Friday, March 27, 2015

KIRAAN WAKTU SUBUR UNTUK HAMIL

Assalamualaikum..

Setiap orang mempunyai teknik tersendiri dalam pengiraan waktu subur.Waktu subur penting samada mahu hamil atau untuk menjarakkan kehamilan.Saya sendiri mengira waktu subur untuk hamil anak kedua.

Jadual kiraan waktu subur.


Bagaimana pengiraan saya pula?

Pengiraan saya,jika saya datang bulan pada 5/3/2015 (hari pertama) maka tarikh subur saya adalah pada 19/3/2015.

Caranya begini.

Dari tarikh pertama datang bulan.Dikira hingga hari ke-15.Hari ke-15 merupakan waktu subur.Jadi masa tu merupakan waktu paling ideal untuk "make love" dengan suami.

Kalau takut miss tarikh waktu subur tu,rajin-rajinlah "make love" antara hari ke 13,14,15,16..InshaAllah.Usaha tangga kejayaan.hihi..

Pengalaman saya sewaktu merancang kehamilan kedua saya.Bulan pertama selepas saya berhenti pil perancang,kiraan saya tersasar sehari.Jadi saya gagal untuk hamil.Mungkin juga masih berbaki kesan pil perancang dalam tubuh saya ni.Jadi saya aim bulan kedua.Hasilnya,bulan berikutnya saya disahkan hamil.Alhamdulillah.Kiraan saya tepat.

Hasilnya..Hihihihi..

Nur Qhayra Nabila 19/1/2014
Semua orang mempunyai tahap kesuburan yang berbeza,saya syorkan supaya bagi yang merancang untuk hamil, mengamalkan Set Kesuburan Shaklee bagi meningkatkan peluang anda untuk hamil.


Testimoni pengguna


Info/Order
Sms-Whatapps 0193845992
Email - gardthezzz@gmail.com



Thursday, March 26, 2015

HOMEMADE ICE-BLENDED MILO + MEALSHAKES

Assalamualaikum..

Lama tak mencoret kat sini..Baru-baru ni MamaZahra.My ni tak boleh buka.Lebih 24 jam jugak la.Frust jugak la ambo ni.Maybe Asiahost tengah upgrade kot.Tapi sekarang dah ok.Alhamdulillah.

Semalam (25 Mac 2015) pihak wilayah Felda Mempaga ada anjurkan pertandingan keceriaan di antara Felda-Felda sekitar.Jadi semalam tarikhnya pemeriksaan dijalankan.Berseri-seri rumah peneroka kat sini dengan hiasan batu dan bunga-bunga.Tak terkecualilah kitaorang menghias rumah arwah atuk ni.

Kisahnya,lepas penat mengemas dan mencantikkan rumah.Pekena pulak Homemade Mealshakes + Milo Ice-Blended.Memang sedap.Bau vanilla yang super wangi tu pun menyelerakan.


Menyelerakan kan?Cuaca panas macam sekarang memang mengancam bila dapat pekena Ice-Blended macam ni.Tambah MealShakes pulak.Khasiat 24 vitamin,mineral dan zat pun kita dapat.Awesome kan.

Bahan-bahan Ice-Blended Milo + Mealshakes
  • Ais 
  • Milo
  • Susu pekat
  • Meal shakes
  • Sedikit air

Selepas diletakkan semuanya dalam blender,blend je lagi.Hancur secukupnya,SIAP!


Tengokla adik Bella.Dah dapat pegang gelas tu,orang lain lambatla dapat turn nk sedut.


Vitamin istimewa untuk anak anak dan and a.

Info/Order
SMS/Whatsapp : 0193845992 (Dila Zaini)
Email : gardthezzz@gmail.com




Saturday, March 21, 2015

RESEPI ESP PALING SEDAP

Assalamualaikum..

Saya nak berkongsi resepi ESP paling sedap untuk saya.Mungkin boleh jadi resepi ESP kegemaran anda juga.

Taraaaa...


Ni dia..

