Thursday, June 19, 2014

TERINGIN VS MENGIDAM

Assalamualaikum..Siapa pulak yang mengidam ni kan?Mestilah ibu-ibu hamil.Saya pun tak terkecuali dengan situasi teringin dan mengidam ni.Tapi saya ni lebih kepada teringin la dari mengidam.Sebab tu masa mengandung kena kurangkan tengok rancangan memasak,buat la teringin makanan yang susah buat atau harga mahal.Sian pulak Encik Suami nak memenuhkan hajat.hehe..


Apa tu teringin?
Teringin ni macam biasa la,tengok makanan yang nampak sedap je dah terliur.Jadilah teringin.Teringin ni bau-bau bacang dengan mengidam.Tak tunaikan pun takpe,tapi kesianla kan dah teringin kena la belikan/carikan jugak.

Bagaimana pula dengan mengidam?
Mengidam ni saya kategorikan sebagai tahap  teringin sangat-sangat.Kalau tak dapat,mulalah rasa sedih,nak marah.Lagi satu,mengidam ni adalah permintaan ibu hamil yang agak pelik dan aneh-aneh.Saya pernah dengar cerita,tak pastilah ini cerita buatan semata-mata atau memang benar.Ada ibu hamil yang mengidam nak gigit kaki yang penuh bulu.Eeeeii..Agak menggelikan.Paling tragiknya tak nak kaki suami sendiri walaupun kaki suami tu pun dah banyak bulu.Hahaha..Ada ke yang sanggup hulur kaki nak bagi orang gigit.Pada saya,mengidam perkara macam tu tak perlu lah dilayan.Cukup sekadar berdoa agar rasa teringin menda-menda macam tu hilang

Kenapa mengidam ni berlaku?
Apabila seseorang wanita itu hamil,berlaku perubahan hormon ke atas seseorang wanita.Kebiasaannya,ibu hamil akan mula mengidam selepas "morning sickness
" berkurangan.Masa ni tubuh ibu hamil sudah dapat membiasakan diri dengan perubahan hormon.Haaa..Masa tu selera makan dan kembali normal,mulalah macam-macam nak di makan.Bagaimana pun mengidam ni tiada kena-mengena pun dengan kesihatan bayi.Orang dulu-dulu cakap kalau tak dipenuhi hajat ibu hamil yang mengidam,nanti anak yang bakal lahir air liur akan meleleh je.

Sebenarnya,mengidam atau teringin ni perasaan dari hati kecil kita,apabila diluahkan tentu akan berkurangan.Dengan kata lainnya,ibu hamil ni minta macam-macam sebab nak kan perhatian yang lebih.Lagi-lagi perhatian dari suami.Nak bermanja lah kata kan.Suami pula kalau isteri teringin tu jangan la abaikan.Carikan dahulu keinginan isteri,jika tak dapat tunaikan tak de masalah rasanya kalau cakap kat isteri.Sekurang-kurangnya kita dah usaha dan bagi perhatian pada isteri.


Jika bayi anda meleleh air liur,bukan lah sebab mengidam atau teringin ketika hamil yang tak tertunai.Pada saya,ia lebih kepada perubahan usia pada bayi itu.Bayi kecil tidak pandai meludah,jadi air liur meleleh pasti berlaku.Selain itu,ketika proses tumbuh gigi,ketika ini air liur lagi banyak keluar.Tengah berlaku pada Qhayra Nabila sayaJangan la pelik atau hairan ye.

Saya bukanlah menolak kata orang-orang dulu apabila air liur meleleh pasti ada kehendak ibu yang tidak tertunai.Tapi sekadar melihat kepada logik situasi.Adakala semua kehendak ibu tertunai,tapi air liur anak tetap meleleh juga.Banyakkan berdoa agar tidak terdapat keinginan aneh-aneh sepanjang kehamilan.Insha-Allah.






Monday, June 16, 2014

BAGAIMANA ATASI MASALAH SEMBELIT


Assalamualaikum..Sembelit terjadi apabila berkurangnya pola proses pembuangan najis.Buang air besar sekali sehari dianggap normal bagi seseorang.Apabila terdapat kesulitan.Seperti seminggu 3 kali,ini merupakan gejala-gejala umum sembelit.




