Sunday, May 31, 2015

ANAK MASIH MENYUSU BADAN TAPI DISAHKAN HAMIL.SELAMAT ATAU TAK?

Assalamualaikum..

Saya yakin ramai yang pernah melalui situasi ini.Termasuklah saya sendiri.Saya disahkan hamil ketika tu umur Zahra 2 tahun 2 bulan.Saya teruskan proses penyusuan tu sebab susu banyak lagi.Saya pun niat nak teruskan sampai 2 tahun setengah.Tapi malangnya,saya mabuk teruk di awal kehamilan.Asal makan je muntah balik.Jadi atas nasihat suami,saya terpaksa memutus susu dengan Zahra.Memang berat hati tapi terpaksa.Macamana pun,Alhamdulillah saya dapat susukan dia selama 2 tahun 3 bulan.
Ini cerita saya.Saya pasti ada yang mengalami hal yang lebih sukar apabila hamil pada usia anak yang sebelumnya masih terlalu kecil.Rezeki kan.Proses ini dinamakan penyusuan tandem.


Kata orang dulu-dulu,tak baik menyusukan anak ketika hamil.Diaorang kata tu susu adik.Jadi kena berhenti la menyusukan anak tu.

Sebenarnya,tiada masalah untuk meneruskan penyusuan selagi ia tidak memudaratkan ibu dan juga anak dalam kandungan.


Antara kebaikan yang dapat diperolehi dari penyusuan tandem ini.


  • Anak tidak rasa tersisih

Walaupun sudah ada adik dalam perut mama tapi masih boleh menyusu dengan mamanya sudah tentu dapat mententeramkan hati anak itu.

  • Elak bengkak susu

Di awal kelahiran,baby tak banyak menyusu.Jadi bila abang/kakak dah tolong hisapkan,mama pun tak lah jadi bengkak susu.

  • Merangsang penghasilan susu yang lebih banyak

Jangan bimbang kurang susu kerana payudara akan semakin galak mengeluarkan susu jika kita kerap menyusukan anak.

  • Mengeratkan kasih sayang.

Meneruskan penyusuan sepanjang kehamilan dapat memenuhi keperluan emosi,sentuhan fizikal dan mengeratkan hubungan anak dan baby yang bakal dilahirkan.

Tak dinafikan menyusukan anak semasa hamil akan menyebabkan tubuh cepat berasa penat.Oleh itu,pengambilan makanan tambahan amat digalakkan untuk penyokong keperluan zat terutama sekali kalsium.

"Set Kehamilan Shaklee membantu menyokong keperluan zat untuk mama,baby dalam kandungan dan anak menyusu."

Amalkan makanan seimbang mengikut piramid makanan.

Lebihkan pengambilan air masak supaya aliran susu lancar dan cecair dalam badan mama sentiasa terganti.

Ukur kemampuan diri.Jika rasa tak mampu, anda sepatutnya memikirkan semula samada mahu meneruskan penyusuan tandem atau tidak.

Jika anda berminat mendapatkan Set Kehamilan Shaklee

SMS/Whatsapp : 0193845992
Email : dilazaini17@gmail.com
COD : Temerloh,Kuala Krau,Jerantut


Love,

Saturday, May 30, 2015

5 JENIS KAEDAH KELAHIRAN YANG BAKAL IBU PATUT TAHU

Assalamualaikum..

Ramai yang sedang berdebar menanti kelahiran bayi masing-masing.Due date yang semakin hampir memberi pelbagai rasa pada bakal ibu,dan bapa juga.


Sepanjang kehamilan,pastinya tiada terlintas di fikiran proses kelahiran yang bermasalah.Melainkan ibu itu sedang hamil anak kedua mahupun seterusnya.Pasti doktor akan memberitahu segala kemungkinan tentang proses kelahiran yang bakal ditempuh.

Meh nak story sket pasal kaedah-kaedah yang digunapakai untuk mempercepatkan proses kelahiran.


