Wednesday, December 24, 2014

BANJIR DI PANTAI TIMUR

Assalamualaikum..
Ketika ini, kita diuji dengan musibah banjir.Ramai mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.Harapannya,pasukan penyelamat dapat jalankan tanggung jawab dengan cekap dan penuh dedikasi supaya tiada keluarga yang tercicir dari mendapat bantuan banjir.

Jabatan Meteorologi meramalkan fenomena air pasang kerana fasa bulan penuh besar dan perigi (perigee),memburukkan lagi situasi itu.

Fenomena perigi terjadi apabila bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi.Ini menyebabkan data graviti lebih kuat daripada biasa menjana air pasang yang lebih tinggi.(sumber)

Tak terkecuali tempat saya.Turut terputus hubungan apabila laluan utama kami ditelenggami air.



Air mula naik ke kawasan atas jalan mulai malam semalam (23 Disember 2014).Pukul 7 malam.Sampai sekarang (24 Disember 2014) air dikatakan sudah paras lutut dan laluan ditutup untuk semua kenderaan.Jadi duduk diam-diam kat rumah ye.
Ops lupa..Lokasi Jalan masuk Jenderak Utara Selatan,Kuala Krau,Temerloh Pahang.

Apa pun semoga musibah ini tak berlarutan untuk jangka masa yang lama.






Monday, December 22, 2014

TANDA-TANDA MAHU BERSALIN

Assalamualaikum..
Semoga sihat semua ibu-ibu hamil di luar sana.Semakin dekat tarikh jangkaan bersalin (due date) mesti perasaan ibu-ibu makin berdebar kan.



Saat yang paling mendebarkan menanti tanda bersalin.Pengalaman saya,anak sulung tanda tak menonjol sangat.Cuma sakit pinggang sepanjang malam.Tak keterlaluan sangat.Pagi esoknya baru ke klinik.Cek bukaan dah 3CM.
Untuk anak ke2,saya pecah air ketuban di malam hari.Sebelum tidur tu,penat melampau dan sakit pinggang.Keluar air ketuban,terus siap-siap ke hospital,sampai hospital bukaan 6CM.Itu adalah pengalaman saya.

Tetapi tanda bersalin tidaklah sama untuk semua ibu hamil.Antara tanda bersalin yang perlu diambil berat oleh ibu-ibu adalah:-
  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
Anda perlu menghubungi doktor atau terus ke hospital sekiranya,
  • Air ketuban anda pecah atau anda merasakan terdapat kebocoran cecair amnion atau air ketuban.Jangan berlengah lagi.
  • Anda merasakan bayi anda kurang bergerak berbanding biasa.
  • Berlakunya pendarahan faraj.
  • Anda mengalami demam,sakit kepala melampau,dan sakit pada bahagian abdomen secara berterusan.
  • Ada juga yang terasa seperti mahu membuang air besar tetapi tidak berkehendak sebenarnya.
Antara DOA yang boleh diamalkan ialah


Sentiasalah berDOA




Selepas melalui FASA melahirkan,ibu-ibu akan mengalami FASA berpantang.Set Berpantang dalaman dan luaran.Dilengkapi dengan Milk Booster untuk
 penyusuan bayi.Hanya dengan SET BERPANTANG SHAKLEE.




Friday, December 19, 2014

VITAMIN C SHAKLEE DAN KHASIATNYA

Assalamualaikum..Ngongeng..Ngongeng juga..Moh kite beramei..He he..Pinjam kejap treadmark Ustaz Yeop.Best sangat menyebutnya.Yang penting takde kena mengena pun dengan Title Post tu kan.

Vitamin C Shaklee pernah ketandusan stock selama setahun.Kenapa pulak kan?Sebabnya barang baik confirm la cepat "sold out" nye.Dikala menunggu kontena yang membawa Vitamin kesukaan ramai ni  sampai.Kenala menunggu dan menunggu.Alhamdulillah sekarang stok Vitamin C ni available nak dapatkan bila-bila masa je.Tambah-tambah promosi pulak ni .Memang rugi sapa tak beli.

Satu biji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 1/2 biji Oren sunquick.

Ujian klinikal membuktikan Vitamin C Shaklee mampu kekal 24 jam di dalam plasma darah kerana ia dilepaskan secara berperingkat dari jam ke jam.Nama pun "sustain release" kan.

Antara kebaikan Vitamin C Shaklee:-
  • Membentuk pembentukan kolagen.
  • Mengelak masalah gusi berdarah,luka lambat sembuh,kulit kering dan ruam.
  • Membantu mempertingkat sistem imunisasi.
  • Membantu memerangi kanser.
  • Mencantikkan kulit.
  • Membantu mengurangkan masalah insomnia,stress dan keresahan.
  • Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah.
  • Membantu mengurangkan masalah hidung berdarah.
  • Anti bakteria untuk masalah kencing tak lawas.(Pengalaman sendiri)

Testimonial sendiri:

"Saya mengamalkan Vitamin C Shaklee untuk 
mencantikkan kulit.Selain itu,sebagai ibu yang menyusukan,adalah perlu untuk saya mengambil Vitamin C ini untuk imunisasi diri saya dan anak .
Dengan pengambilan vitamin C ini,jika saya mempunyai simptom selsema.Segera makan Vitamin C ini.Alhamdulillah selsema tak jadi singgah.
Baru-baru ini, saya terkena jangkitan kuman pada air kencing.Saya ambil 2 biji vitamin C untuk mengelakkan jangkitan kuman.Alhamdulillah keesokkannya saya pulih dari masalah kencing tak lawas."