Resepi dia mudah je..
  • Air 300ml.
  • Susu pekat manis secukup rasa.
  • ESP 3 sudu besar.
  • Milo 1 sudu besar.
  • Ais.
Masukkan semuanya dalam shaker yang super duper cute ni..Goncangkan dan siap untuk diminum.

Opss!!

Jangan pelik ye ada 2 gelas comel dalam gambar di atas tu..

Yang bertutup biru tu,milo ais yang ditambah dengan MEALSHAKE Shaklee untuk anakanda tersayang Zahra dan Bella.
Vitamin pilihan untuk anak-anak saya.Vitamin untuk meningkatkan selera makan dan imunisasi mereka.

ESP boleh juga boleh dihidangkan bersama jus buah seperti jus Oren,jus lobak merah.

Saya juga suka ESP dicampur dengan sunquick atau tropicana twister..
Sangat menyegarkan u'olls..

Siapa berminat nak order,
SMS/Whatsapp - 0193845992 (Dila Zaini)
Email - gardthezzz@gmail.com






Friday, March 13, 2015

PERKEMBANGAN ANAK 1 HINGGA 4 TAHUN

Assalamualaikum..

Alhamdulillah diberikan nikmat sihat dan bahagia berkeluarga.Kehadiran 2 orang puteri dalam hidup ni sangat membahagiakan.Baby boy,InshaAllah jika diizinkan Allah ,coming soon heroes will come.Waaah..heroes ye..



Sekarang Zahra dah berusia 3 tahun 11 bulan.Bulan depan,11 April Zahra genap umur 4 tahun.Cepatnya membesar hai anak.Tahun depan dah nak sekolah.Walaupun dah besar,Zahra masih lagi pelat.Dia pun start bercakap lambat skit.Jadi proses nak betul tu mungkin ambil masa sikit la kot.Sekurang-kurangnya,mama dia ni masih lagi faham Ok la kan.Kadang-kadang ada juga la yang tak faham sampai Zahra marahlah dia asyik ulang menda yang sama.Nasibla kakak.,mama xfaham.InshaAllah,nanti pelatnya hilang la tu.

Zahra suka sangat berkawan.Jenis yang mudah mesra.Anak manja sejati Abah.He he.
Sekarang dalam proses latih Zahra buang air besar kat tandas.Sampai hari ketiga dia ok lagi.Tapi dah pandai mengelat sebelum tidur dan ada masa lepas bangun tidur dia akan menyorok untuk membuang dalam pampers (tidur malam masih berpampers).Geram tapi takpe.Slow and steady.Untuk latih anak samada untuk buang air kecil atau air besar kat tandas memang akan ambil.Yang penting sabar hokeyh.
.

Adiknya,Bella sekarang dah 1 tahun 2 bulan.Dah pandai jalan beberapa hari sebelum masuk 11 bulan.Sekarang kalau jalan kawasan berbatu,sangat pandai imbangkan badan.Jaranglah jatuh.Bila Kakak belajar ABC,dia pun akan tumpang sekaki.Bunyi tapi tah ape yang disebut pun tak tahulah. Abah,Mama Alhamdulillah dah ada bunyi.

Sangat pandai.Senang nak suruh amin (salam),duduk,mintak sayang kadang-kadang je dapat.Pandai angguk dan geleng.Faham apa yang kita tanya.Masih menyusu sepenuhnya dengan mama dia ni.Nasi dah makan macam orang besar.Bila bagi makanan baby kat dia,dia meloya.Hahaha..So funny action yang dia akan tunjuk.
So far,pembuangan dia Ok je sebab dia menyusu badan kan.Khasiat terbaik dari susu ibu.

Alhamdulillah,sangat enjoy dengan keletah 2 puteri ni.Semoga membesar sihat sempurna,dan menjadi anak yang solehah.Amin..

Opss!! Tak lupa bekalkan Zahra khasiat vitamin paling glamor masa kini..MealShake Shaklee.
Zahra suka sangat sebab rasa dia yang sedap dan semerbak haruman vanila betul-betul memikat hati.