  • EPISITOMI
Faraj ibu akan digunting sedikit untuk membuka laluan supaya bayi lebih mudah untuk keluar.Saya ada pengalaman ni,masa gunting tu tak rasa pun,sebab masa ni kulit tengah menegang.Lepas gunting baby terus keluar.Bahagian yang digunting akan dijahit dengan benang yang akan tercabut sendiri.
  • VAKUM



Kaedah vakum ini digunakan bila si ibu dah langsung tak bertenaga nak teran baby keluar.Kaedah ni effect pada struktur kepala baby.Bahagian yang disedut akan menyebabkan kepala baby menjadi lembik/lembut dan ambil masa nak keras semula.Kemungkinan dapat darah beku pada kepala bayi dan memerlukan 6-8 minggu untuk pulih.

  • FORCEP
Kaedah ni dah jarang digunakan sebab doktor lebih memilih menggunakan kaedah vakum atau ceaser.Melainkan pada situasi bayi sudah kelihatan tergantung di bukaan servik.Doktor akan menarik keluar bayi menggunakan kaedah ini.Tetapi akibat dari kaedah forceps ini.Muka bayi akan kemerah-merahan kesan tarikan forceps tu.Selain tu kepala bayi mungkin jd lonjong sikit tapi tak ketara sangat sebab muka lonjong bersalin biasa pun kalau nak lonjong,lonjong jugak.Ye dok?

  • INDUCE
Kerap dengar perkataan induce ni kan?Tapi macamana proses induce ni dijalankan?

Prostaglandin:Suppositories dimasukkan ke dalam faraj ibu pada sebelah petang.Proses ini akan melembutkan servik dan mencetuskan kelahiran bayi pada keesokkan paginya.



  • PEMBEDAHAN
Pembedahan akan dilakukan jika doktor terdapat risiko yang tinggi pada bayi dan ibu jika meneruskan kelahiran secara normal.Kebiasaannya pembedahan ini dirancang dahulu.Namun begitu,pembedahan kecemasan boleh dilakukan jika terdapat komplikasi kelahiran.
Dua jenis potongan pada abdomen ibu.Potongan menegak atau melintang.Biasanya doktor akan membuat potongan melintang kerana kurang pendarahan dan berpeluang untuk kelahiran normal untuk kelahiran seterusnya.

Saya sendiri dah merasa 2 jenis kelahiran di atas.Anak sulung secara pembedahan dan anak kedua secara normal dengan bantuan episitomi.Proses penjagaan yang lebih kurang sama.Semuanya perlu dijaga rapi.
Tak kisah lah ape pun jenis kelahiran,asalkan ibu dan bayi selamat.

Berpantang dengan Set Berpantang Shaklee..KLIK SINI...

Klik VIDEO: Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! 

Love,

Thursday, May 28, 2015

PUNCA DAN PENYELESAIAN MASALAH RAMBUT GUGUR

Assalamualaikum..

Bagi sesetengah individu yang mempunyai masalah rambut gugur.Tak kira lelaki mahupun wanita,pasti merasa stress bila masalah rambut gugur berlarutan.


Tahu tak punca kenapa masalah rambut gugur ni jadi?

Perubahan hormon.
Biasanya hal ni terjadi pada wanita hamil atau selepas melahirkan.Ketika ni keadaan hormon memang tak stabil disebabkan perubahan fizikal dan persekitaran.Jadi bila keadaan hormon dah stabil masalah rambut gugur akan selesai.

Penggunaan bahan kimia secara berlebihan.
Sesiapa yang suka warna rambut,ejas rambut kejap kerinting kejap lurus.Segala proses yang memerlukan bahan-bahan kimia ni akan menjejaskan struktur rambut.

Aliran darah tidak lancar.
Bila aliran darah tak lancar,boleh menjadi punca masalah rambut gugur.Hal ini boleh terjadi pada lelaki dan wanita.

Faktor genetik.
Jika ibu bapa mempunyai masalah rambut gugur,kmungkinan anak mereka turut mempunyai masalah yang sama.

Kerap menarik-narik rambut.
Menarik rambut dengan kuat ketika mengikat rambut boleh menjejaskan akar rambut.

Antara petua yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut gugur ini..
  • Sediakan SANTAN dari sebiji kelapa.(Sekali perah sahaja)
  • Basahkan rambut.
  • Lumur santan pada rambut.Ratakan hingga ke akar rambut.
  • Balut kepala dengan sehelai tuala.
  • Biarkan selama 30 minit.
  • Ulang 2-3 kali seminggu.
Selain menggunakan petua tradisional.Anda boleh mengambil ZINC Complex untuk mengurangkan masalah rambut gugur.

