Saturday, April 18, 2015

KHASIAT MEMINUM AIR MASAK YANG PERLU KITA TAHU

Assalamualaikum..


Tahukah anda?

Kita disarankan untuk minum 8 gelas sehari.Namun begitu,meminum air sekurang-kurangnya 5 gelas sehari dapat mengelakkan risiko penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser payudara,kanser pundi kencing dan kanser usus.

Akibat kekurangan minum air menjadi punca utama masalah kepenatan,lesu,nafas pendek dan sakit perut.

Mengantuk selepas makan tengahari menandakan badan kekurangan air.Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisma makanan.

Air ada 2 komponen iaitu hidrogen dan oksigen (H2O).Apabila air telah digunakan oleh proses pencernaan jadi otak kekurangan oksigen,anda akan mengantuk,letih dan hilang fokus.

Waktu paling sesuai untuk minum air masak

2 gelas air selepas bangun tidur untuk mengaktifkan organ dalaman.

Segelas air 30 minit sebelum makan.Ini membantu proses penghadaman.Memberi ruang kepada perut untuk mengisi makanan.


Segelas air sebelum mandi membantu melancarkan aliran darah dan menurunkan tekanan darah.

Segelas air sebelum tidur membantu mengelakkan strok/angin ahmar dan sakit jantung.

Nak bagi senang dapatkan cukup 8 gelas sehari..
  • 1 gelas bangun tidur
  • 1 gelas sebelum 5 kali solat
  • 1 gelas sebelum 2 kali mandi
  • 1 gelas sebelum tidur
Haa..bukan 8 gelas.Siap extra lagi segelas.Elok sangatla masa cuaca panas ni lebihkan pengambilan air masak.

Jika anda mengalami dehidrasi,pengambilan minuman isotonik amat digalakkan.

PERFORMANCE DRINK Shaklee turut membantu mengembalikan cecair dalam badan.

Luv,


Thursday, April 16, 2015

PENDARAHAN KETIKA HAMIL..BAHAYA ATAU TIDAK

Assalamualaikum..


Pendarahan ketika hamil merupakan sesuatu yang tidak baik untuk kehamilan.Jadi ia dikategorikan sebagai BAHAYA.!Jika tidak dirujuk terus kepada pakar a.k.a doktor,sesuatu yang lebih buruk mungkin berlaku.

Apakah punca pendarahan berlaku?

Jika ia berlaku di awal kehamilan,ia disebabkan "pendarahan implantasi".Ini terjadi apabila ovum yang telah disenyawakan dengan ovum bergerak ke dalam rahim ketika ini akan berlaku sedikit pendarahan berwarna coklat.Mungkin berlaku selama 2-3 hari.

Proses keguguran mungkin berlaku untuk wanita hamil yang mengalami pendarahan.Namun begitu,jika segera dirawat ia mungkin dapat dielakkan.
Pendarahan akibat keguguran boleh berlaku dalam tempoh 12 minggu kehamilan.Sebab tu la kebanyakkan orang tua berpesan supaya elakkan melakukan pekerjaan berat,kerana ketika ini janin masih belum kuat.

Terjadinya pendarahan apabila berlakunya kehamilan luar Rahim (ectopic pregnancy).Kehamilan tidak normal ini tidak berlaku di dalam rahim,tetapi di saluran salur fallapio.Risiko kehamilan ini pecah dan boleh membawa maut.

Kehamilan buah anggur.Hal ini terjadi apabila tumbuh tisu yang tidak normal selepas proses persenyawaan.Ia akan membesar dengan cepat tetapi yang dikandung bukanlah janin tetapi tisu yang sangat berbahaya.Ini turut terjadinya pendarahan,selepas pemeriksaan,doktor akan mengesahkan terdapatnya tisu berbahaya dalam rahim seseorang.

Perpisahan uri dengan dinding Rahim.Kebiasaannya hal ini terjadi ketika trimester 2 atau trimester 3.Sedikit pendarahan dan sakit perut mungkin berlaku.

Ketumbuhan pada pangkal rahim (Polyp) turut boleh menyebabkan pendarahan.