Lagi testimonial Vitamin C



Harga Vitamin C Shaklee : RM 92.50 sebotol
Beli 6 botol Percuma 1 botol.Anda jimat RM92.50
Beli 2 botol,diskaun 5%..Anda jimat RM 9.25

Anda mahu lebih jimat..??
Jom order sekarang
Nak bagi harga JIMAT super duper special.
Hanya dengan saya tau!
0193845992 
(SMS/whatsapp)








Thursday, November 13, 2014

BAGAIMANA NAK KEMPISKAN PERUT

Assalamualaikum.Ada tak yang berminat dengan entry kali ni?Macamana nak menghilangkan masalah perut buncit.Bagi ibu-ibu yang pernah melahirkan bayi sering menghadapi masalah perut buncit kan.Termasukla saya.He he he.

Ada beberapa cara / petua yang boleh kita cuba untuk menghilangkan masalah perut buncit ni.





1. Banyakkan meminum air kosong.

Ada sesetengah orang beranggapan punca perut buncit adalah kerana "habit" mereka yang kuat minum air.Tentu sekali anggapan itu salah.Dengan meminum air kosong/masak,ia membantu mengepam toksin daripada sistem badan anda serta ia membantu menjaga usus.Perubahan warna pada air kencing berubah menjadi warna kuning gelap menandakan anda mengalami dehidrasi atau bahasa mudahnya kurang minum air.Apabila sistem usus baik peluang untuk mengempiskan perut adalah tinggi.

2. Mengurangkan saiz hidangan

Jika anda sudah terbiasa dengan kuantiti makanan yang banyak.Cuba helah ini, biasakan diri anda dengan saiz pinggan yang kecil.Secara tak langsung kuantiti makanan dapat dikurangkan.

3. Jangan makan dua atau tiga jam sebelum tidur.


Waktu tidur adalah waktu untuk berehat.Apabila anda makan 2 atau 3 jam sebelum tidur.Makanan yang anda makan akan bertukar menjadi lemak.Hal ini,terjadi kerana tiada pergerakan yang mampu menukar makanan menjadi tenaga..Haaa sebab tu la dia jadi lemak.


4. Amalkan mengambilan makanan glisemik rendah.


Antara makanan indeks glisemik rendah ialah pisang,lobak,saderi,timun,bawang dan kubis.Sebab utama makanan ini membantu proses mengempiskan perut adalah kerana ia mengambil masa yang lama untuk dihadamkan.Anda akan berasa kenyang untuk jangka masa lebih lama.


5. Hindari karbohidrat


Mengurangkan karbohidrat dalam diet akan melatih anda untuk mengakses karbohidrat yang disimpan dipanggil glikogen Dan membakar mereka di luar ,did sampling menghapuskan cecair yang berlebihan dari disimpan.


Saya tertarik dengan teknik masyarakat Jepun untuk mengempiskan perut.Boleh lihat SINI untuk mencuba teknik mereka.

Shaklee turut menawarkan SET MENURUNKAN BERAT BADAN dengan harga istimewa untuk anda.





Pilih Set Pilihan anda!
Untuk lebih info atau order
0193845992 - dila
SMS / wassup 

Saturday, November 8, 2014

HARGA PROMOSI OMEGA GUARD SHAKLEE

Assalamualaikum.Bulan November,hampir ke penghujung Tahun 2014.Bulan ni Shaklee bagi 2 promosi untuk OmegaGuard.

Pertama
Jika anda beli 6 botol OmegaGuard,1 botol akan diberikan percuma.Anda untung RM136.



Kedua
Jika anda beli OmegaGuard 2 botol.Potongan harga 5% diberikan kepada anda.Dengan ini,anda untung RM 13.60.

Hebat kan..

Dengan pembelian 6 botol.Anda berjaya mendapat keahlian secara PERCUMA.
Rujuk SINI untuk keistimewaan menjadi ahli Shaklee.

Tawaran harga lebih menarik dan info lanjut.

0193845992 - DiLa ZaiNi


Wednesday, October 29, 2014

MAKSUD NAMA BAYI : NUR QHAYRA NABILA

Assalamualaikum..Bersua kembali dalam blog kesayangan ni..Bulan Oktober sayangku Nur Qhayra Nabila dah berusia 9 bulan.Cepat betul masa berlalu.Pejam celik.Dah besar pun puteri ke-2 mama dan abah.Alhamdulillah.Membesar sihat.



Teringat proses menamakan adik Nabila ni.Masa mengandung Abah nya cakap nak bagi nama.Ok No problem untuk mama asalkan sedap didengar maksud yang baik.Ada jugak berbunyi nak namakan "Jannah". Sebab dah tau jantina awal kan.Tapi dah ada yg nama "Jannah" dalam keluarga besar kami.Mestila rasa x best kan.Ok la nak sedapkan hati Abah. Mama pun carikan match untuk nama Jannah tu.Siap buatkan list lagi.Sekali dengan maksud.Jadi walaupun mix and match nama mama dia ni yang kasi,apa nama nak bagi.Mama serahkan kat abah diaorang..Heehe..Fair kan.