Selain itu,pemilihan produk penjagaan rambut yang berkualiti menjamin kesihatan rambut yang sihat dan bebas gugur.




Beminat mendapatkan Set Penjagaan Rambut ini?

Info/Order
0193845992 - DiLa Zaini
Email : dilazaini17@gmail.com




Wednesday, May 27, 2015

MACAMANA NAK AJAR ANAK BUANG AIR BESAR DI TANDAS?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Zahra dah berusia 4 tahun 11 April yang lepas.Jadi dia dah cukup besar untuk mula belajar macamana nak buang air berat kat tandas.Bila dah pandai buang air besar kat tandas,jadi takde la mama risau sangat bila gi sekolah.


Entry lepas saya ada buat entry macamana saya ajar Zahra buang air kecil kat tandas.Boleh rujuk link kat bawah ni ye..

LATIH ANAK TANPA PAMPERS


Proses ajar buang air besar rasanya susah sikit dari ajar buang air kecil.Ia memerlukan kesabaran dan hati kering sikit.

  • Pertama 
Bila anak minta dipakaikan pampers,lepas tu nangis.Masa ni la kena hati kering sikit.Jangan mengalah.Buat tak layan je.Jangan risau,InshaAllah tak keluar dalam seluar sebab dia dah besar.Tunggu je sampai dia betul-betul rasa nak buang.Terus angkat pergi tandas.Nak tak nak diaorang redha je.Tapi untuk permulaan dari 10 Kali nak buang mungkin 5 kali tak berjaya.Yang penting sabar.

  • Kedua
Ugut tak nak basuh lepas dia buang,walaupun pada hakikatnya mesti lah basuh kan bila dah terbuang dalam pampers.(Situasi lambat bukak pampers lepas bangun tidur).
Tapi boleh cuba.Pada saya ia berhasil sangat.

Cuma 2 tips je saya praktikkan pada Zahra.Alhamdulillah sekarang dah pandai buang air besar kat tandas.

Bolehlah cuba pada anak-anak korang pulak.

Love,


"S" PALING POPULAR MASAKINI

Assalamualaikum..

Tahu tak S paling glamour selain Datuk Siti Nur Haliza?hihi..
Opkos la Shaklee kan.Meh nak story sikit pasal Shaklee yang mungkin tak semua orang tahu.


  • VITAMIN PERTAMA
Vitamin pertama yang dihasilkan Shaklee pada 1915,lama giler kan.100 tahun dah.Nama vitamin pertama yang dikeluarkan adalah Vitalized Minerals.Sampai sekarang Vitalized Minerals ni masih ada dan nama sekarang adalah Vita-Lea Iron Formula.

  • SYARIKAT SHAKLEE
Setelah 41 tahun Vitalized Minerals ni bertapak,barulah Dr.Forest C Shaklee menubuhkan syarikat Shaklee pada tahun 1956 bersama anak-anaknya St.Forrest Jr. dan Raleigh.

  • PRODUK KEDUA
Pada tahun 1960,produk kedua yang dihasilkan oleh Shaklee adalah Basic H.Sejenis bahan pencuci tanpa fosfat pekat dan boleh terbiodegrasi.

  • SYARIKAT PERTAMA
Syarikat pertama terletak di National Avenue,Hayward,California.Namun begitu Shaklee Corporation headquaters berpindah ke Emeryville,California pada tahun 1974.

  • PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Shaklee membelanjakan hampir USD12juta setiap tahum untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan di fasili Shaklee di Hayward,California.Kerjasama bersama Stanford University telah membina makmal kedua di Palo Alto,California.Shaklee mempunyai lebih daripada 150 saintis dan penasihat yang terdiri daripada doktor,professor dan saintis dari syarikat terkenal dan universiti terkemuka di dunia.

Berbanding syarikat vitamin yang Latin,Shaklee mempunyai kilang sendiri untuk menghasilkan produk sendiri.Tidak seperti syarikat vitamin yang lain yang hanya mengambil bekalan vitamin kemudian dibungkus dan dilabelkan dengan jenama sendiri.

Shaklee kini beroperasi di US,Jepun,China,Taiwan,Canada,Mexico,Indonesia dan Malaysia.