Placenta previa iaitu kedudukan uri di bawah yang menutupi sebahagian pangkal Rahim turut menyebabkan berlakunya pendarahan.Hal ini terjadi ketika trimester 2 atau trimester 3.


Pendarahan di hujung kehamilan merupakan tanda untuk melahirkan.Disertai dengan mukus yang pekat dan rasa sakit perut.Cepat-cepat ke hospital ya.

Pengalaman saya sendiri,pernah berlaku 2 kali pendarahan ketika hamil anak ke-2 saya.Perut saya mengeras sepanjang malam,keesokkannya akan berlaku sedikit pendarahan.Hal ini terjadi ketika usia kandungan di trimester 2 dan 3.

Saya terus melakukan pemeriksaan di Klinik swasta dan rehat secukupnya.Alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku.Saya juga turut mengamalkan Set Kehamilan Shaklee untuk kesihatan kandungan saya.


SET HAMIL SHAKLEE

Jangan ambil mudah jika berlaku pendarahan.Rujuk pakar supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Sumber rujukan: <drzubaidi.com>






Tuesday, April 14, 2015

KENALI TANDA DAN GEJALA MENOPAUSE..

Assalamualaikum..


Apa itu Menopause?
Menopause merupakan satu keadaan normal bagi seorang wanita yang semakin meningkat usianya.Kebiasaannya,seseorang wanita menopause apabila mencapai usia 50 tahun dan ke atas.Namun begitu,tidak mustahil untuk seseorang wanita itu menopause awal di usia 40 tahun dan ke atas.Menopause merupakan situasi apabila seseorang wanita itu tidak lagi datang HAID.Ditentukan apabila haid tidak datang selama 12 bulan,ia boleh dikategorikan sebagai menopause.

Tanda dan gejala menopause adalah:-




  • Haid tidak teratur.
  • "Mood swing" ,mood sering berubah-ubah.
  • Insomnia
  • Jantung berdetak laju.
  • Cepat penat 
  • Sering marah-marah.
  • Sakit otot dan sendi.
  • Stress.
  • Kerap sakit kepala.
  • Kerap buang air kecil.
  • Payudara semakin kendur dan kurang anjal.
  • Vagina kering.
Tips menangani gejala menopause:-
  • Tidur yang cukup.
Elakkan dari mengambil kopi atau alkohol sebelum tidur.Jika tidak anda pasti akan sukar untuk tidur.Wanita yang sedang mengalami gejala menopause ini akan panas dan berpeluh ketika tidur.Pastikan persekitaran tidur anda selesa supaya tidur tidak terganggu.
  • Relaksasi
Pastikan anda berada dalam keadaan tenang.Pejam mata dan tarik nafas sedalamnya dan hembus melalui hidung.Masa tenang ini perlu diamalkan untuk mendapatkan jiwa yang tenang.
  • Rajin bersenam.
Aerobik,yoga,berenang dan jogging merupakan senaman terbaik untuk meredakan gejala menopause.
  • Minum dan makan makanan berasakan SOYA.
Hormon estrogen dan progestron akan mulai menurun apabila usia menjangkau 40 tahun.Kacang soya mempunyai bekalan hormon estrogen secara semulajadi yang diperlukan tubuh.Apabila ia diambil secara terus-menerus ia mampu mengurangkan rasa tidak selesa akibat menopause.Soya boleh didapati daripada Energizing Soy Protein (ESP).

  • Amalkan GLA Complex sebagai makanan tambahan.

Antara fungsi GLA Complex.
  • Membantu mengawal selia hormon estrogen dan testosteron.Semasa menopause hormon estrogen akan turun secara mendadak.Pengambilan GLA Complex menghasilkan semula hormon estrogen.Dengan meningkatnya hormon estrogen,"mood swing" yang biasanya terjadi pada wanita menopause dapat dipulihkan.
  • GLA Complex membantu melambatkan menopause. Ia membantu memperbaiki keadaan semasa seperti panas,insomnia dan depresi.
  • Jika diambil untuk jangka masa panjang,ia turut membantu melambatkan penuaan,mengetatkan uterus dan menjadikan kulit lebih lembap dan muda .
  • Wanita menopause kerap kepanasan dan menyebabkan timbul bintik ruam.GLA Complex membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering,gatal dan eczema.Ia turut membantu mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi.
  • GLA Complex membantu menurunkan berat badan.Ia turut membantu menurunkam kadar kolestrol jahat LDL,merangsang peredaran darah dan membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Testimoni pengguna.


