Saturday, May 30, 2015

5 JENIS KAEDAH KELAHIRAN YANG BAKAL IBU PATUT TAHU

Assalamualaikum..

Ramai yang sedang berdebar menanti kelahiran bayi masing-masing.Due date yang semakin hampir memberi pelbagai rasa pada bakal ibu,dan bapa juga.


Sepanjang kehamilan,pastinya tiada terlintas di fikiran proses kelahiran yang bermasalah.Melainkan ibu itu sedang hamil anak kedua mahupun seterusnya.Pasti doktor akan memberitahu segala kemungkinan tentang proses kelahiran yang bakal ditempuh.

Meh nak story sket pasal kaedah-kaedah yang digunapakai untuk mempercepatkan proses kelahiran.


  • EPISITOMI
Faraj ibu akan digunting sedikit untuk membuka laluan supaya bayi lebih mudah untuk keluar.Saya ada pengalaman ni,masa gunting tu tak rasa pun,sebab masa ni kulit tengah menegang.Lepas gunting baby terus keluar.Bahagian yang digunting akan dijahit dengan benang yang akan tercabut sendiri.
  • VAKUM



Kaedah vakum ini digunakan bila si ibu dah langsung tak bertenaga nak teran baby keluar.Kaedah ni effect pada struktur kepala baby.Bahagian yang disedut akan menyebabkan kepala baby menjadi lembik/lembut dan ambil masa nak keras semula.Kemungkinan dapat darah beku pada kepala bayi dan memerlukan 6-8 minggu untuk pulih.

  • FORCEP
Kaedah ni dah jarang digunakan sebab doktor lebih memilih menggunakan kaedah vakum atau ceaser.Melainkan pada situasi bayi sudah kelihatan tergantung di bukaan servik.Doktor akan menarik keluar bayi menggunakan kaedah ini.Tetapi akibat dari kaedah forceps ini.Muka bayi akan kemerah-merahan kesan tarikan forceps tu.Selain tu kepala bayi mungkin jd lonjong sikit tapi tak ketara sangat sebab muka lonjong bersalin biasa pun kalau nak lonjong,lonjong jugak.Ye dok?

  • INDUCE
Kerap dengar perkataan induce ni kan?Tapi macamana proses induce ni dijalankan?

Prostaglandin:Suppositories dimasukkan ke dalam faraj ibu pada sebelah petang.Proses ini akan melembutkan servik dan mencetuskan kelahiran bayi pada keesokkan paginya.



  • PEMBEDAHAN
Pembedahan akan dilakukan jika doktor terdapat risiko yang tinggi pada bayi dan ibu jika meneruskan kelahiran secara normal.Kebiasaannya pembedahan ini dirancang dahulu.Namun begitu,pembedahan kecemasan boleh dilakukan jika terdapat komplikasi kelahiran.
Dua jenis potongan pada abdomen ibu.Potongan menegak atau melintang.Biasanya doktor akan membuat potongan melintang kerana kurang pendarahan dan berpeluang untuk kelahiran normal untuk kelahiran seterusnya.

Saya sendiri dah merasa 2 jenis kelahiran di atas.Anak sulung secara pembedahan dan anak kedua secara normal dengan bantuan episitomi.Proses penjagaan yang lebih kurang sama.Semuanya perlu dijaga rapi.
Tak kisah lah ape pun jenis kelahiran,asalkan ibu dan bayi selamat.

Berpantang dengan Set Berpantang Shaklee..KLIK SINI...

Klik VIDEO: Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! 

Love,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...