Mari kita BINA KESIHATAN yang baik supaya kehidupan yang lebih berkualiti dapat dinikmati bersama yang tersayang.

Love,





Tuesday, May 26, 2015

6 TIPS AJAR ANAK MENGEMAS LEPAS BERMAIN

Assalamualaikum...

Semoga hari ini dan seterusnya kita diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Setiap hari,rutin ibu akan mengemas rumah.Apabila ibu asyik mengemas mainan anak-anak pasti ada sedikit keluhan dari ibu bila mainan bersepah sangat.Termasuk lah saya jugak tu.Mulai hari ini, apa kata kita didik anak-anak supaya mengemas selepas bermain dan jadikan aktiviti mengemas sebagai rutin mereka.


Tips 1

Ajak mereka mengemas bersama.Jika mahukan mereka mengemas,kita perlu bersama-sama mereka.Jadikan aktiviti itu,aktiviti yang menyeronokkan.Contohnya,buat kan 1 situasi mengemas itu 1 perlumbaan.
Set masa guna "stopwatch".Kita pun jangan lah lumba sungguh-sungguh sangat.Biarkan mereka yang menang.

Bila mereka memasukkan mainan ke dalam raga,pasti mereka merasa kelam kabut dan aktiviti itu turut diiringi gelak tawa.

Tips 2

Puji mereka.Biarlah puji melambung sikit.Budak-budak ni suka dipuji.Tak salah puji anak sendiri.Bila dipuji secara psikologinya mereka merasa seronok dan bangga.

Tips 3

Sediakan tempat menyimpan mainan yang cantik.Bila tempat simpan tu cantik.Rasa excited tu mesti lebih punya.
"Jom adik,isi mainan dalam bekas cantik ni."

Bila mereka lihat bekas yang cantik ni.Secara tak langsung diaorang akan datang dekat pada kita.

Tips 4

Janji bagi upah,memang tak sesuai sangat.Tapi boleh dipraktikkan.Bila diaorang siap mengemas,bagi sedikit habuan.Contohnya duit,tak payah banyak pun.Kemudian sediakan tabung,secara tak langsung dan pupuk sekali amalan menabung.

Tips 5

"Final touch".Selalunya anak-anak mahukan sentuhan terakhir tu diaorang yang buat.Akhiri dengan tepuk tangan selepas aktiviti mengemas.Pasti mereka akan seronok untuk buat lagi.

Tips 6

Hadirkan rasa tanggungjawab.Bila dia atau adik buat sepah,minta dia kemas,dan cakap kat dia yang dia kena kemas sebab dia Kakak.Mesti terusik sikit hati tu.Inshaaallah.

Kita sebagai ibu kena mulakan.Bila lama-lama akan jadi kebiasaan mereka untuk mengemas lepas bermain.

Semoga bermanfaat.

Love,

Thursday, May 21, 2015

BELI BELAH DI WWW.TV3.COM.MY/SHOP

Assalamualaikum..

Dunia di hujung jari sekarang ni kan..Nak shopping dah tak payah penat-penat keluar.Yang paling awesome shopping online ni senang nak bandingkan harga.So tak payahlah nak masuk kedai 1-1 nak tanya harga sebab nak barang yang sama tapi harga nak murah.

Baru-baru asyik tengok Dr.Vida dok promote barang Qu Puteh dalam rancangan Jom Singgah kat TV3.Dalam hati memang dah lama teringin nak guna.Dalaman dah jaga dengan Vit.C & GLA Complex.Jadi saja la nak advance tepek luar sekali. Bila tanya kat Permata Herba set kosmetik Qu Puteh ni harga ahli RM95.Full Set.Tengok kat Jom Singgah ada trial pack.Harga pun lagi murah.Dalam RM60++.Lupa pulak.Hati memang nak sangatla.

Dalam otak dah pikir.Kalo set trial ni ada kos delivery memang tak jadi la.Bukak la website www.tv3.com.my/shop..Survey dulu.Usha-usha takde kos delivery.Wah!!Terus proceed jela.Proses bayar pun senang.Tak sampai 5 minit duit habis .Hahaha..

Bila barang sampai..Tadaaa....