Ada lg beberapa nama yang xdapat nak print screen sekali.Nampak kan 1 nama je yang ada Jannah.hihi..Tu pun siap ada nama Zahra lagi.Dalam hati memang tak kisah kalau abah diaorang pilih nama tu.Tapi at last "Qhayra" nama pilihan abah.

Untuk mix kan sebenarnya Nur Qhayra Nabila baru je di listkan.Halnya mama diaorg ni gedik pulak nak panggil anak dengan panggilan "Bella".Tu yang jadi Nabila tu.Jadi Qhayra dari Abah.Nabila dari Mama.Memang fair kan.Situasi sama masa nak namakan Zahra.Zahra dari Abah. Alia dari Mama.

Dengan Izin Allah.Pilihan nama yang baik maka "Nur Qhayra Nabila Bt. Zukarnaini" nama diberi.Maksud "Cahaya Kebaikan yang Mulia".



Semoga Kakak dan adik menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.


Tuesday, September 30, 2014

PENAWAR SELSEMA BAYI:MINYAK BAWANG PUTIH

Assalamualaikum..Sekarang musim batuk dan selsema kan.Tak terkecuali saya dan anak-anak.Mula dengan Nabila selsema campur batuk sikit-skit.Sekarang dah berjangkit dengan mama dia ni.Bila selsema ni mesti dapat pakej sekali sakit tekak dan batuk kan.Alhamdulillah Zahra tak selsema.Cuma batuk yang belum baik.Risaula bila anak sakit ni.Zahra yang sangat susah nak diberi ubat.Nabila pulak baru 8 bulan.Sangat tak disarankan ambik ubat.Bawa pegi klinik pun cuma nak periksa paru-paru OK ke tak je.Sorry doktor saya request tak nak ubat sebab takut nk bagi.

Saya cuba bagi Nabila minum madu Asli.Tapi macam tak nampak perubahan pun.Kemudian saya cuba petua tradisional iaitu "Minyak Bawang Putih".Minyak ni tak payah susah-susah cari kat kedai.Buat kat rumah je.Senang Dan pantas.Fresh lagi tu.

Cara nak buat macam ni:-

1. Bakar bawang putih dengan api sederhana.Jadi takde la dia hangus kan.
Says bakar 1 labu.Untuk kudapan sendiri.Bila berkahak memang elok kunyah bawang putih bakar ni.Sedap.Saya pernah story pasal khasiat bawang putih bakar ni.Boleh klik SINI ye.




2. Dah siap bakar,bolehla ditumbuk / dilenyek sampai hancur.

3. Campurkan minyak masak / minyak kelapa dara / minyak Zaiton.Pilih la mana suka ikut stock minyak yang ada dirumah.Saya guna minyak kelapa dara (VCO) lebih masa mengandung haritu. Dan jadila rupanya begini.



Masa mula-mula saya sapu kat hidung Nabila hingus dia memang asyik keluar je.Yang best takde dengar bunyi batuk berkahak dia tu.Alhamdulillah.Dengan izin Allah S.W.T.

Cara pakai boleh sapu kat batang hidung,dada dan tapak kaki.Boleh sapu di tapak kaki masa anak tidur.Lepas tu pakai kan stokin.Insha-Allah.

P/s - Buat sikit-sikit je takut minyak tu ada bau basi / kurang enak bila simpan lama-lama.

Semoga bermanfaat!

Dapatkan pelbagai produk kesihatan Shaklee.SMS/Whatsapp 019-3845992 untuk cadangan pengambilan dan konsultansi selepas pembelian.TQ.




Friday, August 22, 2014

MAKANAN SIHAT UNTUK IBU MENYUSU

Assalamualaikum..Masih di bulan Syawal.Mood raya masih menebal.Alhamdulillah Syawal tahun ni saya raikan dengan ahli baru.Kami sekeluarga dah berempat.


Kehidupan berjalan normal seperti biasa.Qhayra Nabila masih menyusu badan dengan mama dia ni.Susu badan masih meriah macam masa baru lepas bersalin dulu. Rezeki Bella.Syukur.Harapannya dapat menyusukan Bella sampai 2 tahun lag.Zahra berhenti menyusu umur 2 tahun 3 bln.Itupun disebabkan saya "Morning Sickness" yang agak over.Tapi taklah sampai kena masuk wad..hehe.

Amalan saya setiap hari untuk susu badan sentiasa meriah mestilah minum Energizing Soy Protein (ESP) & Alfalfa Complex dari Shaklee.FYI,ni SET BUDGET je ye.Walaupun set budget hasilnya Alhamdulillah.Ni benda alahnye ye..hehe

SET BAJET  (BREASTFEEDING)
Kadang-kadang ada ibu-ibu yang menyusukan anak tanpa bantuan supplement.Susu masih mencukupi untuk anak jadi mereka fikir tak perlulah bekalan supplement untuk diaorang.Hal ni buat saya pulak naik risau.Kita perlu sedar,

"If you eat a healthy diet consisting of a variety of foods, you shouldn't need to take a daily vitamin supplement while you are breastfeeding. "
Sources:
American Academy of Pediatrics. New Mother’s Guide To Breastfeeding. Bantam Books. New York. 2011.

Sekarang bukan macam dulu-dulu.Masa zaman mak-mak kita diaorang makan ulam-ulaman.Masak tak bubuh perasa tambahan.Jadi makanan diaorang dikategorikan sebagai makanan yang sihat.Tapi sekarang,tengoklah pemakanan kita.Kalau kita sendiri rasa itu makanan yang tidak sihat.Pengambilan supplement adalah PERLU .Bukan saja untuk bekalan nutrien yang baik untuk anak.Tapi untuk tubuh badan sendiri juga.