Alhamdulillah..

Info/Order
Phone : 019-3845992 (dila)
Email  : gardthezzz@gmail.com



Monday, April 13, 2015

HAID TAK TERATUR,MACAMANA NAK TENTUKAN HARI SUBUR?

Assalamualaikum...

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengidamkan cahayamata sendiri.Namun begitu,tidak semua pasangan begitu bertuah untuk memiliki cahayamata selepas berkahwin.Ada yang perlu menunggu bertahun-tahun sebelum dikurniakan cahayamata.

Antara faktor sukar hamil ialah:-
  • Haid tidak teratur.
  • Struktur tiub fallopio.(Tersumbat atau rosak)
  • Berat badan berlebihan atau berkurangan.
  • Hormon yang tidak seimbang.
  • Kualiti sperma kurang atau abnormal.
  • Merokok.
  • Jangkitan pada testis.(Contoh:demam campak)
  • Terdedah pada radiasi bahan kimia.
  • Tekanan (Stress)
Ada juga antara pasangan yang tidak dapat dikesan punca ketidaksuburan mereka.Ia dikenali sebagai "unexplained infertility" .


Tidak semua wanita mempunyai kitaran haid yang tetap setiap bulan.
Bagaimana pengiraan hari subur untuk mereka yang mempunyai masalah kitaran haid yang tidak tetap ini...


Dengan menandakan tarikh haid anda di kalendar..Proses menentukan hari subur akan lebih jelas.

Cara kiraan:

Catat tarikh hari pertama haid anda.Penandaan ini perlu dilakukan 8-12 bulan.
Pilih kitaran haid yang paling panjang dan paling pendek.

Kitaran haid paling pendek ditolak 18,ia ditandakan sebagai hari pertama kesuburan anda,manakala kitaran haid paling panjang ditolak 11.Ia merupakan tarikh akhir hari subur anda.

Contoh:-

Januari - Kitaran haid 32 hari
Februari - Kitaran haid 30 hari
Mac - Kitaran haid 34 hari (kitaran haid terpanjang)
April - Kitaran haid 32 hari
Mei - Kitaran haid 29 hari
Jun - Kitaran haid 27 hari (kitaran haid terpendek)
Julai - Kitaran haid 30 hari
Ogos - Kitaran haid 32 hari

Maka,
27 - 18 = Hari ke9 merupakan hari subur pertama anda.
34 - 11 = Hari ke 23 merupakan hari subur terakhir anda.

Kesimpulannya,hari ke 9 hingga hari ke 23 merupakan hari-hari subur anda.Gunakan alat ujian kesuburan (OPK) supaya peratusan untuk hamil meningkat.


Selain itu juga,anda boleh menggunakan GLA Complex untuk menetapkan kitaran haid anda.


Testimoni pengguna..Alhamdulillah..



Info/Order
Phone : 019-3845992 (Dila)
Email  : gardthezzz@gmail.com



Sunday, April 12, 2015

SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU ZAHRA

Assalamualaikum..

Semalam bersamaan 11 April 2015.Genaplah usia puteri sulung kesayangan mama yang ke 4 tahun.Zahra dilahirkan pada 11 April 2011 pada jam 03:25 petang.Zahra dilahirkan di Hoshas,Temerloh.


Minggu lepas Zahra lagi Zahra dah potong kek.Kebetulan ada buat tahlil untuk arwah Atuk dan arwah Nenek kat rumah.Jadi dah berkumpul ramai-ramai elokla di sekalikan majlis tu.Zahra potong kek dengan cousins yang beza tarikh hari lahir selang sehari je.



Yang besar tu anak sulung Maklong Zahra aka Kakak mama dia la.(Kakak sulung).Muhammad Azrul Azim.
Hari Lahir dia pada 13hb April 2015 genaplah usia dia 22 tahun.

Yang berbaju hijau tu Muhammad Airil Hadif,anak Kakak mama yang nombor 3.Adif pun anak sulung jugak.Hari lahirnya pada 09hb April 2015 genap umurnya 7 tahun.