Masa sampai parcel ni.Zahra xhabis-habis dok ulang treadmark Qu Puteh..Qu Puteh barulah puteh..Selang 5 minit kot.Hihi..

Yang super awesome dapat FREE GIFT pulak.Memang best lah..


Nampak tak Collagen Lip Gloss.TQ Vida Beauty..

Dah try pakai pun.Bau dia kureng skit.Tapi dah beli guna lah kan.So far,OK.Puas hati dengan Qu Puteh ni.

Jadi,sesape yang teringin nak shopping kat TV3 ni boleh lah teruskan je.Service OK sangat.

Love,

Monday, May 18, 2015

TRAUMA SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum...

Baru-baru ni ramai sahabat saya yang baru selamat melahirkan anak.Tahniah semua.Dalam keluarga besar saya pula sedang menanti 3 newborn yang bakal lahir tak lama lagi.
Melahirkan anak merupakan pengalaman yang paling sukar untuk dilupakan.Sememangnya ia menjadi pengalaman terindah bagi seorang yang bergelar ibu.Namun begitu,proses melahirkan yang menyakitkan kadangkala memberi trauma kepada ibu.



  • Trauma 1
Selepas melalui kelahiran secara normal,ada ibu-ibu yang digunting sedikit dibahagian vagina bagi memudahkan bayi untuk keluar.Ia dinamakan episitomi.Pada mulanya,pasti ibu-ibu agak seram untuk buang air kecil.Lagi seram untuk buang air besar.Macam pengalaman saya,mula-mula lepas bersalin kena stay kat Hospital sehari,jadi guna tandas duduk takde la seram sangat.Bila dah balik rumah,xde tandas duduk mula lah jadi hal sulit sikit bila nak buang air kecil tu.

  • Trauma 2
Luka episitomi tertetas.Ada tak yang pernah alami hal ni?Mesti ada kan.Kena pegi jahit semula.Owh...Seramnya.Saya pun ada pengalaman tertetas.Tapi yang nasib baiknya,yang tertetas sedikit je dibahagian tengah jahitan.Jadi saya tak pergi jahit semula pun.Saya cuma sapu dengan minyak PENAWA HITAM.Highly recomended,untuk cepatkan luka jahitan kering.Selain tu saya makan ZINC COMPLEX Shaklee.Memang cepat baik jahitan.



  • Trauma 3
Kena turun naik tangga.Ni yang duduk rumah tinggi.Lagi tak best bila takde lif.Memang sepatutnya ibu berpantang kena duduk rumah je.Tapi bila anak kena kuning,kena ulang alik ke klinik,memang susah kan.Tapi kena juga berulang alik ke klinik untuk cek kuning baby supaya tak nerada di paras bahaya.Yang kena jaga-jaga sangat.Luka episitomi tu,yang over langkah,takut tertetas.Jangan banyak sangat berjalan,takut rahim jatuh.Jangan tersepak tangga,takut bentan.Banyak pantang larang masa berpantang ni kita kena ikut.Jadi jangan pandai-pandai nak langgar;.Takut mudarat diri sendiri.

  • Trauma 4
Takut nak bersama lepas habis pantang.Ada yang berpantang 44 hari,60 hari dan ada juga yang 100 hari.Tapi seeloknya biarlah selepas 60 hari ataupun lepas 100 hari lagi baik.Tapi kesian pulak kat suami tu kan.Jangan risau nak bersama suami lepas bersalin.Suami pun mesti ada timbang rasa.Berbincang slow-slow.

Proses berpantang akan jadi lebih cergas dan bertenaga jika anda mengamalkan SET BERPANTANG Shaklee.Sesuai diamalkan untuk ibu bersalin normal mahupun bersalin secara ceaseration.
Luka episitomi/ceaseration cepat sembuh,susu badan meriah,badan ibu lebih bertenaga,dalaman si ibu lebih cepat sihat,miss V ketat semula.

Banyakkan kebaikan Set Berpantang ni?Rugi sangat siapa tak amalkan masa berpantang dan kalau tak habis lagi boleh terus continue untuk proses penyusuan yang lebih berjaya.


Saturday, May 16, 2015

APA ITU HEALING CRISIS?

Assalamualaikum..

Pernah tak anda alami sakit kepala,demam,muntah-muntah selepas makan supplement?

