Thursday, December 19, 2013

MY SECOND PREGNANCY JOURNEY

Assalamualaikum...
Rasa macam xpernah share life journey kt blog ni kn..Actually MZ ada 1  lagi blog..Buat masa belajar kt CFS dulu..Sambil buat assignment dalam blog..Ada jugakla selit2 kisah hidup dalam tu..Pejam celik xsangka umur dah  jadi angka 24 tahun..2013...Tahun depan 25 tahun la pulak..Sekejap je masa  berlalu..Insyaallah..Sebelum umur genap 25 tahun (17 Mac 2014) anak dah masuk 2 org..Syukur diberi kesempatan merasa mengandung dan melahirkan zuriat sendiri.Alhamdulillah..
19 Disember 2013..Kandungan dah 33 minggu..Ya Allah..Masa berlalu pantas.Rasa macam baru je lagi si kecil ni ada dalam perut MZ..Tak lama lagi kita dah nak jumpa ye sayang.Harap semua dipermudahkan.Sangat bahagia dengan kehidupan sekarang.Walaupun kadang-kadang lelah dengan Zahra yang sedang membesar.Pelbagai karenah.Tapi semua tu buat MZ happy giler..
Awal kehamilan MZ mabuk teruk jugak.Makanan yang masuk confirm akan keluar balik.Walau mcmn pun baby sangat dengar kata.MZ mintak please mabuk sampai bulan puasa je.Mama nak puasa penuh tahun ni..Alhamdulillah..Sangat mendengar kata.Ngam bulan puasa,mabuk ok.Tapi sayang,xdapat jugak puasa penuh sebab 1 hari kepala pening sangat-sangat.Terpaksa juga tinggal puasa 1 hari.
Hari2 berlalu cepat dan pantas.Tiap2 bulan pegi checkup kt klinik.Sekarang dah kena pegi 2 minggu sekali.Yang paling malas kena minum air gula.Walaupun MZ xde masalah nak telan air gula tu.Jadi malas sebab nurse susah nak ambil darah MZ sebelum dan selepas minum air gula tu..Urat halus katanya.Sampai fed upla diaorang.MZ cuma jawab dah Allah bagi urat besar tu nak bt mcmn lg.Terima jela.Diaorang xsepatutnya mengeluh sebab tu keje diaorang.Ikhlas tu penting!Nasib baik kencing manis xsangkut.
Masa mengandungkan Zahra semua dipermudah.Alhamdulillah.Kali ni pun dipermudah cuma penat sikitla dengan usia makin meningkat,Zahra makin berat.Hahaha..Tapi xrisau sebab MZ amalkan SET KEHAMILAN SHAKLEE.Xde masalah untuk bangun pagi,badan cergas dan sihat.
Zahra sayang sangat adik dia.Tiap-tiap hari letak telinga kt perut mama.Dengar apa adik buat kat dalam tu.I am so happy with the moment.Actually makin dekat hari,makin berdebar rasa hati.Macam-macam ada dalam kepala ni.Tapi Allah sentiasa merancang yang terbaik untuk hambaNya.Just go with the flow.
Cukupla kot celoteh merepek-repek di petang hari.Nanti ada waktu boleh story lagi.
Wassalam..

Monday, December 16, 2013

KEBAIKAN PEPPERMINT GINGER PLUS




Peppermint ginger plus terdiri daripada 4 bahan iaitu pudina, halia, fennal dan anise. Peppermint ginger plus ini dapat membantu dalam:

  • melegakan senak perut.
  • membantu penghadaman.
  • mabuk laut/darat.
  •  melegakan kesakitan cirit birit dan gastrik.
  • melegakan sakit ketika haid.
  • melegakan mual atau loya angin ketika mengandung.
  • membuang angin dalam badan.
  • menyamankan perut.
Testimoni pengguna yang mengamalkan PEPPERMINT GINGER PLUS Shaklee



Berminat & ingin mendapatkannya?
pm / sms / whatsapp
0193845992 -dila
SID : 907721






Wednesday, December 11, 2013

APA ITU GOUT?

