Wednesday, January 28, 2015

KEPERLUAN SEBELUM BERSALIN

Assalamualaikum..
Bagi seorang mama baru..Adakala tertanya-tanya apa yang perlu mereka persiapkan untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka.Kebiasaan segala persiapan untuk menyambut bayi boleh dibeli ketika USIA kandungan 6 bulan dan ke atas.Waktu ni,new parent dah boleh cek jantina baby.Bila dah tau kan mudah sikit anak shopping baju kembang ke kan kalau baby girl.


Antara keperluan asas yang perlu dibeli ialah:

  • Tuala bayi 2 helai
  • Kain lampin
  • Tuala kecil 
  • 2 helai Baju dan seluar. (Lengan panjang)
  • 2 helai Baju dan seluar. (Lengan pendek)
  • 2 helai Baju dan seluar. (Lubang-lubang)
  • Selimut bayi
  • Set tilam bayi
  • 3-4 set sarung kaki & tangan.
  • Pampers NewBorn
  • Set mandian bayi
  • Minyak telon (saya pilih minyak penawa Hitam)
  • Kain bedung
  • Topi Bayi
  • Kelambu bayi
Untuk mama pulak saya cadangkan untuk standby Breastpump..Penting untuk pump susu bila breast membengkak.Kalau biar terus membengkak,mama boleh demam tau.
Selain tu saya turut mencadangkan SET BERPANTANG Shaklee yang sesuai untuk mereka yang bersalin normal ataupun ceaseration.Selain turut membantu penghasilan susu yang meriah.Saya amalkan dan sangat berpuas hati.Alhamdulillah.

Nota Kaki: Yang dicadangkan seperti di atas adalah pengalaman saya sendiri.

Semoga bermanfaat..




Monday, January 26, 2015

HAPPY BIRTHDAY ADIK

Assalamualaikum..Lama dah nak update entry pasal birthday puteri intan payung mama ni.Adik Qhayra dilahirkan pada 19 Januari 2014..Setahun berlalu.Tapi adik Qhayra celebrate birthday awal 2 hari..Kira halal jela kan.Sebab birthday adik hari Isnin.Jadi kita kedepankan sikit.


Kiteorang celebrate birthday adik kt KFC je.3,4 hari jugakla pening nk celebrate kat rumah ke kat luar.
Lastly,buat kat luar jela.Senang tinggal ngap je. Lokasi nya KFC Starmall , Mentakab.

Sambut birthday dengan cousins je.Tapi yang confius,Kakak Zahra claim kek birthday kek dia.Macam biasa la kan.Tak kisahla sebab adik xreti ape lagi.

Jom layan sikit birthday celebration budak kecik ni.

Adik Bella & Kakak Nia

Kakak Fatin & Abang Fadil

Adik potong kek

Kakak Zahra

Nak potong sendiri nampaknya

Lepas makan jom g merempit jap dengan Kakak Nia


Layan bowling pulak..Abah the 1st..Mama last sekali..huwaa..
Xberbakat anak jadi atlet bowling..


Happy birthday adik.Semoga menjadi insan solehah dan berguna pada Mama,Abah,agama,bangsa dan negara.


Saturday, January 24, 2015

RESEPI KEK PELANGI SIMPLE

Assalamualaikum..Haritu melayan puteri Zahra request nak makan kek hijau pink.So dengan penuh kerajinan mama dia turun ke dapur.Disebabkan mixer merajuk dan menghilangkan diri So,alternatifnye mama just blend jela segala bahan.Senang dan cepat. 

Ni resepi untuk kek pelangi segera mama Zahra Qhayra ni ..
Bahan-bahan:
  • 1/2 gelas gula kastor 
  • 1/2 gelas minyak masak 
  • 2 sudu besar susu pekat manis (boleh kurangkan)
  • Secubit garam 
  • 1 1/2 gelas tepung naik sendiri 
  • 3 biji telur 
  • 1 penutup botol esen vanilla 
  • 1 sudu kecil ovallatee 
  • Pewarna 
(Sukatan gelas plastik yang biasa ada kat kenduri tu)

Cara-cara:
  1. Blend minyak dan gula kastor sampai sebati. 
  2. Masukkan 3 biji telur (jangan lupa buang kulit..hehe) 
  3. Masukkan esen vanila dan blend lg sampai agak-agak sebati atau kembang.Lebih-lebih kurang je.Janji semua bersatu. 
  4. Masukkan susu pekat manis pulak ye..Blend lagi sikit.. 
  5. Masukkan garam dan ovallete pulak.Blend. 
  6. Dah sebati,tuang dalam besen yang sesuai. 
  7. Masukkan tepung kek yang dah di ayak.Sampai sebati. 
  8. Asingkan kepada 2 bahagian.Tambah pewarna kepada bahagian-bahagian tu. 
  9. Selang selikan bancuhan tepung sampai jadi pelangi. ( Zahra nak 2 kaler je..bolehla kire pelangi jugak kan) 
  10. Dah siap bolehla nak design-design sikit.Jadilah macam ni.. 




