Wednesday, January 15, 2014

SIMPTOMS DI AKHIR KEHAMILAN

 Alhamdulillah,harini kandungan dah 36 minggu 3 hari.Semakin dekat hari semakin berdebar.Orang cakap dah anak kedua dah x berdebar la kan..Not for me..Debaran mengalahkan mengandungkan Zahra.Semoga dipermudahkan urusan dan semua selamat.Ameen.
Bila check up,nurse dengan doktor cakap baby dah engages kt laluan.Makin berdebar rasa hati.EDD 9 Februari tapi nurse cakap memang x sempat dengan keadaan baby yg dah engages tu..(Dia cakap minggu depan)..Nervousnye..
Harapannya tak de sebarang masalah.Dihujung kehamilan ni memang rasa selesa tu dah berkurangan.Tidur pun kejap ke kiri,ke kanan.Cari port paling best.

Antara simptoms di akhir kehamilan yang membuatkan kita rasa tidak selesa adalah:


Sakit pinggang : Sakit pinggang ketika hamil kebiasaannya disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi.Akibat kehamilan yang semakin membesar,posture yang kurang baik juga merupakan salah satu punca masalah ini terjadi.Ibu hamil digalakkan berehat dan kurangkan berjalan-jalan.Keadaan ini akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.Macam MZ sakit pinggang bila baring.Jadi tidur posisi mengiring ke kiri atau ke kanan memang pilihan.

Cramp atau tegang otot : Yang paling kerap MZ alami di pangkal peha kanan.Kadang-kadang rasa nak tumbang.Kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika hamil mungkin menyebabkan ibu hamil kerap cramp atau tegang otot.Kekurangan kalsium juga merupakan faktor masalah tegang otot ini terjadi.Pengambilan kalsium akan memberi banyak faedah kepada ibu dan bayi.(pembentukan tulang dan gigi yang baik).MZ amalkan 4 biji Ostematrix sebelum tidur.




Keputihan : Masalah keputihan disebabkan lelehan lendir dari saluran kemaluan akibat dari hormon ketika hamil.Ibu hamil akan mengalami masalah keputihan ini lebih dari biasa.Jangkitan kuman pada kemaluan ketika hamil boleh menyebabkan keputihan disertai rasa gatal dan lendir yang berbau.
Kuman yang kerap menjangkiti kemaluan ketika hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Ini mudah dirawat setelah dipastikan dengan pemeriksaan lendir. Rawatan diberikan dalam bentuk ubat yang dimasukkan ke dalam kemaluan setiap malam selama tiga hari, dan kadang-kadang ubat antibiotik juga diberikan.


Urat kaki timbul : Bagi MZ yang baru hamil buat kali kedua,urat timbul takde la over sangat.Cuma kesan urat biru-biru tu memang jelas nampak.Masalah urat kaki timbul pada kaki ketika hamil lebih kerap terjadi di kalangan ibu-ibu yang sudah banyak kali hamil. Keadaan ini disebabkan oleh dua faktor iaitu pertama kandungan hormon kehamilan yang meningkat menyebabkan saluran darah membesar sedikit dan perjalanan darah menjadi kurang pesat. Faktor keduanya, rahim yang membesar menekan pada saluran darah khususnya aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan alirannya menjadi lambat.

Strechmarks : Macam biasa bila perut makin membesar,kulit akan tegang dan pecah berjalur-jalur.Tapi mengandungkan Zahra,Alhamdulillah MZ takde strechmark.Cuma yang kali kedua ni ada sikit strechmarks kt perut.Sikit jela.Bukan semua ibu hamil akan mengalami masalah kulit pecah-pecah ni tau.Dua faktor yang menyebabkan masalah strechmarks ni terjadi:
  • Pertama: Kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah.
  • Kedua : Pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah dan ini menimbulkan satu keadaan yang tidak menyenangkan. Strecth marks pada perut ini boleh juga dielakkan dengan menyapu minyak zaitun dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan. Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus peratus kulit tidak tercalar. Selepas kelahiran bekas stretch marks ini menjadi kurang sedikit tetapi parutnya kekal menandakan seseorang wanita itu pernah hamil dan melahirkan anak.
Pedih ulu hati : Timbunan asid gastrik dalam perut boleh menyebabkan ibu hamil mengalami pedih ulu hati atau gastrik.Tali usus akan berfungsi lebih slow ketika hamil.Rahim yang kian membesar akan menekan perut menyebabkan asid perut bertakung.Pada ketika ini sakit atau pedih ulu hati terjadi.Solusi untuk masalah ini,pastikan perut tidak kosong,makan sedikit tetapi kerap amat disarankan.

Bengkak kaki : Bengkak kaki atau edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan bengkak kaki adalah atau tanda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.
Dengan itu, penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandungnya. Ia boleh dikurangkan dengan berehat secukupnya, iaitu berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam.



Ni antara rasa-rasa yang tidak selesa yang MZ alami di akhir kehamilan.Tapi Mz tau semua rasa tak selesa ni akan digantikan dengan anugerah terindah dari Allah tak lama lagi.Insyaallah.

Selepas bersalin MZ akan mengambil SET BERPANTANG SHAKLEE..
Tak pernah ragu dengan kualiti Shaklee.

Jika anda berminat mendapatkan 
Sila hubungi 
019-3845992 (dila)
Official FB : Mama Zahra'Z Story
Info - Order




1 comment:

  1. dongtam
    mu moi ra hom nay
    tim phong tro
    http://nhatroso.com/
    nhạc sàn
    tổng đài tư vấn luật
    văn phòng luật hà nội
    tổng đài tư vấn luật
    thành lập công ty trọn gói
    http://we-cooking.com/
    chém gió
    trung tâm tiếng anh

    Nhạc Thành cất tiếng nói.

    Nhạc Thành ngươi có biết ngươi đang nói chuyện với ai không

    Nhạc Khinh Ngân hít vào một hơi để ổn định tâm tình.

    - Ta biết, nhưng ngươi có biết hiện tại ngươi đang ảnh hưởng tới chúng ta không.

    Nhạc Thành cất tiếng nói, không thèm để ý tới Nhạc Khinh Ngân.

    - Nhạc Thành, hiện tại ta muốn khiêu chiến với ngươi.

    Nhạc Khinh Ngân hung hăng nhìn Nhạc Thành mà nói.

    Vừa nghe thấy lời nói của Nhạc Khinh Ngân, tất cả mọi người đều biến đổi sắc mặt, càng lo lắng thêm cho Nhạc Thành, tuy nhiên cũng không ai dám đứng ra.

    - Khinh Ngân đội trưởng, Nhạc Thành đâu phải là đối thủ của ngươi, ngươi tạm tha cho hắn là được rồi.

    Nhạc Thạch Đầu tuy hơi khó khăn nhưng vẫn mở miệng nói cho Nhạc Thành.

    - Nhạc Thạch Đầu, sao vậy, ngươi muốn lên thay thế cho hắn sao, bị gãy ba cái xương

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...