Secara amnya ibu menyusu perlu:

Lebihkan pengambilan air masak.Bagi individu biasa.8 gelas sehari adalah sangat digalakkan.Tapi bagi ibu menyusu 12-14 gelas rasanya tiada masalah Ibu menyusu akan lebih kerap berasa dahaga. 

Pemakanan sihat dengan pengambilan protein.Amnya,1 g untuk 1 pound berat anda.

Pisahkan waktu makan anda kepada 5 waktu.Sarapan,makan tengahari,snek petang,minum petang dan makan malam.Hal ini dapat menghadkan pengambilan kalori yang mana kalori juga penting untuk ibu menyusu.Pastikan makanan yang ambil itu makanan sihat seperti buah dan biskut oat.




Ibu menyusu memerlukan vitamin B9 - folic acid,kalsium, dan zink sepanjang proses penyusuan.Folic acid boleh ditemui dalam jagung,asparagus,kubis dan bayam.
Zink pula terdapat dalam telur,daging,tepung dan oat.Kalsium pula,bagi ibu menyusu memerlukan 1200mg kalsium sehari.Boleh didapati dari kacang almond,mentega,minuman tenusu dan kacang hazel.
Tapi jika anda sulit untuk makan makanan ini.Shaklee menawarkan supplement Ostematrix ( Kalsium),Zinc Complex (Zink) dan B-Complex (vitamin B dan asid folic).Telan je senang kerja kan.Produk ni ada dalam SET LENGKAP PENYUSUAN tau.

SET LENGKAP ( BREASTFEEDING)


Elakkan pengambilan tembakau dan juga alkohol.Adalah tidak sihat untuk sesiapa sahaja.

Kalau sayangkan badan nak pakai lama la orang kata.Pastikan badan kita cukup nutrients,kalsium dan protein ya.

Untuk lebih info tentang Set Penyusuan INI..Sila SMS/WHATSAPP 0193845992

Sekian wassalam.











Sunday, July 13, 2014

BAWANG MERAH BAHAYA..JANGAN MAKAN

Assalamualaikum..Perkongsian dari anak saudara saya tentang bawang merah dan bawang putih.Sila teruskan bacaan hingga selesai ya!



Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani
dan mendapati keluarga tersebut berada dalam
keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita
selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti
demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya
petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat
sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri
petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah
yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang
rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk
melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus
selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut.
Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus
dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak
langsung dapat mengelakkan keluarga petani
dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.
Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang
banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati
ramai pekerjanya diserang selsema kerana
sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika
mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan
semangkuk bawang merah yang telah dikupas di
beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2
beliau tidak lagi diserang selsema.
Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia
menemukan artikel yang mengatakan untuk
memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian
dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya.
Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan
tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati
bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan
tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi
sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya
menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin
bertambah baik.
Bawang merah dan bawang putih mempunyai
kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat
menguntungkan manusia. Bawang merah boleh
menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan
cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika
dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana
ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga
boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2,
sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan
sebagainya.
Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak
boleh memakan bawang merah kerana perut anjing
tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat,
adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan
menggunakannya untuk memasak pada hari
berikutnya.
Nak sihat senang, nak sakit lagi senang. Gunakan
pengetahuan anda sebaiknya dan mari berkongsi
pengetahuan ini supaya bertambah berkat dari Allah
s.w.t.



Friday, July 11, 2014

MAKANAN PERLU ELAK UNTUK IBU MENYUSU

Assalamualaikum..Alhamdulillah dah 12 hari kita berpuasa di tahun 2014 ni kan.Lebih sweet tahun ni berpuasa sebagai "breastfeeding mum" dan beraya dengan ahli keluarga baru Nur Qhayra Nabila.Insyaallah.

Bulan puasa ni biasalah kan banyak sangat juadah yang 'terliuq' bila pegi bazaar Ramadan tu.Sebagai salah seorang ibu yang menyusu,walau macamana teringin pun dengan juadah tu kena bertahan.Takut kesannya kat baby la.KEMBUNG.

Ada beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan oleh ibu menyusu:

Kopi / Minuman berkafein



Jika anda penggemar kopi.Sila kurangkan dan lebih baik dielakkan.Kandungan kafein dalam kopi akan meresap ke dalam susu ibu.Apabila baby anda menyusu,kandungan kafein dalam susu akan masuk ke dalam badan baby.Ini akan menyebabkan mereka kurang selesa dan sukar tidur kerana kafein dalam badan baby tak dapat dikeluarkan seperti orang dewasa.

Coklat / Milo / Teh

Ada yang berpantang dari minum Milo sebab takut anak kembung.Alhamdulillah sepanjang berpantang memang Milo la minuman saya.Anak pun boleh terima takde masalah.Tapi kalau anda minum coklat atau Milo atau teh anak anda kembung.Hentikan pengambilan.Jika selepas anda hentikan pengambilan minuman ini dan anak dah tak kembung.Seeloknya dihentikan terus.Macam saya coklat dan Milo tak masalah.Tapi teh memang tak berani ambil lagi.

Buah-buahan yang masam.