Info / Order 
019-3845992 (Dila Zaini)
Email : gardthezzz@gmail.com







Wednesday, March 11, 2015

PROSES IUI IKHTIAR UNTUK HAMIL

Assalamualaikum..

Bagi pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan kehadiran zuriat dalam rumahtangga.Namun begitu,kadangkala rezeki anak masih belum hadir.Jadi pasangan haruslah bersabar.InshaAllah rezeki itu akan tiba.Selain berdoa,pelbagai ikhtiar boleh dilakukan.Antaranya ialah IUI (Intrauterine Inseminasi).



Apa itu IUI?

IUI adalah proses membantu meningkatkan peluang kehamilan dimana ia melibatkan proses makmal.Ketika proses ini dijalankan,pihak makmal akan mengasingkan sperma aktif dan tidak aktif.Kemudian,sperma aktif akan dimasukkan terus ke dalam rahim isteri ketika proses ovulasi semakin hampir.Jadi ketika proses ovulasi,ovum atau telur akan dibebaskan jadi ia akan meningkatkan peluang untuk hamil.

Kebarangkalian berjaya?

Kebarangkalian untuk berjaya tanpa penggunaan ubat kesuburan adalah 6%.

Manakala,kebarangkalian untuk berjaya dengan bantuan ubat kesuburan meningkat kepada 30%.

Semakin sedikit kuantiti sperma yang dibekalkan kepada makmal.Peratusan untuk berjaya juga menurun.Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk proses IUI.Secara umumnya,20 juta sperma adalah ideal untuk IUI.

2 kali IUI dalam satu kitaran akan meningkatkan peluang untuk hamil.

Kenapa proses IUI tidak berjaya?
  • Masalah rahim terbalik.(Dikenalpasti oleh pemeriksaan doktor)
  • Umur semakin bertambah,mengurangkan kesuburan seseorang.(35 tahun ke atas)
  • Wanita itu mempunyai ovari normal dan tiada masalah ketidakseimbangan hormon.
  • Tiub fallapio  tersumbat.
  • Masalah lekatan pada organ pelvic.
  • Masalah air mani suami.(Bilangan sperma tidak aktif mengurangkan kebarangkalian untuk hamil)
Jika proses IUI tidak berjaya,doktor akan menyarankan IVF.Proses yang lebih kompleks dan lebih mahal.

Selain kaedah di atas,Shaklee turut menawarkan SET KESUBURAN SHAKLEE SUAMI ISTERI..


Tidak salah untuk kita berikhtiar.Segalanya pasti berlaku jika diizinkan Allah SWT.


Testimoni pasangan yang berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee


Info /Order
SMS - Whatsapp 0193845992 (dila)
Email - gardthezzz@gmail.com

Sumber rujukan : 
drzubaidi.com / bayi-ibu.com







Tuesday, March 10, 2015

TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN

Assalamualaikum..

Ibu-ibu yang baru melahirkan.Tahniah diucapkan.Selamat menjalani tempoh berpantang.Jom,hari ni saya nak kongsi beberapa tips macamana nak banyakkan susu badan.Bukan apa,kadang-kadang ibu-ibu akan mengeluh bila anak 'memerap' terlalu lama.Badan lenguh,puting sakit.Macam-macam hal.Apa kata mulai detik ni, kita jadikan proses penyusuan ni detik yang menggembirakan dan menyeronokkan.



#Tips 1

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih.Layurkan pada api sehingga layu.Setelah suam,tekapkan pada payudara

#Tips 2
Makan nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampur dengan air asam.

#Tips 3
Rebus senggengam longan kering yang dibasuh dengan 3 cawan air dan direbus sehingga kembang.Minum.

#Tips 4
Jus lobak putih.Lobak putih dipotong kecil-kecil.Kisar sehingga halus dan diminum suam.Minum 2 kali sehari.

#Tips 5
Banyakkan meminum susu.3-4 gelas sehari.