Bolehlah di bakar.. Sebab oven saya kecik dan cute.. Saya setkan 150°c dibakar selama 40minit.. 

Hasilnya..Gebu gebasss..



Selamat mencuba kepada yang sudi nak cuba..hehehe..









Friday, January 9, 2015

PERLU KE SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN?

Assalamualaikum..Alhamdulillah..Tahun baru,bertambah 1 angka lagi umur kita.Syukur nikmat kesihatan yang Allah S.W.T kurniakan.Nikmat berkeluarga.Syukur.


 

Saya merupakan ibu kepada 2 orang puteri,Nur Alia Zahra 4 tahun (11 April) dan Nur Qhayra Nabila 1 tahun (19 Januari).Beberapa hari je lagi adik nak berusia 1 tahun.

Pengalaman saya, anak pertama saya bersalin secara ceaseration, suami tak dibenarkan masuk ke bilik bedah.Masa tu tak kisah sangat sebab tak tahu lagi pasal suami teman isteri bersalin ni.
Macamana pun,anak kedua suami dapat temankan saya bersalin di "labour room".Masa tu baru tau suami boleh teman.he he..(ketinggalan zaman betul).Tu pun ada suami orang lain yang minta pas nak teman isteri dia bersalin.Masa tu tengok jela sebab tak harap sangat pun sebab risaukan si Kakak yang tak berteman.

Masa dah nak bersalin sangat, surprise..surprise nampak suami masuk.Dalam sakit nak bersalin,suami berdiri kat hujung kepala katil,usap kepala saya.Asyik pesan jangan angkat punggung.Rasa kelakar pun ada,dialog tu je yang di ulang.Mama tau abah tengah nervous..hehe..Ok..teruskan dengan proses keluarkan baby.Of course la lagi semangat kan dapat sambut baby sama-sama.Alhamdulillah selesai.

Akibat dari Encik Suami teman saya bersalin boleh pulak lepas tu dia tanya,bersalin tak sakit ke.Bukan apa,kita akan sakit masa contraction je.Jadi time tu jela push.Nurse tanye sakit tak?Saya jawab tak,boleh pulak dia ingat saya bersalin tak sakit.hihi..Sabar jela.

Jadi saya rasa jika berpeluang,suami patut ada bersama isteri ketika bersalin.
Suami dapat bagi semangat pada isteri yang tengah berjuang di jalan Allah.
Dapat doakan isteri,isteri dapat dengar doa dari suami.Jadi proses kelahiran akan jadi lebih mudah.Insha-Allah.

Jika anda berminat nak mendapatkan Set Berpantang Shaklee  

SMS / Whatsapp 0193845992 (dila)




Sunday, January 4, 2015

BANJIR DI PANTAI TIMUR EPISOD 2

Assalamualaikum.Berakhir sudah banjir di Pantai Timur.Memang sangat menyedihkan melihat keadaan rumah mangsa mangsa banjir.Di tempat saya,banjir yang bermula pada 23 Disember 2014 Alhamdulillah berakhir pada 2 Januari 2015.10 hari kami terkandas.Lebih menyedihkan bekalan eletrik,line telefon dan air turut terputus.

Selepas air surut

Banjir buruk tahun ini juga menenggelamkan deretan kedai di pekan Kuala Krau termasuk 2 stesen minyak.Air yang naik pada waktu malam menyebabkan para peniaga tak sempat menyelamatkan barang jualan mereka.

Bandar Temerloh pun lumpuh apabila air memasuki kawasan bandar.Beberapa video yang saya tonton sumber Whatsapp beberapa individu sempat lagi mencuri barang di sebuah pasaraya.Hal yang sepatutnya tak berlaku.Tanpa memikirkan risiko , mereka mengangkut barang-barang seperti periuk besar dan tikar diatas bot.Turut terlihat beberapa individual lain sedang memunggah barang-barang dari pasaraya itu.

Semoga pihak-pihak yang mencuri tu dapat berfikir secara waras untuk memulangkan semula barang-barang yang dah mereka ambil.

Kisah banjir dah berakhir,walaupun masih ada kawasan-kawasan yang masih terputus hubungan diharap cepat-cepat reda. Proses baik pulih sedang giat dilakukan.Keluarga yang terlibat semoga tabah.

Kepada badan-badan Kerajaan,NGO dan juga pihak persendirian yang menghulurkan bantuan jutaan Terima Kasih dari pihak saya dan keluarga.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...