Buah oren ,limau memang masam kan.Kadang-kadang perut kita pun sakit bila makan yang masam-masam ni.So,elak-,elakkn la ye.Asid limau boleh menyakitkan perut baby.Kalau nak jaga kulit muka.Nak Vitamin C.Tak perlu makan yang masam-masam tu .Vitamin C Shaklee ade.Confirm tak effect kat baby.

Makanan pedas dan berempah.



Baby ni ada yang jenis perut tak tahan.Pedas sikit je dia pun terasa sama.Kesian baby.Jadi bila anda makan pedas,anak sakit perut.Sabarlah sampai anak dah tak menyusu lagi ye.

Alkohol

Kita yang Muslim ni kan tak de masalah hal ni.Jika untuk orang yang tak menyusu anak pun dah bahaya.Lagikan yang menyusu anak.

Jika baby anda mengamuk tak lena tidur di sebabkan kembung.Anda boleh berikan "Gripe Water".
Urut perut,betis dan tapak kaki supaya baby merasa hangat.
Baby kembung adalah sesuatu yang normal.Jadi ibu-ibu jangan terlalu risau.Dah tau langkah dan cara menghilangkan kembung perut baby boleh lah dilakukan sendiri.

Peringatan! Jika tangisan baby berlanjutan,bawa baby ke klinik atau hospital ya!

Berminat untuk mendapatkan VITAMIN C SHAKLEE..Mudah..

Klik..>>>>> TEMPAH SEKARANG






Thursday, July 10, 2014

CARA MERAWAT BATUK BERKAHAK

Assalamualaikum..Fuhh..Cuaca sekarang tak menentu kan.Masa ni ramai yang mengalami masalah kesihatan.Batuk,selsema dan sakit tekak.Tak terkecuali demam.Malangnya saya dan anak-anak juga mengalami batuk dan selsema.Yang tak berapa seronok untuk pengidap tongsil macam saya ni,ada turutan pulak.Mula-mula selsema,sakit tekak,batuk dan kesudahannya demam.Demam je tak jadi lagi ni.Tolonglah jangan.Bulan lepas dah demam.Kesian kat anak-anak dan suami bila mamanya demam.

Bila batuk rasa makin menjadi-jadi.Makan ubat batuk pun tak menjadi,mulalah mencari-cari petua tradisional pula.

Antara petua untuk menghilangkan masalah batuk berkahak ialah:

  • Bawang putih yang dibakar.

Setakat ni petua yang saya dah cuba ni jela.2 labu dah saya makan.Alhamdulillah berkurangan.
Bawang putih ni antibiotik tradisional tau.Cuma bakar je atas api sampaila dia betul-betul masak.Saya letak atas api kecil selama setengah jam.Barulah yakin yang bawang putih ni dah masak sepenuhnya.Jangan risau tentang rasa,sedap.Kalah French fries McD tau!

Untuk merawat batuk anak.Campurkan bawang putih yang dibakar tadi dengan minyak masak atau minyak zaitun.Sapukan di dada anak.

Antara petua lain yang saya dapat:

  • Madu + Bawang Merah + Bawang Putih
Masak madu dengan bawang merah.Bila dah mendidih campur bawang putih yang dihiris halus.Minum.

  • Minum madu
Minum madu macam ubat batuk je.Tak perlu campur apa-apa.

  • Limau nipis + kicap masin
Campurkan satu atau 2 biji air perahan limau nipis dengan 4 camca kicap masin.Minum 3 kali seminggu sebelum tidur.

  • Kerak nasi + air suam

Rendam kerak nasi dan air suam.Minum.

  • Madu + air limau nipis
Madu dicampur dengan perahan air limau nipis.

Itulah beberapa petua yang saya kumpulkan.

Selamat Mencuba!



Monday, July 7, 2014

BERPANTANG PERLU ATAU TIDAK

Assalamualaikum..Setiap ibu yang melahirkan bayi mempunyai pengalaman berpantang yang berbeza.Bagi sesetengah orang menganggap tempoh berpantang sesuatu yang leceh.Namun begitu bagi yang beranggapan tempoh berpantang itu penting.Mereka akan melaluinya dengan cermat dan sabar.


Sekadar Gambar Hiasan


Apa itu tempoh berpantang?

Bagi ibu yang lepas bersalin,mereka perlu berehat secukupnya selepas melalui waktu mengandung selama 9 bulan 10 hari yang penuh penat lelah dan proses melahirkan yang benar-benar mencabar.Sewaktu proses melahirkan seluruh tenaga ibu dikerah untuk melahirkan putera/puteri tercinta.Ketika tempoh berpantang inilah ibu perlu berehat secukupnya bagi memulihkan tenaga.Tempoh untuk ibu bersalin untuk pulih sepenuhnya adalah selama 6 minggu atau 44 hari.Ada juga yang berpantang selama 2 bulan dan ada juga yang berpantang hingga 100 hari.

Apa yang dilakukan ketika berpantang?

Berurut
Kebiasaannya ibu bersalin akan berurut sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut. Bagi ibu yang bersalin secara normal tiada masalah untuk berurut dibahagian perut.Jika bersalin secara pembedahan perlulah menunggu untuk satu tempoh yang sesuai untuk urut perut.Urutan kecuali bahagian perut tiada masalah.

Berbengkung
Bagi yang mahukan bentuk badan yang "solid" lepas bersalin kenalah rajin-rajin berbengkung tau!