#Tips 6
Giling daun bunga melur atau pucuk daun  sehingga halus.Kemudian tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi.
Pastikan payudara dicuci bersih sebelum menyusukan bayi.

#Tips 7
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi,zat besi,vitamin E,kalsium,vitamin B komplek dan fosforus.Untuk meningkatkan penghasilan susu digalakkan mengambil kacang tanaalh bersama susu kambing.


#Tips 8
Cuci halba atau jintan hitam (habbatusauda).Setelah kering,simpan di dalam bekas bertutup.Apabila mahu menggunakannya,rendam halba atau jintan hitam di dalam air panas selama 15 minit.Tapis dan minum airnya.

#Tips 9
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda.Cuci dan rebus hingga mendidih.Minum air rebusannya 2-3 kali sehari.



#Tips 10
Amalkan Set Menyusu Shaklee yang terdiri dari gabungan Energizing Soy Protein (ESP) dan Alfalfa Complex.Membantu menjadikan kualiti susu badan menjadi lebih pekat dan meriah.

PENTING!!!

Kerapkan menyusui bayi anda.Semakin kerap bayi disusukan,semakin banyak susu badan anda.

Untuk pembelian SET MENYUSU Shaklee

SMS / Whatsapp : 0193845992 (Dila Zaini)
Email : gardthezzz@gmail.com

Monday, March 9, 2015

PUNCA SUSAH NAK BUANG AIR BESAR

Assalamualaikum...

Ramai di kalangan kita mempunyai masalah ketika buang air besar .Tidak mengira peringkat umur.Semua berisiko untuk menghadapi situasi ini.Bagi yang bermasalah untuk buang air besar (BAB),kadangkala perlu menghabiskan masa yang agak lama di dalam tandas.Lebih menyakitkan hati apabila proses pembuangan diakhiri tanpa rasa puas.Memang sakit hati.




Antara punca masalah buang air besar adalah:-
  • Pemakanan yang tidak sihat.Kurangnya pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi salah satu faktor masalah BAB ini berlaku.Kenapa sayur dan buah-buahan perlu dalam pemakanan seharian?Buah-buahan dan sayuran mengandungi serat yang sangat membantu proses pencernaan.Apabila kurangnya pengambilan serat,maka masalah BAB akan timbul.Serat boleh didapati dari kubis,teman,labu kuning, sawi dan bayam.
  • Dehidrasi.Ketika dehidrasi kotoran dalam badan akan menjadi keras kerana kurangnya cecair dalam tubuh badan.Apabila dehidrasi,fungsi organ turut akan menurun,jadi jangan anggap dehidrasi itu perkara yang boleh dipandang  remeh ye.Tingkat pengambilan air kosong 3 liter setiap hari.
  • Stress.Betul ke stress pun boleh menjadi pnca masalah buang air besar ni?Ya,itu benar,kerana ketika stress,saraf-saraf pencernaan akan terganggu termasuklah proses pencernaan.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan kimia.Kadangkala pengambilan ubat-ubatan kimia mampu memberi kelegaan namun begitu terdapat kesan sampingan dari pengambilan ubat-ubatan itu seperti masalah sembelit.Antara ubat-ubatan yang memberi kesan kepada proses pencernaan kita adalah seperti ubat batuk (codein),ubat gastrik(aluminium/kalsium) dan penenang.
Bagaimana mengatasi masalah buang air besar ini?
  • Banyakkan pengambilan air kosong.Sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan.
  • Amalkan gaya hidup yang sihat.Selalu bersenam mampu meningkatkan kadar metabolisma meningkat dan seterusnya mampu menjadikan proses percernaan menjadi pantas dan proses membuang air besar menjadi lebih mudah.Selain itu,bersenam mampu mengurangkan stress.
  • Jangan suka bertangguh jika mahu ke tandas.

Gambar menunjukkan keadaan usus normal dan usus yang bermasalah.