Ini dinamakan HEALING CRISIS...


Jangan risau..Ini merupakan kesan sampingan yang positif.

Tapi kenapa ia menyakitkan...?

Menurut 'Hering's Law of Cure', Healing crisis ialah semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Oleh yang demikian, tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah dan sebagainya.

Diibaratkan badan seperti tangki yang berkarat.Bila kita cuci karat-karat tu,air karat yang keluar akan sangat kotor.Macam tu la diibaratkan tubuh kita.Supplement ni ibarat ejen pencuci la.

Jadi macamana kita nak pulihkan healing crisis ni?

Macam yang saya bagitahu tadi.Ibarat kita nak membersihkan tangki berkarat.Perlukan air yang banyak untuk mengalirkan air supaya cepat bersih.
Macam tu jugak tubuh kita.Lebihkan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3L sehari.Supaya aliran toksin dalam badan dapat dikeluarkan segera.

Berapa lama healing crisis ni boleh berlaku?

Kadangkala sekejap.Ada masa lama.Bergantung pada individu.Ada yang mengalaminya beberapa hari sahaja.


Jika ia berlarutan agak lama,kurangkan dos pengambilan vitamin.
Jangan hentikan pengambilan vitamin ya.Cuma perlu dikurangkan sahaja.


Thursday, May 14, 2015

KENAPA PERLU BAGI VITAMIN PADA ANAK-ANAK?

Assalamualaikum..


Apa perasaan kita bila jumpa baby macam ni?
Geeram kan..Comel sangat..

Walaupun kelihatan comel.Ibu bapa perlu melihat perkembangan berat dan tinggi si manja supaya BMI mereka seiring dengan umur mereka.Jika terlebih,ini yang merisaukan bila anak dah masuk line Obesiti.Jika terkurang,kesian pulak tengok anak kecik dan lambat besar.Sampai terpaksa jumpa pakar pemakanan tak syok la kan..

Pemilihan vitamin yang bersesuaian dan berkualiti perlu diambil kira sebelum diberikan kepada anak-anak.

Kenapa perlu beri vitamin kepada anak anak?

Anak-anak terlalu memilih makanan.

  • Dalam proses tumbesaran anak-anak,ibu bapa perlu menyiapkan makanan berkhasiat kepada anak-anak. Namun begitu,bukan semua anak-anak mahu makan sayur dan buah-buahan.Jadi ibu bapa yang sedar akan hal ini seharusnya mendapatkan vitamin sebagai makanan tambahan anak-anak supaya segala nutrisi dapat dibekalkan sama seperti mereka makan sayuran dan buahan.

Tak tahu keperluan nutrisi anak cukup atau tidak.

  • Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja tidak pasti sama ada maid/nursery memberi bekalan nutrisi secukupnya pada anak mereka.Jadi bekalkan nutrisi selengkapnya walaupun anda sibuk bekerja.

Anak-anak gemar kepada air manis berbanding air masak.

  • Mungkin ada yang meminum air masak tetapi majoritinya sangat sedikit.Jika diberi pilihan antara air masak dan air manis seperti air kotak.Pastinya air manis menjadi pilihan anak-anak.Kadar gula yang berlebihan mampu mengakibatkan obesiti dikalangan kanak-kanak mahupun dewasa.

Gaya hidup anak-anak kini.

  • Berbanding dahulu,kanak-kanak lebih gemarkan aktiviti luar rumah yang lebih seronok.Pelbagai jenis permainan dilakukan bersama kawan-kawan.Kini,anak-anak lebih gemarkan duduk sahaja dirumah sambil bermain IPad,PS2,Xbox dan macam-macam lagi.Apabila aktiviti pasif ini dilakukan,sel-sel otak tidak dapat bergerak aktif dan berbahaya dalam proses tumbesaran anak.Risiko obesiti semakin tinggi.

Persekitaran

  • Jika kita lihat persekitaran kita,adakah persekitaran kita bersih dari pencemaran.Pencemaran dari asap rokok,kilang dan kenderaan.Apabila persekitaran tidak bersih sangat berisiko untuk tumbesaran anak-anak.Ketika masih kanak-kanak kita perlukan persekitaran yang bersih supaya imunisasi dan minda mereka dapat berkembang dengan baik.