Perasan tak tarikh birthday cucu-cucu sulung keluarga Zaini dan Masniah ni selang sehari je.

Doa mama untuk Zahra,

Semoga Zahra membesar menjadi anak yang solehah.Sentiasa menjadi anak yang boleh dibanggakan.Anak yang taat kepada Allah SWT ,Rasullah,Abah dan Mama.

Sentiasa menjadi anak dan Kakak yang baik untuk adik-adik.InshaAllah.

Sayang NUR ALIA ZAHRA..


Friday, April 10, 2015

TIPS DAN PETUA BENGKAK SUSU

Assalamualaikum..

Bagi seorang ibu yang baru melahirkan bayi,anda pasti akan mengalami situasi payudara terasa sangat keras kerana dipenuhi susu.Kadangkala sakit keseluruhan payudara hingga ke bahagian bawah ketiak.Jika terus dibiarkan anda mungkin akan demam.Ia dinamakan sebagai BENGKAK SUSU atau MASTITIS.


Pengalaman saya sendiri,saya turut mengalami masalah bengkak payudara selepas bersalin.Jadi sebelum bersalin lagi,saya dah persiapkan PAM SUSU.Nanti kalau payudara membengkak saya boleh terus pam.Bengkak susu pastinya menyebabkan rasa yang sangat tidak selesa bagi si ibu.

Saya cuma gunakan brand Pureen.Sebab saya perlu pam masa payudara bengkak sahaja.



Selain menggunakan Pam susu..Terdapat beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk masalah bengkak susu ini.

Pertama
Pastikan COLI MENYUSU yang digunakan tidak terlalu ketat.

Kedua
Pastikan bayi anda menyusu setiap 2 - 3 jam.Kejutkan bayi anda untuk menyusu.

Ketiga
Berkait dengan penggunaan PAM SUSU.Kadangkala si ibu risau untuk mengepam susu kerana takut nanti jika anak mahu menyusu,susu akan sedikit dan tidak mencukupi.Tidak salah jika anda mengepam susu untuk mengeluarkan lebihan susu.Kerana payudara anda akan lebih aktif untuk mengeluarkan susu jika anak menyusu dan anda turut mengepam.

Keempat
Pastikan ketika bayi menyusu puting payudara masuk sepenuhnya dalam mulut bayi anda.Pada permulaan mungkin akan susah sedikit kerana kawasan areola (kawasan hitam payudara) anda keras ,tetapi jika anda tuam dengan tuala yang dicelup air suam ataupun anda mandi air suam kawasan areola akan menjadi lembut dan bayi dapat menyusu dengan lebih baik.

Kelima
Ada juga individu yang meletakkan kubis segar,namun begitu proses ini mungkin memberi rasa sejuk dan nyaman kepada si ibu tetapi tidak efektif untuk mengurangkan masalah bengkak susu kerana ia tidak dikeluarkan dengan baik.

Keenam
Anda boleh mengambil supplement LECITHIN Shaklee.
Pakar penyusuan menyarankan pengambilan lecithin sebanyak 3600-4800mg sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat..

Lecithin treatment for recurrent plugged ducts



Selain dapat mengurangkan masalah bengkak susu,Lecithin membantu mengurangkan berat badan ibu selepas bersalin dan juga ekstrak soya yang terdaat dalam Lecithin membantu merangsang otak bayi melalui susu ibu yang diminum.

Testimoni pengguna


Jika and a berminat untuk mendapatkan LECITHIN

Hubungi : 019-3845992 (Dila)
Email : gardthezzz@gmail.com

Konsultansi selepas pembelian PERCUMA!!



Thursday, April 9, 2015

ALAMAK..PERUT BUNCITLAH..AWAK MENGANDUNG KE?

Assalamualaikum..



Eh,lama tak jumpa..Berapa bulan dah mengandung ni??
Ish..Ish..Ish..Stress betul bila ada yang tegur macam tu.Bukannya mengandungkan baby,tapi tengah mengandungkan lemak.Hehehe..
Nak marah,dia tak tahu.Tak boleh la nak di salahkan bila soalan tu keluar dari orang yang dah lama tak jumpa kita.

