Tuesday, May 21, 2013

KENAPA PERLU BERPANTANG?


Melalui tempoh berpantang 44 hari selepas bersalin,adakalanya sehingga 100 hari dianggap perit bagi wanita.Bukan apa,ketika berpantang,pelbagai perkara dan makanan yang tidak dapat dimakan dan dilakukan.Tapi berpantang adalah sangat penting bagi ibu-ibu selepas bersalin.Bukan sahaja orang Melayu yang berpantang,orang Cina turut mengamalkan tempoh berpantang selepas melahirkan.

Apa kebaikan jika berpantang?
  • Untuk mengembalikan tenaga yang telah banyak digunakan ketika proses melahirkan anak.
  • Memberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya.
  • Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin.
  • Mengelakkan mengandung dalam masa terdekat.
  • Memastikan tubuh si ibu sentiasa sihat untuk jangka masa panjang. (Tua nanti  tak de lah lembik je)
Ketika dalam berpantang,amalan-amalan yang harus ibu-ibu selepas bersalin lakukan adalah:
  • Mandi air suam,bagi mengelakkan badan masuk angin jika ibu kesejukkan.
  • Minum air suam banyak,supaya susu ibu banyak dan ibu tidak terhidrasi.
  • Makan jamu/vitamin bagi mengecutkan rahim dan memulihkan tenaga serta kesihatan ibu.
  • Penyusuan secara konsisten dapat mengecutkan rahim dan meningkatkan imun bayi.
  • Pakai baju tertutup (baju sejuk) dan stokin supaya ibu sentiasa panas dan tak masuk angin.
  • Perhatian suami amat membantu ibu mengawal emosi.(Penting untuk elak meroyan)
  • Berbengkung bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik.
  • Bertungku da bertangas bagi melancarkan pengeluaran darah kotor.
  • Paling penting banyakkan BEREHAT..
Masa berpantang juga sangat penting bagi ibu menjaga pengambilan makanan..Antara makanan yang boleh diambil oleh ibu-ibu adalah:-

Jenis ikan 

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. (sumber)

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain. 

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar. 

Ulam-ulaman 

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. 

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: 

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku. 

Jenis sayuran dan buahan 

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. 

Jenis ayam dan burung 

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


Memastikan tubuh ibu sentiasa cergas dan bertenaga..Susu badan juga meriah..Dapatkan Set Bersalin Shaklee..Lengkap dan berkualiti.Sesuai untuk bersalin normal mahupun cZer..










Sunday, May 19, 2013

SENAMAN KEGELS

Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.

Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.
Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.
Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:
  • Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
  • Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
  • Mengurang buasir.
Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?
Ia cukup senang dibuat:
~Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing.
~Tahan selama 2-3saat.Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat.
~Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. 
~Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.
~Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini.
~Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.

Dapatkan Set Berpantang Shaklee..Mampu mengembalikan kecergasan ibu berpantang,memperbaiki organ-organ dalaman ibu selepas bersalin.Memberi kemesraan bersama suami selepas bersalin.(Bertindak sebagai kacip fatimah).Memperbanyak susu ibu.Khasiat yang sangat banyak dibekalkan di dalam Set Berpantang Shaklee.Set wajib guna.




Berminat untuk mendapatkannya..Hubungi:
019-3845992 (DiLa)
(Call | Sms | Wassup)


Saturday, May 18, 2013

KHASIAT DAN KEBAIKAN ESP SHAKLEE



Apa tu ESP (Energizing Soy Protein)??
Energizing Soy Protein telah menjalankan kajian klinikal paling banyak ke atas produk dan protein berkualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan.ESP hanya mengandungi kacang soya non-GMO dan diproses dibawah suhu rendah.
ESP mengandungi 22 jenis asid amino dan ia merupakan satu-satunya produk  dipasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Protein kacang soya adalah 2 kali lebih dari daging,4 kali lebih dari telur,12 kali lebih dari susu.Ia juga rendah lemak,rendah kolestrol dan mudah diserap oleh tubuh badan manusia.

Didatangkan dalam bentuk serbuk dan boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo,horlick,susu atau jus.

Siapa yang patut mengambil ESP?
  • Ibu-ibu yang menyusukan anak : Membantu memperbanyak dan meningkatkan kualiti susu ibu,disamping pengambilan air yang secukupnya.
  • Ibu-ibu yang sibuk : ESP membekalkan tenaga berpanjangan dan membuatkan tubuh dan lebih cergas dan bertenaga.
  • Wanita yang ingin kelihatan CANTIK : Menbantu menghilang parut jerawat,menjadikan kulit muka halus,gebu dan berseri.
  • Mereka yang ingin KURUS : ESP memberi kekenyangan kepada mereka yang ingin kurus,dengan ESP tiada lagi makanan berat akan diambil dan terhindar dari kolestrol.
  • Pesakit kencing manis : Mempunyai indeks glisemik rendah,melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
Khasiat ESP adalah;

1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Kesimpulannya dengan ESP 1001 khasiat yang terkandung dapat dimiliki oleh tubuh badan.Badan cergas,memori kuat,susu badan banyak,kencing manis terkawal,kulit cantik.Apa lagi..woww!!Banyak betul..

Harga bagi 1 canister ESP RM150.Hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa.

Call / Sms / Wassup : 019-3845992 (DILA)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...