Apa itu Gout?






Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

- Serangan akut (tiba-tiba).
- Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Makanan yang patut di elakkan (TOTALLY FORBIDDEN) ialah:-

- Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
- Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
- Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
- Daging merah.
- Cendawan.
- Yis (roti putih, roti manis).



Shaklee menawarkan produk berkualiti dan harga berpatutan bagi mengatasi masalah GOUT yang dihadapi..



Berminat?
Info & Order
0193845992 - DILA
SID : 907721


credit to: thetole.org




Thursday, November 28, 2013

KEBAIKAN SET BERPANTANG SHAKLEE


Dapatkan Set Bersalin Moden bersesuaian dengan keperluan ibu-ibu masakini..
>> Apa yang terkandung dalam Set Bersalin Hebat ini..??
------>> VITALEA , VITAMIN C , ZINC COMPLEX , B-COMPLEX
diperhebat dengan penambahan ESP , ALFALFA & OSTEMATRIX....


Memiliki pelbagai khasiat tersendiri..
~ Meransang pengeluaran susu ibu lebih baik
~ Luka perineum/czer akan cepat baik
~ Memperbaiki tisu badan ibu yang rosak selepas proses kelahiran
~ Mengetatkan kembali miss.V
~ Menegangkan payudara dan punggung
~ Mencegah masalah sembelit lepas bersalin
~ Melegakan masalh sakit-sakit sendi dan urat simpul (kekejangan)
~ Mencegah masalah rambut gugur selepas bersalin.
~ Memperbaiki organ-organ dalaman wanita.

Anda berminat??
Jangan segan-segan..
PM / SMS / WHATSAPP
0193845992 - Dila
* konsultansi PERCUMA selepas pembelian..

Wednesday, November 6, 2013

KELEBIHAN VIVIX SHAKLEE

Kelebihan dan kebaikan VIVIX SHAKLEE...



Rumusan HEBAT VIVIX SHAKLEE...



Testimoni Puan Jaimah,72 tahun



Testimoni Nur Zahirah dari Sarawak

 Berminat untuk mendapatkannya...
Hubungi 
0193845992 (dila)
PROMOSI HARGA TERHEBAT!!

Thursday, July 4, 2013

KHASIAT DAN KEBAIKAN GLA COMPLEX


GLA Complex merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA),asid linolenik (LA),minyak bungan matahari dan vitamin E.

GLA Complex memberi rasa kelegaan semasa haid.Kebiasaannya,Asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid,sakit kepala,mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putus haid.

Apakah kebaikan Gla Complex?
>> Membantu dan mengawal atur kitaran haid.
>> Meningkatkan kadar kesuburan.(Bagi yang merancang untuk hamil)
>> Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)
>> Membantu menangani menopous.
>> Menguatkan kuku dan rambut.
>> Mencantikkan dan menyerikan kulit wajah.
>> Membantu menangani ekzema.
>> Melegakan simptom artritis reumatoid.
>> Mengandungi vitamin E bagi menguatkan dinding arteri.
>> Menguatkan imuniti tubuh.
>> Memperlahan proses penuaan.
>> Mengurangkn blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung.
>> Mengawal kencing manis dan darah tinggi.
>> Mengawal kolestrol.



Info/Order
019-3845992 (DILA)



Wednesday, July 3, 2013

BAHAYA KAFEIN BAGI IBU HAMIL



Mempunyai tabiat suka minum kopi?Terasa sukar untuk berpisah darinya?Jika anda sedang hamil,lupakan kopi dan minuman berkafein sepanjang kehamilan.Ini memastikan janin anda berada di dalam keadaan selamat.Ini adalah kerana,para peneliti AS mempunyai bukti kuat bahawa kafein adalah berbahaya bagi kehamilan.Ibu hamil yang gemar minum minuman berkafein dalam jumlah yang banyak pada trimester pertama kehamilan berisiko mengalami keguguran.
Bagi memastikan janin benar-benar selamat,ibu hamil perlu menghindari minuman yang mengadungi kafein dalam bentuk apapun selama 5 bulan diawal kehamilan.Hasil kajian tentang bahaya kafein ini diterbitkan dalam "American Journal Obstretics and Gynecology".