Bertungku
Bertungku dapat memberi rasa hangat seterusnya darah nifas dapat keluar dengan lancar.Ia juga membantu menolak rahim ketempat asal dengan lebih cepat .

Bertangas
Membantu pengaliran darah nifas dengan lancar.Membantu proses pemulihan dalaman badan ibu.

Terdapat banyak lagi pantang larang untuk ibu berpantang amalkan ketika berpantang.Disiplin ibu berpantang adalah sangat penting.Lebih-lebih lagi dari aspek pemilihan makanan.Menjaga pengambilan makanan sangat PENTING untuk dijaga.

Dapatkan SET BERPANTANG SHAKLEE..
Klik SINI ...



Tuesday, July 1, 2014

PERKEMBANGAN BAYI SELEPAS LAHIR

Assalamualaikum..Hari berganti hari.Alhamdulillah anak-anak semakin membesar dengan sihat
baik.Nur Alia Zahra dah  berusia 3 tahun 2 bulan,adik,Nur Qhayra Nabila pula dah 5 bulan pun.Syukur.

Bagi mama-mama baru, mesti nak tau perkembangan bayi selepas dilahirkan.

TIDUR



Bagi yang baru bergelar mama,sangatlah 'excited' kan bila dah ada baby.Tak sabar nak main dengan anak.Tapi baby yang baru lahir ni kerjanya tidur je.Hal ini kerana,baby yang baru lahir sedang menyesuaikan diri dengan dunia baru.
Baby yang baru dilahirkan akan tidur 16 jam sehari.Ini kerana baby ni tak dapat bezakan malam dan siang.Rutin baby pula hanya tidur,menyusu,menangis dan burp...Itu je yang mereka tahu.Perkara ini akan berlanjutan ke beberapa bulan.
Pola tidur baby tidak lah sama.Ada yang baby akan tidur je dalam masa yang agak panjang,ada pula yang tidur sekejap-sekejap.Pastikan tidur mereka tidak terganggu - kecuali lah kalau kita nak kejutkan baby menyusu atau mandi.Kalau tak,mengamuk lah jawabnya.
Apabila baby tidur terlalu lama pasti mama-mama kejutkan bayi untuk menyusu 2-3 jam sekali.Siang dan malam.
Menjelang akhir bulan,baby anda akan menunjukkan satu pola tidur yang agak tetap.Jika tidak tunggu untuk bulan berikutnya ya!

MENANGIS

Bagi baby yang baru dilahirkan,mereka mengekspresikan kehendak mereka melalui tangisan.Apabila mereka menangis,kita beranggapan mereka lapar atau pun buang air besar.Adalah penting untuk kita peka bahawa tangisan baby bukan sekadar mahukan susu ataupun tak selesa dengan pampers yang penuh.
Beberapa punca lain baby akan menangis ialah:
  • Sakit perut / kembung (Colic)
  • Terlalu panas atau terlalu sejuk
  • Penat dan perlukan rehat
  • Mahu dipeluk
Perlu diketahui apabila baby "colic" tiada rawatan khusus untuk melegakannya.
Mereka akan menangis dalam jangka masa yang agak panjang seterusnya tidur akibat terlalu penat.Apa yang boleh mama papa lakukan ialah:
  • Sapu perut,kaki,betis baby dengan minyak telon.Dengan ini dapat memberi kehangatan dan keselesaan pada baby.
  • Letakkan minyak Johnson Baby pada ubun-ubun baby.
  • Berikan "Gripe Water" mengikut dos ditetapkan.(Ada jual kat farmasi RM10 je)


PENGLIHATAN

Baby yang baru lahir hanya melihat wajah mama.Penglihatan mereka masih kabur dan samar-samar.Pada mereka,wajah mama adalah perkara paling menarik untuk dilihat.Tahap penglihatan mereka hanya 30 cm.Jadi baby hanya dapat wajah sesiapa yang mengendongnya dengan lebih jelas ketika itu.
Jadi rajin-rajinlah letak muka dekat dengan baby,jadi mereka dapat mengkaji muka mama-mama dan bercakaplah dengan mereka.

PEMBELAJARAN

Pembelajaran baby bermula serta merta.Walaupun baby yang baru lahir ni senyap ketika berjaga.Ini merupakan waktu terbaik untuk pembelajaran mereka.Bercakaplah dengan mereka.Tetapi kalau baby kurang respon mungkin mereka mengantuk.Dari awal lagi baby boleh mengecam mimik muka dan gerak isyarat yang kita buat.Beri masa untuk baby meniru perlakuan yang kita tunjukkan.Contohnya ekspresi muka.Baby mungkin tiada respon serta merta.Kerap bermain dengannya akan mempercepat proses pembelajaran baby anda.

BERMAIN


Play Gym


Anak-anak saya Zahra Dan Bella suka sangat bila dihadapkan dengan cermin.Baby akan kagum dengan refleksi mereka sendiri
Belikan mainan bergantung dan berbunyi.Dengan ini dapat mengurangkan kebosanan baby bila berbaring.
(Usia 4-5 bulan)


Setiap baby mempunyai peringkat pencapaian yang berbeza.Ada yang cepat tersenyum,gelak dan meniarap.Alhamdulillah Bella dapat meniarap pada umur 3 bulan.Zahra pula 4 bulan.
Tapi harus mama-mama tahu baby yang lahir pramatang mungkin memerlukan masa lebih lama untuk melakukan sesuatu.Tapi tidaklah pada semua baby.Sebab baby yang dilahirkan pramatang akan diberi 2 kiraan usia.
(Tarikh lahirnya dan tarikh jangka lahir-EDD).Proses perkembangan baby akan diukur mengikut tarikh jangka lahirnya Jadi mama-mama jangan risau OK!