Shaklee menyediakan Multivitamin terbaik dan pastinya berkualiti khas untuk anak-anak.

Memperkenalkan VITA-LEA Kids dengan wajah baru..


Perbandingan Vita-Lea Kids berbanding jenama lain yang terdapat dipasaran.




Pilihan terbaik untuk anak anak.Diperisakan dengan perasa anggur kegemaran anak-anak.Tidak merosakkan gigi.

Beberapa feedback dari pengguna




Berminat untuk mendapatkan Vita-Lea Kids untuk anak anak anda?

SMS/Whatsapp
0193845992 (Dila)

Email
dilazaini17@gmail.com

COD
Jerantut-Temerloh-Mentakab



Monday, May 11, 2015

FAMILY DAY@SUNGAI CONGKAK,HULU LANGAT

Assalamualaikum..

Pada 9 Mei 2015,kami sekeluarga pergi Hari Keluarga bersama kawan-kawan abah/suami kat Sungai Congkak.Kitaorang pegi balik hari je.Bertolak dari rumah jam 7 pagi..Sampai lebih kurang 10 lebih.Pergh jauh kan..he he he..Mana tak nye,berapa kali U-Turn sebab terlepas simpang.Hihi..Redha jela kan.

Bila dah sampai sana,program dah start pun.Cantik dan bersih Sungai Congkak ni.Zahra nampak air terus nak masuk.Tak sabar sangat.Bella memula dapat hold kejap.Tapi bila dia dah start merengek,nak tak nak,mama kena jugak tukar uniform nak masuk sama dalam air.




Disebabkan dah tukar uniform dan masuk dalam air..No more photos la.Sedeyhh...

Okla dari takde langsung kan.

Sapa yang ada masa lapang bolehlah bawak family datang sini..Cantik..

Love,

Thursday, May 7, 2015

TIPS ANAK PINTAR

Assalamualaikum...

Setiap anak merupakan anugerah terindah dalam kehidupan suami isteri.Semua ibu bapa sentiasa memastikan segala yang terbaik untuk anak anak.Termasuklah saya sendiri.Sentiasa inginkan yang terbaik untuk mereka.Kini dan masa depan.

Kata pepatah Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.Ye idok?
Bukan sahaja dibekalkan adab dan kelakuan yang baik serta didikan agama sahaja tetapi perkembangan otak/minda yang cergas dan juga pertumbuhan tubuh badan yang sihat kena ambil kira jugak tau.

Tips dari saya untuk anda...

Bekalkan pemakanan sihat dengan tambahan vitamin yang meransang minda/otak cergas,menguatkan imunisasi badan dan menyelesaikan masalah anak yang "picky eater".

Pilihan saya..




Kombinasi 2 vitamin LENGKAP seiring tumbesaran si manja anda.Bekalkan mereka hari ini!

Info - Order
SMS / Whatsapp : 019-3845992
Email : gardthezzz@gmail.com

Tuesday, May 5, 2015

PHYTOCOL,MENURUNKAN KADAR KOLESTROL ANDA

Assalamualaikum...

Kolestrol terbahagi kepada 2 jenis iaitu HDL dan LDL.HDL merupakan kolestrol bail.Manakala LDL dikategorikan sebagai kolestrol jahat.

Tahukah anda?
Kadar kolestrol tinggi penyumbang terbesar kepada penyakit JANTUNG dan ANGIN AHMAR.
Diet yang tidak seimbang,keturunan dan gaya hidup tidak sihat menjadi faktor utama masalah kolestrol tinggi.


Saranan American Heart Association:-
  • Individu NORMAL..Pengambilan tidak lebih 300mg sehari.
  • Pesakit JANTUNG..Pengambilan tidak lebih 200mg sehari..
Akan tetapi....


3 kali ganda saranan AHA....OMG!!!!

Jom rendahkan kadar kolestrol dalam badan anda.

Solusi anda...





Apa itu FITOSTEROL?

"Fitosterol adalah kolesterol rantai pendek yang berfungsi sebagai penghadang kolesterol jahat. Ia biasa disebut dengan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) atau kolesterol baik. Sama dengan kolesterol jahat (kolesterol LDL), ia juga merupakan turunan dari ‘keluarga’ lemak.