Bagaimana kafein mempengaruhi janin?
Bagi wanita hamil,kafein dapat mempengaruhi janin setelah dibawa oleh darah melalui plasenta.Di awal kehamilan,janin masih di tahap pembentukan,kehadiran kafein belum dapat di metabolisme secara sempurna.Kafein juga membuat pembuluh darah menyempit,dan akhirnya menyebabkan aliran darah ke plasenta berkurang.

Kesan kafein pada orang dewasa bertahan selama enam jam,tetapi bagi wanita hamil,mungkin memerlukan dua kali waktu lebih lama sebelum kesan kafein hilang.
Beberapa kajian dijalankan menunjukkan wanita yang mengambil 300mg kafein sehari lebih berisiko mengalami kehamilan yang tertunda.
Terdapat kajian yang dilakukan keatas haiwan menyatakan kafein dapat menyebabkan cacat pada kelahiran,tahap kesuburan menurun dan masalah reproduksi.

Meskipun ramai wanita hamil menghindari kafein,para pengkaji percaya bahawa pengambilan kafein 150-250mg sehari tidak memberi kesan negatif kepada janin.Namun ia bergantung pada individu ibu dan bayi itu sendiri.Bagi memastikan janin tidak dipengaruhi oleh kehadiran kafein,hindari kafein seperti coklat,kopi dan yogurt.Ketika hamil,lebih bijaklah mengambil pengambilan kafein pada kadar selamat jika sukar meninggalkan tabiat gemar kepada minuman berkafein supaya keadaan ibu dan janin tidak terpengaruh.

Bagi memastikan ibu hamil dan bayi dalam keadaan sihat dan bertenaga sepanjang kehamilan.Set kehamilan Shaklee sangat membantu.

Set kehamilan bagi trimester 1


Set kehamilan bagi trimester 2 & 3


Berminat mendapatkan Set Kehamilan ini??
Info / Order
019-3845992 (DILA)




.

Thursday, June 6, 2013

VIVIX SHAKLEE




Apa itu VIVIX?? 
Vivix adalah satu produk baru keluaran Shaklee yang merupakan cecair ajaib yang dipanggil sebagai anti penuaan @ tonik awet muda dan turut memberi sokongan sebagai ANTIPENGOKSIDA...


Antara kebaikan VIVIX adalah...
1.Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.


2. Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3. Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

4. Alzheimer & demensia. Amiloid beta plak otak telah dikaitkan dengan Alzheimer dan demensia. Resveratrol telah ditunjukkan untuk menghapuskan plak ini dan juga telah ditunjukkan dalam kajian untuk meningkatkan keupayaan mental tikus makmal.
Pengurusan Berat Badan.

5. Perlindungan hati Lebih daripada 30% rakyat Amerika mengalami keadaan yang dikenali sebagai hati berlemak. Hati berlemak adalah paling ketara dalam orang-orang yang minum arak yang berlebihan . Asid Ellagic dalam Vivix melindungi hati anda daripada hepatitis dan sirosis.

6. Kesihatan mata. Antosianin polifenol dalam Vivix membantu mencegah katarak, glaukoma dan degenerasi makular berkaitan dengan usia

7. Kencing manis. Polyphenols dalam Vivix mencegah degenerasi sel pankreas mengurangkan risiko penyakit kencing manis.

8. Kanser paru-paru. Para penyelidik dari Jabatan Penyelidikan dan Penilaian Kaiser Permanente mendapati bahawa perokok yang minum segelas atau dua wain merah sehari, melaporkan 60 peratus risiko kanser paru-paru berkurangan.