Selain itu,antara simptom-simptom anda mengidap masalah sembelit:
  • Kerap sakit perut.
  • Sukar untuk membuang,sampai perlu meneran.hehehe
  • Terasa sakit ketika buang air besar.
  • Fizikal najis yang kering dan keras.
  • Berasa tidak puas - terasa ada lagi nak keluar,tapi takde keluar pun.
  • Pendarahan di lubang dubur.(Kuat sangat meneran)
  • Ada diantara pengidap sembelit akan cepat berasa kenyang.
Antara punca-punca sembelit ialah:
  • Kurang minum air.Ini punca paling ketara.
  • Kurang pengambilan serat.
  • Suka bertangguh,malas ke tandas.
  • Tidak kisah jika tidak buang air besar.
  • Stress
  • Perubahan persekitaran (melancong)
  • Pengambilan ubat-ubatan.
Bagaimana untuk mengatasi sembelit?
  • Minum air secukupnya.Disaranan 8 gelas sehari.
  • Lebihkan pengambilan serat seperti bijirin,roti gandum penuh,nasi dan perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

  • Jangan bertangguh jika mahu buang air besar ye!
  • Pengambilan makanan tambahan seperti kalsium, alfalfa untuk melancarkan proses detoksifikasi. Kalsium boleh membantu melembutkan najis, manakala Alfalfa pula membantu dalam pelawasan dan proses detoksifikasi.
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan jamu yang boleh mengakibatkan sembelit. 
  • Pilih pemakanan tambahan yang semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan.
Selain itu,Shaklee menawarkan SET SEMBELIT khusus untuk pengidap masalah sembelit.


 Info/Order
0193845992 - dila
(sms / whatsapp)

Friday, June 13, 2014

RESEPI NASI DAGANG

Assalamualaikum..Setelah sekian lama dok perhati dan makan je Nasi Dagang.Akhirnya hari semalam bersilat kt dapur menyiapkan Nasi Dagang. Specialty ore Kelate jugak ni lepas Nasi Kerabu.Cara buat dan bahan-bahan tak dela rumit sangat.Masa yang agak panjang jugakla sebab 3 kali angkat dan kukus semula nasi tu yang jadi lama sikit.Lagi satu sambil berkejar dengan 2 orang anak dara.Sorang tidur,sorang lagi dok bising.Alahai,baru 2 orang.Mama dah pening.Back to basic.Nak share resepi Nasi Dagang yang saya dapat dari En.Google jugak.Thanks kepada yang share resepi ni.Tapi ada 2,3 bahan yang xde.Tapi teruskan jugak.Alhamdulillah menjadi jugak dengan jayanya.Resepi ni dah diolah semula mengikut sukatan sendiri.

Sebelum kukusan ketiga
Resepi Nasi Dagang:

Bahan-bahan :
  • 2 cawan beras Jati (apa-apa jenama pun boleh,kat rumah saya Beras Jati)
  • 1/2 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair + garam + gula
  • 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
  • 1/2 sudu halba
  • 1 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia

Cara-cara :
  1. Rendamkan beras  dan beras pulut yang dicampur,seeloknya direndam semalaman.Saya rendam 3 jam je.Tak plan pun nak buat tengahari semalam.Jadi rendam pagila.
  2. Kukus beras dan pulut yang dicampur tadi 20 minit.
  3. Selepas 20 minit,letakkan beras yang dikukus tadi didalam bekas/besen.Gaulkan beras dengan santan cair.Gaul sehingga rata.
  4. Kukus semula selama 20 minit.
  5. Hiriskan bawang merah dan halia halus-halus dan taburkan di atas nasi tadi.Halba pun tabur sekali ye.
  6. Untuk kukusan ketiga,selepas 20 minit letakkan nasi di dalam besen untuk dicampur bersama santan pekat.Jika nasi dah cukup lembut,tak perlu habiskan santan.
  7. Kukus semula lebih kurang 20 minit jugak.
  8. Siap!

Resepi Gulai Ikan :

Gulai ikan tenggiri

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan tenggiri saiz kecil. (lagi sedap guna ikan aya)
  • 1 sk ketumbar (tumbuk halus)
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • Lengkuas (saya tak isi,sebab takde..hihihi)
  • Sehiris halia
  • Sedikit cili kering diblender.(Tak isi,taknak pedas)
  • 1 biji bawang besar (saiz kecik)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sb serbuk kari ikan (saya beli serbuk kari timbang)
  • 1 liter santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sb kerisik
  • 4 keping asam keping
  • Sedikit gula melaka
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji lada besar merah
  • Sedikit garam

Langkah 1 :
  • Rebus ikan bersama asam keping dan garam.Rebus jangan sampai air kering.Tinggalkan sikit untuk dicampur dalam gulai tu nanti.

Cara-cara untuk buat gulai :
  1. Masak santan sehingga naik minyak.
  2. Masukkan serbuk jintan manis,jintan putih,ketumbar yang ditumbuk,kulit kayu manis,serbuk kari ikan,sekeping asam keping dan gula melaka.
  3. Masak sehingga mendidih.Masukkan kerisik
  4. Masukkan sedikit garam.Sesuai dengan rasa.Jangan isi banyak,sebab ikan rebus tadi dah isi garam kan.
  5. Masukkan ikan,air rebusan ikan tadi.Asam keping untuk rebus ikan tadi tu boleh buang ye.
  6. Biarkan beberapa minit,tengok kepekatan kuah.Masukkan cili padi dan lada besar.Nak lagi pekat masak lagi lama.
  7. Siap!
Hidangan semalam

# dalam gambar tu ada sambal kelapa dan air soya.Air soya buat petang kelmarin.Homemade jugak.Sambal kelapa tu xdapat nak bagi resepi sebab tak berapa jadi.Kurang isi ikan.

Banyak sangat makan makanan berlemak.Jom detoks pulak..

 

Friday, June 6, 2014

KHASIAT VITAMIN E SHAKLEE

Assalamualaikum..Best promosi Shaklee bulan June 2014 kali ni.Vitamin E Shaklee.Favourite saya tu.Saya mengalami masalah kulit berminyak.Start consume Vitamin E + Vitamin C,masalah kulit minyak,Alhamdulillah dah takde.Dulu muka ni kalau tak berbedak,start keluar minyak-minyak tu memang tersangat rimas.Sekarang dah takde masalah tu tersangat lah happy.



Apa kebaikan yang terdapat dalam Vitamin E Shaklee ni?Jom saya cerita satu persatu.

  • Ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang kehadiran radikal bebas dalam tubuh badan kita.Radikal bebas dapat merosakkan sel-sel dalam tubuh badan kita dan mampu menjadi punca penyakit seperti kanser.
  • Vitamin E Shaklee mengandungi Selenium.Pengambilan Vitamin E dengan Selenium dapat memberikan kesan yang optimal.Tanpa Selenium adakala ia boleh menjadi racun dalam jangka masa panjang kerana ia tidak dapat berfungsi dengan baik.
  • Vitamin E juga membantu mempercepat proses penyembuhan luka.Untuk ibu menyusu,pengambilan Vitamin E dapat mengurangkan masalah puting melecet dan jika diamalkan secara konsisten ia dapat mencerahkan bahagian puting yang telah menjadi gelap.
  • Vitamin E membantu menghilangkan parut dan jeragat serta menjadikan kulit lebih berseri.
  • Vitamin E membantu memperlambatkan proses penuaan (anti aging).Sifat anti oksidan membantu mencegah kehadiran radikal bebas yang merosakkan sel yang mengakibatkan seseorang itu kelihatan tua sebelum usia.
  • Vitamin E membantu menjaga kelembaban kulit dan melindungi kulit dari masalah kekeringan,iritasi dan kulit merekah.
  • Bagi ibu-ibu menyusu kehadiran hormon prolaktin yang tinggi akan menyebabkan masalah kedinginan dalam hubungan suami isteri.Dengan pengambilan Vitamin E hal ini dapat meningkatkan keinginan isteri untuk bersama dan Vitamin E juga membantu meningkatkan kesuburan wanita.Sebab itulah Vitamin E turut dikenali sebagai VITAMIN CINTA.
  • Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat PMS.
  • Pengambilan 100iu vitamin E sehari dapat mengurangkan risiko serangan jantung.Apabila anda mengamalkan 400iu sehari anda juga dapat mmengurangkan risiko Alzheimer.Vitamin E Shaklee mengandungi 400iu dalam 1 kapsul.
  • Vitamin E membantu fungsi perbaikan DNA dan melindungi sel-sel tubuh yang mana akan membantu kulit,jantung,otot dan sel darah merah supaya sentiasa dalam keadaan baik.
Bulan ni promosi Vitamin E Shaklee.Jika anda pengguna tegar Vitamin E,jom grab 6 botol ,1 botol akan diberikan secara percuma.Lebih jimat,lebih untung.

Yang baru nak mencuba boleh hubungi saya untuk lebih INFO dan ORDER..
0193845992 - Dila


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...