Tahukah anda?
Ukur lilit perut yang ditetapkan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Asia Pasifik adalah bawah 90cm untuk lelaki dan  bawah 80cm.

Antara faktor yang menyumbang kepada masalah perut buncit adalah:-


  • KETURUNAN

Apabila ia berkait masalah keturunan,masalah ini amat sukar untuk dielakkan.Namun begitu,masalah ini boleh dikawal.


  • USIA

Apabila umur seseorang semakin meningkat,maka segala aktiviti akan berkurang.Jika ia tidak diseimbangkan  dengan mengurangkan pengambilan kalori..Masalah perut buncit akan terjadi.


  • MAKANAN & MINUMAN

Gula dan alkohol merupakan musuh utama kepada perut kerana ia boleh menyebabkan otot-otot diperut menjadi tidak tegang seperti biasa.
Begitu juga dengan makanan segera,ia boleh mengakibatkan masalah perut buncit kerana mempunyai jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi.


  • TEMBAKAU

Kebiasaan untuk sesetengah individu yang merokok selepas makan,tidak kiralah lelaki mahupun wanita.Merokok akan membuatkan perut berasa kembung dan menganggu proses penghadaman.


  • PERUBAHAN HORMON

Hal ini kerap berlaku kepada wanita menopous.Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurang sekaligus menyebabkan lemak berkumpul di perut.


  • STRESS

Apabila seseorang menjadi stress,masalah ini akan menggangu proses dalam tubuh badan kita termasuklah proses penghadaman.

Senaman ringkas kempiskan perut.


Namun begitu,dengan sokongan supplement untuk kurus.Senaman kempiskan perut ini akan membuahkan hasil yang lebih cepat dan memberansangkan.

SET KURUS pilihan ramai..

  • Dijamin HALAL..
  • Dijamin SELAMAT..
  • Ada kelulusan KKM..



Info /Order
Hubungi : 019-3845992 (Dila)
Email : gardthezzz@gmail.com




Tuesday, April 7, 2015

DIET,TAPI BERAT BADAN TAK TURUN,TANDA METABOLISME RENDAH

Assalamualaikum,

Apakah itu Metabolisme?


Bagi fungsi tubuh badan,metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar untuk mengekalkan fungsi-fungsi asas tubuh badan.Setiap aktiviti yang dilakukan,kita akan membakar kalori.Tak kiralah samada ketika kita bersenam mahupun tidur.Seperti sebuah kenderaan yang memerlukan minyak untuk menjana kuasa.Metabolisme adalah pengurus 'minyak' dalam tubuh kita.Namun,setiap individu mempunyai kadar metabolisme yang berbeza.Jika tubuh seseorang lebih berotot maka kadar metabolisme lebih tinggi berbanding seseorang yang lebih lemak.


Untuk bahasa yang lebih mudah,metabolisme merupakan proses tubuh yang menukar kalori menjadi tenaga.

Kadar Metabolisme dipengaruhi oleh beberapa faktor:-

Jantina - Kebiasaannya,kadar metabolisme lelaki lebih tinggi dari wanita kerana saiz badan lelaki lebih besar berbanding wanita dan mempunyai kurang lemak.

Umur - Selepas usia 40 tahun,kadar metabolisme akan menjadi semakin perlahan disebabkan pengecutan otot dan paras lemak yang semakin meningkat.

Genetik - Terdapat individu yang lebih bertuah kerana mempunyai metabolisme yang cepat sejak dilahirkan.Jadi,bila dia makan banyak pun berat badannya tak naik.Best kan...

Beberapa tips untuk meningkatkan kadar Metabolisme tubuh:-

Lakukan senaman pemberat setiap hari.Tak perlu angkat macam atlet bina badan tu ye.Cukup sekadar pemberat biasa tapi dilakukan berulang kali.

Makan supplement KALSIUM.Apabila kalsium kurang,ia akan mencetus hormon yang menyumbang ke arah peningkatan berat badan.

Minum air secukupnya 8 gelas sehari bagi meningkat fungsi tubuh badan.

Makan makanan pedas.Kandungan capsaicin dalam cili boleh membakar kalori selepas 30 minit makan.