9. Perlindungan untuk sel anda. Vivix membantu mempromosikan kuat, sel-sel yang sihat di dalam setiap organ atau badan anda .

10. Baik untuk jantung anda. Penyelidik Klinik Mayo melaporkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kerosakan saluran darah, mengurangkan kolestrol “jahat” dan mengelakkan pembekuan darah.

11. Resveratrol juga menawarkan perlindungan untuk jantung dan otak anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh serangan jantung atau angin ahmar . Ia menghalang phosphoinositide 3-kinase enzim. Ini bermakna anda dapat serangan jantung atau strok dan mengalami lebih kurang atau tiada kerosakan yang berkekalan.

12. Anti-virus. Polyphenols dalam Vivix telah terbukti berkesan terhadap virus banyak yang termasuk virus herpes, virus influenza, dan virus HIV.


Pilihan selebriti




*TIDAK DIBENARKAN KEPADA IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU..
info/order
0193845992 (DilaZaini)



Tuesday, May 21, 2013

KENAPA PERLU BERPANTANG?


Melalui tempoh berpantang 44 hari selepas bersalin,adakalanya sehingga 100 hari dianggap perit bagi wanita.Bukan apa,ketika berpantang,pelbagai perkara dan makanan yang tidak dapat dimakan dan dilakukan.Tapi berpantang adalah sangat penting bagi ibu-ibu selepas bersalin.Bukan sahaja orang Melayu yang berpantang,orang Cina turut mengamalkan tempoh berpantang selepas melahirkan.

Apa kebaikan jika berpantang?
  • Untuk mengembalikan tenaga yang telah banyak digunakan ketika proses melahirkan anak.
  • Memberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya.
  • Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin.
  • Mengelakkan mengandung dalam masa terdekat.
  • Memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat untuk jangka masa panjang. (Tua nanti  tak de lah lembik je)
Ketika dalam berpantang,amalan-amalan yang harus ibu-ibu selepas bersalin lakukan adalah:
  • Mandi air suam,bagi mengelakkan badan masuk angin jika ibu kesejukkan.
  • Minum air suam banyak,supaya susu ibu banyak dan ibu tidak terhidrasi.
  • Makan jamu/vitamin bagi mengecutkan rahim dan memulihkan tenaga serta kesihatan ibu.
  • Penyusuan secara konsisten dapat mengecutkan rahim dan meningkatkan imun bayi.
  • Pakai baju tertutup (baju sejuk) dan stokin supaya ibu sentiasa panas dan tak masuk angin.
  • Perhatian suami amat membantu ibu mengawal emosi.(Penting untuk elak meroyan)
  • Berbengkung bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik.
  • Bertungku da bertangas bagi melancarkan pengeluaran darah kotor.
  • Paling penting banyakkan BEREHAT..
Masa berpantang juga sangat penting bagi ibu menjaga pengambilan makanan..Antara makanan yang boleh diambil oleh ibu-ibu adalah:-

Jenis ikan 

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. (sumber)

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain. 

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar. 

Ulam-ulaman 

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. 

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: 

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku. 

Jenis sayuran dan buahan 

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. 

Jenis ayam dan burung 

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


Memastikan tubuh ibu sentiasa cergas dan bertenaga..Susu badan juga meriah..Dapatkan Set Bersalin Shaklee..Lengkap dan berkualiti.Sesuai untuk bersalin normal mahupun cZer..










Sunday, May 19, 2013

SENAMAN KEGELS

Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.

Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.
Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.
Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:
  • Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
  • Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
  • Mengurang buasir.
Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?
Ia cukup senang dibuat:
~Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing.
~Tahan selama 2-3saat.Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat.
~Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. 
~Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.
~Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini.
~Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.

Dapatkan Set Berpantang Shaklee..Mampu mengembalikan kecergasan ibu berpantang,memperbaiki organ-organ dalaman ibu selepas bersalin.Memberi kemesraan bersama suami selepas bersalin.(Bertindak sebagai kacip fatimah).Memperbanyak susu ibu.Khasiat yang sangat banyak dibekalkan di dalam Set Berpantang Shaklee.Set wajib guna.