Jom berpantang dengan "Set Berpantang Shaklee".
Sesuai untuk bersalin Normal Dan Czer.
Susu meriah,badan cergas.Tiada jamu pahit dan memualkan.


Info/Order
SMS - Whatsapp
0193845992




Thursday, June 19, 2014

TERINGIN VS MENGIDAM

Assalamualaikum..Siapa pulak yang mengidam ni kan?Mestilah ibu-ibu hamil.Saya pun tak terkecuali dengan situasi teringin dan mengidam ni.Tapi saya ni lebih kepada teringin la dari mengidam.Sebab tu masa mengandung kena kurangkan tengok rancangan memasak,buat la teringin makanan yang susah buat atau harga mahal.Sian pulak Encik Suami nak memenuhkan hajat.hehe..


Apa tu teringin?
Teringin ni macam biasa la,tengok makanan yang nampak sedap je dah terliur.Jadilah teringin.Teringin ni bau-bau bacang dengan mengidam.Tak tunaikan pun takpe,tapi kesianla kan dah teringin kena la belikan/carikan jugak.

Bagaimana pula dengan mengidam?
Mengidam ni saya kategorikan sebagai tahap  teringin sangat-sangat.Kalau tak dapat,mulalah rasa sedih,nak marah.Lagi satu,mengidam ni adalah permintaan ibu hamil yang agak pelik dan aneh-aneh.Saya pernah dengar cerita,tak pastilah ini cerita buatan semata-mata atau memang benar.Ada ibu hamil yang mengidam nak gigit kaki yang penuh bulu.Eeeeii..Agak menggelikan.Paling tragiknya tak nak kaki suami sendiri walaupun kaki suami tu pun dah banyak bulu.Hahaha..Ada ke yang sanggup hulur kaki nak bagi orang gigit.Pada saya,mengidam perkara macam tu tak perlu lah dilayan.Cukup sekadar berdoa agar rasa teringin menda-menda macam tu hilang

Kenapa mengidam ni berlaku?
Apabila seseorang wanita itu hamil,berlaku perubahan hormon ke atas seseorang wanita.Kebiasaannya,ibu hamil akan mula mengidam selepas "morning sickness
" berkurangan.Masa ni tubuh ibu hamil sudah dapat membiasakan diri dengan perubahan hormon.Haaa..Masa tu selera makan dan kembali normal,mulalah macam-macam nak di makan.Bagaimana pun mengidam ni tiada kena-mengena pun dengan kesihatan bayi.Orang dulu-dulu cakap kalau tak dipenuhi hajat ibu hamil yang mengidam,nanti anak yang bakal lahir air liur akan meleleh je.

Sebenarnya,mengidam atau teringin ni perasaan dari hati kecil kita,apabila diluahkan tentu akan berkurangan.Dengan kata lainnya,ibu hamil ni minta macam-macam sebab nak kan perhatian yang lebih.Lagi-lagi perhatian dari suami.Nak bermanja lah kata kan.Suami pula kalau isteri teringin tu jangan la abaikan.Carikan dahulu keinginan isteri,jika tak dapat tunaikan tak de masalah rasanya kalau cakap kat isteri.Sekurang-kurangnya kita dah usaha dan bagi perhatian pada isteri.


Jika bayi anda meleleh air liur,bukan lah sebab mengidam atau teringin ketika hamil yang tak tertunai.Pada saya,ia lebih kepada perubahan usia pada bayi itu.Bayi kecil tidak pandai meludah,jadi air liur meleleh pasti berlaku.Selain itu,ketika proses tumbuh gigi,ketika ini air liur lagi banyak keluar.Tengah berlaku pada Qhayra Nabila sayaJangan la pelik atau hairan ye.

Saya bukanlah menolak kata orang-orang dulu apabila air liur meleleh pasti ada kehendak ibu yang tidak tertunai.Tapi sekadar melihat kepada logik situasi.Adakala semua kehendak ibu tertunai,tapi air liur anak tetap meleleh juga.Banyakkan berdoa agar tidak terdapat keinginan aneh-aneh sepanjang kehamilan.Insha-Allah.






Monday, June 16, 2014

BAGAIMANA ATASI MASALAH SEMBELIT


Assalamualaikum..Sembelit terjadi apabila berkurangnya pola proses pembuangan najis.Buang air besar sekali sehari dianggap normal bagi seseorang.Apabila terdapat kesulitan.Seperti seminggu 3 kali,ini merupakan gejala-gejala umum sembelit.




