguatkan sistem tulang dan giginya. Mineral di tulang dan gigi kita tergantikan 100% setiap tujuh tahun sekali.
  • Mencegah osteoporosis. Bila tidak mendapat cukup kalsium dari makanan, tubuh akan mengambilnya dari kalsium pada tangan, kaki dan tulang padat. Kekurangan pengambilan kalsium dalam waktu lama akan mengakibatkan tubuh mengambilnya langsung dari tulang-tulang padat. Hal ini mengakibatkan tulang rapuh dan mudah patah (osteoporosis). Bila seorang wanita dari umur 20 tahun setiap harinya mengambil kalsium 400 mg lebih rendah daripada yang diperlukan, pada umur 55 tahun tulangnya akan rapuh 1/3 bahagian.
  • Penyimpanan glikogen. Kalsium berperan dalam proses penyimpanan glikogen. Bila tidak ada kalsium, tubuh akan merasa lapar terus-menerus kerana tidak dapat menyimpan glikogen.
  • Melancarkan fungsi otot, otak dan sistem saraf. Otot, otak dan sistem saraf membutuhkan kalsium agar dapat berfungsi optimal. Kekurangan kalsium dapat menyebabkan spasme (kejang) otot dan gangguan fungsi otak dan sistem saraf..
OsteMatrix yang best...Membekalkan KALSIUM secukupnya untuk tubuh badan anda.

Mereka yang berpuas hati.



p/s Untuk ibu hamil dan menyusukan bayi,kalsium anda akan diserap oleh bayi..Oleh itu,pengambilan supplement berasaskan kalsium adalah SANGAT-SANGAT PENTING..
Jangan biarkan ia hilang sebelum waktunya.Risiko sangat tinggi.


Untuk info dan order:
sms 019-3845992..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...