Bagi anda yang sukar mengamalkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.Anda boleh mengambil HERBLAX sebagai peneman setia anda untuk mengelak masalah buang air besar ini.HERBLAX membantu melawaskan proses pencernaan anda.


Kebaikan HERBLAX.
  • Membantu melawaskan proses pencernaan.
  • Membantu melancarkan perjalanan najis yang tersekat pada usus.
  • Membantu merangsang usus untuk mempercepat proses pembersihan secara lembut pada najis yang sudah lama tersekat dalam badan kita.Simpan lama-lama boleh jadi penyakit tau.
  • Membantu mengempiskan perut.

Beberapa testimoni yang ingin saya kongsikan bersama..




Jika anda berminat untuk mendapatkan HERBLAX
SMS | Whatsapp : 019-3845992 (Dila Zaini)
Email : gardthezzz@gmail.com



Wednesday, March 4, 2015

MAKANAN SIHAT UNTUK HAMIL

Assalamualaikum..

Awalan Mac yang penuh berkat.Semoga semua dilimpahkan rezeki yang banyak.Pada bulan ni Shaklee offer promosi produk kegemaran ramai iaitu Energizing Soy Protein (ESP).


ESP bukan je digemari oleh ibu-ibu menyusu disebabkan khasiatnya dalam penghasilan susu badan yang lebih pekat dan meriah.Selain tu,ibu-ibu menyusu juga boleh "diet" sebab ESP ni dipenuhi khasiat dan mampu memberi rasa kenyang kepada anda.

Selain daripada itu,ESP turut membantu pasangan yang inginkan cahayamata.

Bagaimana ia bertindak?

Protein merupakan bahan utama dalam pembentukan pelbagai sel,organ dan tisu dalam badan kita.Ia merupakan komponen utama kepada hormon manusia.
Penghasilan sel yang sihat membantu proses yang saling berkait dengan persenyawaan sperma dan ovum.

Berita baiknya,ESP merupakan sumber PROTEIN yang baik ia diekstrak dengan kacang soya (Non-GMO).Selamat untuk pengguna.
Apabila sumber protein yang baik hadir dalam badan kita.Dengan izin-Nya pembentukan sperma dan ovum yang sihat akan terhasil dan ia akan meningkatkan peluang untuk hamil.

Disarankan pengambilan bersama GLA Complex Shaklee..

Harga ESP Shaklee : RM150
Nak harga awesome offer Mac 2015??
Ringankan jemari..

Jom...

SMS/Whatsapp : 0193845992 (Dila Zaini)
Email : gardthezzz@gmail.com

Sunday, March 1, 2015

PETUA SAKIT PINGGANG

Assalamualaikum..

Tak sangka dah memasuki bulan ketiga 2015.Hari ni tiba-tiba pinggang sakit teramat pulak.Mungkin sebab posisi tidur yang tak sesuai.Tak pun angin dah menyerang dalam badan.Hihi..

Dah mintak Encik Suami urutkan tapi masih belum lega lagi.Jadi ringankan tangan meng"google" petua untuk legakan sakit pinggang.

Petuanya menggunakan Halia Dan Asam Jawa.


1. Tumbuk halia saiz 2 jari cukup la..

2. Ambil segenggam asam jawa untuk dicampur bersama halia.

Hasilnya..


Jangan lupa buang bijinye ye..

Setelah siap.Tepek campuran halia dan asam jawa kat pinggang yang sakit tu.

Biarkan sekurang-kurangnya setengah jam.Lagi lama lagi terasa.

Kemudian bolehla dicuci.Walaupun dah bersih masih terasa lagi panas halia tu kat pinggang.Nyaman je rasa.Walaupun tak baik terus tapi ia membantu.InshaAllah.

Semoga bermanfaat..

Jom jaga kesihatan tulang dan sendi dengan Shaklee..


Terbaik dalam penjagaan sendi dan tulang kita.


Testimonial:

Berminat untuk mendapatkan produk awesome ni.

SMS/Whatsapp 
0193845992
Email
gardthezzz@gmail.com










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...