Sunday, May 19, 2013

SENAMAN KEGELS

Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.

Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.
Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.
Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:
  • Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
  • Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
  • Mengurang buasir.
Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?
Ia cukup senang dibuat:
~Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing.
~Tahan selama 2-3saat.Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat.
~Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. 
~Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.
~Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini.
~Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.

Dapatkan Set Berpantang Shaklee..Mampu mengembalikan kecergasan ibu berpantang,memperbaiki organ-organ dalaman ibu selepas bersalin.Memberi kemesraan bersama suami selepas bersalin.(Bertindak sebagai kacip fatimah).Memperbanyak susu ibu.Khasiat yang sangat banyak dibekalkan di dalam Set Berpantang Shaklee.Set wajib guna.




Berminat untuk mendapatkannya..Hubungi:
019-3845992 (DiLa)
(Call | Sms | Wassup)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...