Berminat untuk mendapatkannya..Hubungi:
019-3845992 (DiLa)
(Call | Sms | Wassup)


Saturday, May 18, 2013

KHASIAT DAN KEBAIKAN ESP SHAKLEE



Apa tu ESP (Energizing Soy Protein)??
Energizing Soy Protein telah menjalankan kajian klinikal paling banyak ke atas produk dan protein berkualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan.ESP hanya mengandungi kacang soya non-GMO dan diproses dibawah suhu rendah.
ESP mengandungi 22 jenis asid amino dan ia merupakan satu-satunya produk  dipasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Protein kacang soya adalah 2 kali lebih dari daging,4 kali lebih dari telur,12 kali lebih dari susu.Ia juga rendah lemak,rendah kolestrol dan mudah diserap oleh tubuh badan manusia.

Didatangkan dalam bentuk serbuk dan boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo,horlick,susu atau jus.

Siapa yang patut mengambil ESP?
  • Ibu-ibu yang menyusukan anak : Membantu memperbanyak dan meningkatkan kualiti susu ibu,disamping pengambilan air yang secukupnya.
  • Ibu-ibu yang sibuk : ESP membekalkan tenaga berpanjangan dan membuatkan tubuh dan lebih cergas dan bertenaga.
  • Wanita yang ingin kelihatan CANTIK : Menbantu menghilang parut jerawat,menjadikan kulit muka halus,gebu dan berseri.
  • Mereka yang ingin KURUS : ESP memberi kekenyangan kepada mereka yang ingin kurus,dengan ESP tiada lagi makanan berat akan diambil dan terhindar dari kolestrol.
  • Pesakit kencing manis : Mempunyai indeks glisemik rendah,melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
Khasiat ESP adalah;

1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Kesimpulannya dengan ESP 1001 khasiat yang terkandung dapat dimiliki oleh tubuh badan.Badan cergas,memori kuat,susu badan banyak,kencing manis terkawal,kulit cantik.Apa lagi..woww!!Banyak betul..

Harga bagi 1 canister ESP RM150.Hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa.

Call / Sms / Wassup : 019-3845992 (DILA)







Saturday, April 27, 2013

TIPS MUDAH BERSALIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Bersalin normal adalah idaman ibu-ibu.Pastinya ia akan menjadi memori manis ibu-ibu yang melahirkan.Tetapi tidak semua bernasib baik dapat melalui proses kelahiran secara normal apabila berlaku masalah dan risiko pada ibu dan bayi jika proses kelahiran normal diteruskan.Yang bakal melahirkan,mesti tertanya-tanya cara dan teknik yang betul supaya proses kelahiran normal supaya dipermudah..Kebiasaan,proses kelahiran normal anak pertama sedikit bermasalah kerana ibu-ibu masih belum mengetahui teknik meneran yang betul.Bagi yang tidak mempunyai masalah,Alhamdulillah..



Proses kelahiran normal akan melalui 3 peringkat iaitu:-
  • Peringkat kontraksi hingga servik buka 10cm.Biasanya mula terbuka 3 ke 4 cm.Jika induce biasanya akan ditentukan oleh doktor.Jangka masanya antara 2 ke 12 jam atau lebih bergantung kepada individu.Purata dalam 5 jam.
  • Peringkat servik sudah terbuka dan kelahiran bayi – jangka masa beberapa minit ke ½ jam, bergantung kepada ibu meneran
  • Peringkat antara bayi keluaran dan pengeluaran uri. Sebelum 30 minit akan keluar dengan normal, lebih dari ni perlu bantuan.
Tips sebelum bersalin :-
  • Mula bernafas cara "Early labour breathing".
  • Mula minum air selusuh. Sebelum minum, selawat, baca Al-fatihah dan berdoa:-
 "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan sempurna.. Ampunkanlah segala dosaku dan ringankan kesakitan ini..”
  • Kalau ada minyak selusuh, sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut, pangkal paha, paha dan pinggang. Kemudian Selawat dan minum sesudu sambil berdoa:-
 "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan selicin minyak ini.. ampunkan la segala dosa dan ringankan kesakitan ini..” 
  •  Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia.
  • Sekiranya contaraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.
  • Banyakan zikir doa keampunan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..
  • ”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.”dan banyakkan doa.
 "Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini."