Minum CINCH ENERGY TEA MIX..
Cinch Energy Tea Mix mampu memberi tenaga dan menjadikan lebih mudah berpeluh.Kandungan yang terdapat dalam Cinch Energy Tea Mix akan memberi rasa kenyang.Sangat membantu dalam proses diet dan dapat mengekalkan tenaga dalam tubuh serta membantu meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
Rasanya,boleh dihidangkan panas dan sejuk.


Harga : RM 131.00 / 28 Sticks

Sangat mudah.Sepeket sehari untuk hasil yang memuaskan.

Info/Order
SMS, Whatsapp 0193845992
Email : gardthezzz@gmail.com




Monday, April 6, 2015

DILEMA WANITA,BAJU TAK MUAT LEPAS BERSALIN

Assalamualaikum,


Bagi seorang wanita hamil,berat badan mampu bertambah hingga 10-20 kg ketika hamil.Tetapi ianya berbeza setiap individu.Selepas melahirkan,berat akan turun banyak atau sedikit berbeza juga untuk setiap individu.Pengalaman saya sendiri,selepas melahirkan Zahra berat saya turun hingga 20 kg.

Video: Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! 


Namun begitu,hal yang merungsingkan para wanita apabila berat badan mereka naik semula.Malah lebih dari yang turun sebelumnya.Memang stress.Lemak susah sangat nak pergi..

Sifat lemak adalah zat organic hidrofobik,menyebabkan lemak sukar larut dalam air.Apabila kadar lemak berlebihan bertimbun di dalam tubuh,maka terjadilah perut buncit.

Petua tradisional untuk menurunkan berat badan:

Amalan meminum AIR TEH HIJAU.

  • Variasikan pengambilan,selain boleh diminum secara terus.Air teh hijau juga boleh dicampur bersama "yogurt" atau "yakult".

Amalan meminum AIR LIMAU NIPIS.

  • Jika anda kurang gemarkan air limau yang panas.Anda bolehlah bancuh dalam kuantiti yang banyak untuk dijadikan stok di dalam peti ais.Jika diminum Sejuk.Rasanya lebih sedap dan menyegarkan.
KINI,ada cara yang lebih mudah,lebih berkesan.

Amalkan SET KURUS Dari Shaklee.


Set kurus terdiri daripada :
  • HERB-LAX
  • LECITHIN
  • ALFALFA COMPLEX
  • CINCH SHAKE MIX
  • CINCH TEA MIX
Wow! Banyaknya????

Jangan risau,bukanlah semua perlu anda ambil.Tetapi jika anda mahukan keputusan yang lebih cepat,dan sesuai dengan bajet anda.Saya akan mencadangkan pilihan yang sesuai untuk anda.

Beberapa testimoni untuk anda.



Info/Order
SMS-Whatsapp : 0193845992 (Dila)
Email : gardthezzz@gmail.com


Sunday, April 5, 2015

VITAMIN UNTUK OTAK CERGAS

Assalamualaikum..

Lately agak busy dengan aktiviti luar,tak berkesempatan nak curi-curi masa ON laptop nak update entry.Alhamdulillah.Hari ni diizinkan.

Berbalik kepada tajuk.


Adakah anda seorang pelajar?Tapi....
  • Sering mengantuk dan hilang fokus dalam kelas?
  • Gagal capai keputusan yang diingini?

Otak merupakan salah satu komponen penting dalam kehidupan kita.
Ia juga merupakan organ terpenting dalam kehidupan seorang pelajar.

Tahukah anda?

30% otak terdiri daripada lecithin.Lechitin mengandungi choline yang sangat diperlukan untuk otak berfungsi.Lecithin meningkatkan bekalan choline dan acethylcholine.Acethycholine penting untuk fungsi otak seperti berfikir,mengingat,konsentrasi,menentukan cara kita berdiri,makan,berlari,tidur dll.

Acethycholine juga merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan,penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak.Jika bekalannya cukup,maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan.

Bagaimana caranya untuk mendapatkan Lecithin?

Kebiasaannya lecithin boleh didapati daripada kuning telur.