Selain itu,antara simptom-simptom anda mengidap masalah sembelit:
  • Kerap sakit perut.
  • Sukar untuk membuang,sampai perlu meneran.hehehe
  • Terasa sakit ketika buang air besar.
  • Fizikal najis yang kering dan keras.
  • Berasa tidak puas - terasa ada lagi nak keluar,tapi takde keluar pun.
  • Pendarahan di lubang dubur.(Kuat sangat meneran)
  • Ada diantara pengidap sembelit akan cepat berasa kenyang.
Antara punca-punca sembelit ialah:
  • Kurang minum air.Ini punca paling ketara.
  • Kurang pengambilan serat.
  • Suka bertangguh,malas ke tandas.
  • Tidak kisah jika tidak buang air besar.
  • Stress
  • Perubahan persekitaran (melancong)
  • Pengambilan ubat-ubatan.
Bagaimana untuk mengatasi sembelit?
  • Minum air secukupnya.Disaranan 8 gelas sehari.
  • Lebihkan pengambilan serat seperti bijirin,roti gandum penuh,nasi dan perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

  • Jangan bertangguh jika mahu buang air besar ye!
  • Pengambilan makanan tambahan seperti kalsium, alfalfa untuk melancarkan proses detoksifikasi. Kalsium boleh membantu melembutkan najis, manakala Alfalfa pula membantu dalam pelawasan dan proses detoksifikasi.
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan jamu yang boleh mengakibatkan sembelit. 
  • Pilih pemakanan tambahan yang semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan.
Selain itu,Shaklee menawarkan SET SEMBELIT khusus untuk pengidap masalah sembelit.


 Info/Order
0193845992 - dila
(sms / whatsapp)

Friday, June 13, 2014

RESEPI NASI DAGANG

Assalamualaikum..Setelah sekian lama dok perhati dan makan je Nasi Dagang.Akhirnya hari semalam bersilat kt dapur menyiapkan Nasi Dagang. Specialty ore Kelate jugak ni lepas Nasi Kerabu.Cara buat dan bahan-bahan tak dela rumit sangat.Masa yang agak panjang jugakla sebab 3 kali angkat dan kukus semula nasi tu yang jadi lama sikit.Lagi satu sambil berkejar dengan 2 orang anak dara.Sorang tidur,sorang lagi dok bising.Alahai,baru 2 orang.Mama dah pening.Back to basic.Nak share resepi Nasi Dagang yang saya dapat dari En.Google jugak.Thanks kepada yang share resepi ni.Tapi ada 2,3 bahan yang xde.Tapi teruskan jugak.Alhamdulillah menjadi jugak dengan jayanya.Resepi ni dah diolah semula mengikut sukatan sendiri.

Sebelum kukusan ketiga
Resepi Nasi Dagang:

Bahan-bahan :
  • 2 cawan beras Jati (apa-apa jenama pun boleh,kat rumah saya Beras Jati)
  • 1/2 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair + garam + gula
  • 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
  • 1/2 sudu halba
  • 1 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia

Cara-cara :
  1. Rendamkan beras  dan beras pulut yang dicampur,seeloknya direndam semalaman.Saya rendam 3 jam je.Tak plan pun nak buat tengahari semalam.Jadi rendam pagila.
  2. Kukus beras dan pulut yang dicampur tadi 20 minit.
  3. Selepas 20 minit,letakkan beras yang dikukus tadi didalam bekas/besen.Gaulkan beras dengan santan cair.Gaul sehingga rata.
  4. Kukus semula selama 20 minit.
  5. Hiriskan bawang merah dan halia halus-halus dan taburkan di atas nasi tadi.Halba pun tabur sekali ye.
  6. Untuk kukusan ketiga,selepas 20 minit letakkan nasi di dalam besen untuk dicampur bersama santan pekat.Jika nasi dah cukup lembut,tak perlu habiskan santan.
  7. Kukus semula lebih kurang 20 minit jugak.
  8. Siap!

Resepi Gulai Ikan :

Gulai ikan tenggiri

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan tenggiri saiz kecil. (lagi sedap guna ikan aya)
  • 1 sk ketumbar (tumbuk halus)
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • Lengkuas (saya tak isi,sebab takde..hihihi)
  • Sehiris halia
  • Sedikit cili kering diblender.(Tak isi,taknak pedas)
  • 1 biji bawang besar (saiz kecik)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sb serbuk kari ikan (saya beli serbuk kari timbang)
  • 1 liter santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sb kerisik
  • 4 keping asam keping
  • Sedikit gula melaka
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji lada besar merah
  • Sedikit garam

Langkah 1 :
  • Rebus ikan bersama asam keping dan garam.Rebus jangan sampai air kering.Tinggalkan sikit untuk dicampur dalam gulai tu nanti.

Cara-cara untuk buat gulai :
  1. Masak santan sehingga naik minyak.
  2. Masukkan serbuk jintan manis,jintan putih,ketumbar yang ditumbuk,kulit kayu manis,serbuk kari ikan,sekeping asam keping dan gula melaka.
  3. Masak sehingga mendidih.Masukkan kerisik
  4. Masukkan sedikit garam.Sesuai dengan rasa.Jangan isi banyak,sebab ikan rebus tadi dah isi garam kan.
  5. Masukkan ikan,air rebusan ikan tadi.Asam keping untuk rebus ikan tadi tu boleh buang ye.
  6. Biarkan beberapa minit,tengok kepekatan kuah.Masukkan cili padi dan lada besar.Nak lagi pekat masak lagi lama.
  7. Siap!
Hidangan semalam

# dalam gambar tu ada sambal kelapa dan air soya.Air soya buat petang kelmarin.Homemade jugak.Sambal kelapa tu xdapat nak bagi resepi sebab tak berapa jadi.Kurang isi ikan.

Banyak sangat makan makanan berlemak.Jom detoks pulak..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...