Tips semasa proses kelahiran:-

~Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorang khalifah Allah ke dunia.

~Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.

~Posisi semasa nk melahirkan..
Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali. Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran.

~Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan..
Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan koyakan.
~Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung..) Dekatkan lutut sambil dagu cecah ke dada...Dengan satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikhuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.
Secara ringkasnya:-
  •  Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
  • Angkat kepala, dagu cecah dada.
  • Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  • Tangan pegang buku lali kaki
  • Masa teran jangan keluarkan suara.
  • Masa teran jangan angkat punggung.
  • Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran. 
  • Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .
Bagi ibu-ibu yang telah melalui proses melahirkan,pastinya lemah dan memerlukan SET BERPANTANG yang terbaik sepanjang tempoh berpantang.Ini supaya tubuh badan ibu dapat dipulihkan dengan segera.



add on




  

Saturday, April 13, 2013

CARA PEMAKANAN BAGI PENGIDAP KENCING MANIS



Penjagaan makanan yang baik berserta dengan pengambilan ubat mengikut jadual boleh memastikan aras glukosa dalam darah sentiasa stabil,tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.Kestabilan gula dalam darah juga membantu mempercepatkan pembaikan luka.
  • Ambil makanan sedikit tetapi kerap.Pesakit kencing manis tidak boleh menerima makanan berkarbohidrat sekaligus banyak.Adalah disarankan untuk mengambil 3 kali waku makanan utama (sarapan,tengah hari,makan malam) dan 3 kali snek (minum pagi,minum petang dan minum malam-sekiranya lapar).


  • Bahagikan makanan dari kumpulan karbohidrat (contohnya nasi,roti,mee,mihun,gandum,laksa dan kentang) dalam jumlah yang SAMA RATA dalam setiap waktu makan yang utama.Contohnya 2 hidangan karbohidrat untuk sarapan,2 hidangan untuk tengahari dan 2 hidangan lagi untuk malam.Sekiranya lapar di antara waktu makan,ambil 1 hidangan karbohidrat untuk minum pagi,minum petang dan minum malam.
1 hidangan karbohidrat = 1/2 cawan nasi/mee/mihun.kueteow,
1 keping roti,1 biji kentang bersaiz sederhana.

  • Elakkan minuman dan makanan yang manis seperti gula jem,air kordial,air tebu,taufufah dengan gula melaka.Banyakkan pengambilan air masak.Sekiranya perlu,anda boleh mengambil pemanis tiruan yang ada di pasaran.
  • Banyakkan pengambilan sayur-sayuran,samada dimasak ataupun ulam.Tingkatkan pengambilan bijirin mil penuh.wholemeal seperti roti/biskut/oats.
  • Hadkan pengambilan buah-buahan yang tinggi glisemik indeks seperti buah-buahan bermusim.(Durian,rambutan,manggis dan langsat).Utamakan buah-buahan tinggi serat seperti epal,pear,jambu batu dan lai.
  • Selang selikan pengambilan makanan bergoreng dengan pilihan masakan yang rendah lemak seperti sup,tomyambakar dan kukus.Hadkan pengambilan santan 1 kali seminggu sahaja.

..Jom cegah DIABETES dengan Shaklee..
Tak takut ke kaki kena potong???Seram...


Pilihan kedua untuk Shaklee Diabetes Care Programme
Mudah dan ringkas..

Amalkan pemakanan yang sihat dan baik untuk kualiti kesihatan berpanjangan.

Info / Order:
SMS / Wassup
019-3845992



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...