Friday, May 23, 2014

PETUA MUDAH BERSALIN

Assalamualaikum..Nur Qhayra Nabila dilahirkan pada usia kandungan 37 minggu 1 hari.Lebih awal dari Nur Alia Zahra 5 hari.Zahra 37 minggu 6 hari.Ramai yang cakap saya mudah melahirkan Bella.Alhamdulillah.Kata saya bukan la mudah,cuma prosesnya cepat.Sakitnya nak bersalin dah tentu saya rasa.Betapa sukarnya meneran saya rasa.Bukan senang,sebab saya tak reti tarik nafas panjang-panjang.Tapi kehadiran suami dalam LB betul-betul bagi semangat kat saya.

Antara yang saya amalkan sepanjang proses kehamilan:-

BERDOA : Setiap kali lepas solat,saya akan berdoa untuk Allah SWT mudahkan proses kelahiran Bella.Masa tu yang saya fikirkan Zahra,kalau saya dapat bersalin normal,saya tak perlukan 3 hari untuk stay kat hospital.Tak pernah berpisah dengan Zahra la katakan.Selain tu,saya selalu mohon tanda kelahiran yang jelas.Bukan tanda-tanda yang was-was.Alhamdulillah,Allah SWT makbulkan doa saya.tanda nak bersalin saya pecah air ketuban.Tanda itu tersangat jelas.Syukur.Berdoa dengan permintaan yang jelas,tentu Allah SWT makbulkan.Lagi-lagi doa ibu hamil kan.




MINYAK KELAPA DARA (VCO) : Saya amalkan VCO Seri Dewi Malam (member kakak jual,paling best kakak sponsor..hehehe).Saya amalkan dari usia kandungan 7 bulan.Start 7 bulan terus start minum dan sapu di bibir vagina untuk mengurangkan kesan koyakan waktu bersalin nanti.Tapi minum jarang-jarang sebab tak tahan bau VCO ni kan kuat.Sapu tu memang hari-hari.



AIR SELUSUH : