Friday, May 23, 2014

PETUA MUDAH BERSALIN

Assalamualaikum..Nur Qhayra Nabila dilahirkan pada usia kandungan 37 minggu 1 hari.Lebih awal dari Nur Alia Zahra 5 hari.Zahra 37 minggu 6 hari.Ramai yang cakap saya mudah melahirkan Bella.Alhamdulillah.Kata saya bukan la mudah,cuma prosesnya cepat.Sakitnya nak bersalin dah tentu saya rasa.Betapa sukarnya meneran saya rasa.Bukan senang,sebab saya tak reti tarik nafas panjang-panjang.Tapi kehadiran suami dalam LB betul-betul bagi semangat kat saya.

Antara yang saya amalkan sepanjang proses kehamilan:-

BERDOA : Setiap kali lepas solat,saya akan berdoa untuk Allah SWT mudahkan proses kelahiran Bella.Masa tu yang saya fikirkan Zahra,kalau saya dapat bersalin normal,saya tak perlukan 3 hari untuk stay kat hospital.Tak pernah berpisah dengan Zahra la katakan.Selain tu,saya selalu mohon tanda kelahiran yang jelas.Bukan tanda-tanda yang was-was.Alhamdulillah,Allah SWT makbulkan doa saya.tanda nak bersalin saya pecah air ketuban.Tanda itu tersangat jelas.Syukur.Berdoa dengan permintaan yang jelas,tentu Allah SWT makbulkan.Lagi-lagi doa ibu hamil kan.




MINYAK KELAPA DARA (VCO) : Saya amalkan VCO Seri Dewi Malam (member kakak jual,paling best kakak sponsor..hehehe).Saya amalkan dari usia kandungan 7 bulan.Start 7 bulan terus start minum dan sapu di bibir vagina untuk mengurangkan kesan koyakan waktu bersalin nanti.Tapi minum jarang-jarang sebab tak tahan bau VCO ni kan kuat.Sapu tu memang hari-hari.



AIR SELUSUH : Saya start minum air selusuh (air rendaman AKAR KEMBANG FATIMAH) masa usia kamdungan 9 bulan.Kakak yang buatkan.Kakak saya memang insan penting dalam hidup saya sebab mak dah tak de kan.Memang ada apa-apa masalah atau nak tanya apa-apa memang dia tempat rujukan.Walaupun macamana pun air selusuh ni orang cakap seeloknya suami yang buatkan.Lagi berkat.Minum setengah botol je.Minum jarang-jarang sebab takut terbersalin awal pulak.Ada yang minum bila kontraksi dah ada sebab nak bagi mudah buka jalan..Air selusuh ni fungsi dia nak bagi mudah bukaan rahim.Berhasil dengan saya.Bukaan rahim saya betul-betul cepat.Bila dah pecah air ketuban saya minum sikit.Alhamdulillah.

KERAP BERJALAN : Memang lumrah la kan bila ada anak memang jarang la dapat rehat yang cukup.Zahra pulak tengah lasak.Kerja kejar dia jela.Aktif jugak la.Lagi satu,masa mengandungkan Bella,kerap turun naik tangga.Mungkin salah satu sebab juga kot bukaan rahim cepat.

Setakat yang saya ingat ni je yang selalu saya buat sepanjang kehamilan untuk mudahkan proses bersalin saya.Ada 1 perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang,Jangan lupa MINTA MAAF pada orang sekeliling,lebih-lebih lagi suami.

Sekian..Selamat beramal.




Wednesday, May 21, 2014

LATIH ANAK TANPA PAMPERS

Assalamualaikum..Entry kali ni nak berkongsi pengalaman saya latih Zahra tanpa pampers.Maklumlah dah 3 tahun kan.Dah ada adik pun.Kena la biasa kan tak de pampers.Lepas sambut birthday dia yang ke 3 apa lagi Mama pun start proses mengajar Zahra buang air kecil kt toilet.Mula-mula memang rasa leceh,tak sempat.Tapi sedar hakikat yang kakak Zahra semakin membesar dan hal ni memang kne latih.Bukan semulajadi boleh pandai sendiri.Mula lah saya search blog-blog macamana nak latih anak tak de pampers.
Antara yang saya dapat dan saya praktikkan.
  • Setiap 20-30 minit PERLU bawa anak pergi toilet.Bawak je walaupun dia x buang air pun.Pengalaman saya,bawak Zahra dalam  5 kali cuma sekali je dia x buang air.Normally,diaorang akan buang jugak walaupun sikit.
  • Jangan TERGODA,Zahra haritu sampai mintak nak pakai pampers mungkin dia jemu berulang alik ke toilet.Buat muka seposen.Jangan layan.Memang kesian tapi itulah proses yang memang perlu kita dan dia lalui.Kadang kala ada mommies yang rasa tersangat busy akan pakaikan pampers kt anak.Tapi bila kejap pakai dan kejap suruh buang air kt toilet diaorang sendiri akan konfius dan lagi best pakai pampers.
  • Jangan lupa LIPAT KARPET  yang mahal-mahal tu.Ada masa diaorang akan terkucil,sebab xpandai kontrol lagi.Kat rumah saya xde karpet mahal.So xe masalah sangat la.Sepanjang proses pembelajaran Zahra,2 kali jugak la dia terkucil tapi sikit je,cuma kena kt seluar je.
Untuk proses buang air kecil Zahra dah lulus,cuma kadang-kadang dia xcakap kalau nak kencing time tido.Dia bangun tapi akan menangis.Kalau dia menangis tu kena cepat-cepat la bawak dia pergi toilet sebelum banjir atas lantai.hihihi.

Buat masa sekarang dia akan minta pampers untuk poo-poo..Dah bawa ke toilet pun dia x boleh poo-poo.Mungkin rasa xbest.Sekali je dia pernah 'ter' poo-poo dalam toilet,tu pun silap rasa,rasa nak buang air kecil,tapi yang besar pulak yang keluar.

Nak tidur malam pun masih berpampers,tapi pandai menangis masa tidur,mungkin dia rasa nak buang air,dah diajak ke toilet pun dia xnak.Agaknya dah biasa buang air kt toilet bila terbuang dalam pampers tu rasa lain macam.Hopefully,tak lama lagi boleh 100% tanpa pampers.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...