Mengapa ia disebut kolesterol baik? Ini karena ia punya fungsi mengikis dan membuang kolesterol jahat yang menyumbat pembuluh darah, dan menggiringnya kembali ke hati untuk diproses dan dilenyapkan. Ia juga berfungsi sebagai penghadang di pembuluh darah yang mencegah kolesterol jahat mengendap, serta melindunginya dari aterosklerosis (terbentuknya plak pada dinding pembuluh darah).

Pembentukan plak di dinding pembuluh darah – yang mengakibatkan penyempitan – ini dipengaruhi beragam faktor internal dan eksternal, sepertiglico-lipo toxicity (kebanyakan gula dan lemak), physical lazzyness (malas bergerak, terlalu banyak duduk dan malas olahraga), hingga radikal bebas (rokok, polusi udara, sinar x-ray, radiasi telepon seluler, pengawet makanan, dan sebagainya)." (sumber)

Info / Order
SMS - Whatsapp
0193845992 (dila)


Saturday, May 2, 2015

DAFTAR KEAHLIAN,DAPAT HADIAH PERCUMA

Assalamualaikum..

Bulan ni merupakan ulangtahun ke-100 vitamin pertama yang dihasilkan Dr.Forest Shaklee kita.VITALEA IRON TABLET.
100 tahun dah rupanya multivitamin terbaik NO.1 dunia ni bertapak.


Yang paling saya suka pasal Vitalea ni.Hemoglobin (HB) saya masa mengandung memang cantik.Jadi sapa-sapa yang ada masalah HB rendah kena cepat-cepat dapatkan Vitalea ni. sebotol.Saya jamin,memang tak kan menyesal.

Jadi,bersempena ulangtahun ke-100 Vitalea ni,Shaklee tawarkan kepada yang berminat nak jadi AHLI,daftar SEKARANG disertakan sekali dengan pembelian.Tak kira lah produk apa pun yang dibeli.Anda akan dihadiahkan sebotol Vitalea secara PERCUMA.Best kan?

Sesiapa yang berminat untuk mendaftar bolehla hubungi saya atau pergi secara terus ke mana-mana cawangan Shaklee.


Jom ramai-ramai join bulan ni.Keahlian seumur hidup.

Kongsi kebaikan,Jana pendapatan!

Whatsapp/SMS - 019-3845992 (DILA)
Email : gardthezzz@gmail.com
Shaklee ID - 907721


Love,


Friday, May 1, 2015

SHOPPING WARDROBE @ LAZADA

Assalamualaikum..

Haritu (15/4/15) kali ke-2,saya shopping kat www.lazada.com.my..Transaksi kali ke-2 lagi deras a.k.a cepatla.Sebab diaorang dah simpan rekod kita kan.Memula shopping dulu cuma beli sebijik mesin jahit mini.Masa tu tak perasan langsung yang kos penghantaran percuma hanya untuk pembelian RM80 ke atas.Jadi dengan rela hati bayar kos penghantaran RM25 untuk barang tu.Bila difikirkan balik agak menyesal la kan.

Next shopping saya beli pulak Wardrobe pakaian untuk simpan baju anak-anak.Ditambah dengan sepasang jam untuk saya dan suami.
Total kos RM100++.Yes....!!!Dapat Free Shipping.

Memula memikirkan ilustrasi wardrobe yang tinggi.Mula la dok pikir,nanti nak collect, muat tak masuk kete.(Lori GDex taknak anta kt umah..huhu..nangis tepi katil)


Cantik kan gambar wardrobe ni..Harga kat Lazada RM55 je.Harga luar RM100+++.Tak sure pulak harga asal.

Dalam dok pikir mcmn nak bawak barang yang panjang dimuatkan dalam kete.Sekali tengok sekotak wardrobe dalam anggaran 2 kaki je.Penat je pikir.


Ni first stage wardrobe tu.Banyak giler batang besi dalam kotak ni.Sambung-sambung jadi besar.Projek DIY jugakla.Seronok.

Hasilnya..Tadaaa...



Kemain lagi model tak berbayar tu.Lain sangat kan dari dalam gambar.Hihi..Apa-apa pun puas hati la sebab besar dan projek DIY yang sangat-sangat HAVE FUN!

Love,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...