Antara manfaat yang terkandung dalam telur kuning adalah:-
  • Perkembangan minda anak-anak.
  • Sistem pencernaan yang baik.
  • Ketahanan tubuh badan yang lebih kuat.
  • Untuk kesihatan organ.
Malangnya,tak muak ke nak makan telur kuning hari-hari?Sedangkan sumber lecithin sangat diperlukan lagi-lagi untuk golongan pelajar.

Jom cergaskan otak,cerdaskan minda.!!

Amalkan lecithin sebagai makanan tambahan anda.InshaAllah..Tawakal Illallah..


****Untuk mereka yang berusia 13 tahun ke atas sahaja.

Info/Order
019-3845992 (Dila Zaini)
Shaklee ID : 907721
Email : gardthezzz@gmail.com





Wednesday, April 1, 2015

TAK CUKUP TIDUR ANAK ASYIK NANGIS TAK CUKUP SUSU

Assalamualaikum...

Ramai yang mengeluh bila tak cukup tidur sebab anak asyik nak memerap masa tidur.Badan asyik sakit-sakit.Ada juga yang puting sampai melecet lagi parah luka sebab anak asyik nak melekap je.Kenapa jadi macam tu?Alhamdulillah saya ditakdir ada susu badan yang banyak dari dalam pantang lagi.Rezeki anak kan.Tapi susu badan yang banyak tu pun boleh jadi tidak mencukupi bila anak makin membesar.Saya sendiri pernah alami situasi tu.Masa tu umur Zahra baru 10 bulan.Susu badan saya CAIR dan kuantiti makin BERKURANG.Masa tu faham-faham jela,dia punye memerap,memang sakit badan nak tadah.Tidur pulak memang terganggu.Saya tahu susu ibu ni adalah susu terbaik untuk anak.Jadi saya mahu menyusukan anak-anak saya samapai mereka 2 tahun.

Kelebihan untuk bayi yang disusukan dengan susu ibu.



Masa tu saya sedar,saya perlu ambil supplement untuk tingkatkan kualiti dan kuantiti susu badan saya ni.Tapi suami saya tak support pun.Mungkin pada dia,susu badan tu sama je.Takkan cair dan tak kan berkurang.Anak kuat menyusu tu,perasaan saya je.Maklumlah anak sulung.Stress jugak la masa tu.Jadi saya tekad juga,biarpun guna duit sendiri,saya pun order je ESP.
Start saya amalkan ESP saya perasan yang susu saya makin pekat.Zahra masa tu pun dan kurang memerap.Alhamdulillah.


Video:Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan



Bila saya dah tak mengeluh sakit badan dan tidur tak terganggu,habis tin pertama ESP saya,suami sendiri hulur duit suruh beli ESP lagi.Seronok tengok anak dapat manfaat susu ibu sepenuhnya.Masa tu saya tambah sekali ALFALFA COMPLEX,nak tambah pula kuantiti susu badan ni.Alfalfa Complex ni "MILK BOOSTER".Memang meriah susu badan saya,susu makin BANYAK dan PEKAT.Saya makin semangat nak susukan Zahra.Susu badan 'maintain' meriah sampai Zahra 2 tahun 3 bulan.Berhenti menyusukan bukan sebab susu badan dah kering,tapi sebab saya mabuk teruk masa mengandungkan adiknya.

Saya masih mengamalkan ESP dan ALFALFA COMPLEX untuk proses penyusuan adik Qhayra.Alhamdulillah,susu badan masih meriah walaupun adik Qhayra dan berusia 1 tahun 2 bulan.Semoga saya terus berjaya menyusukan anak-anak saya.


Sesetengah induvidu masih belum mendapat kuantiti dan kualiti susu walaupu mereka sudah mengamalkan Set Penyusuan (Basic) ESP dan Alfalfa Complex.
Jika hal itu terjadi,ibu perlulah mengamalkan Set Penyusuan (Penuh) yang terdiri daripada :-
  • Vitalea
  • ESP
  • Alfalfa Complex
  • Vitamin C
  • B-Complex
  • Ostematrix
InshaAllah,kualiti dan kuantiti susu yang diingini meningkat.



Info / Order
019-3845992 (Dila Zaini)
Email : gardthezzz@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...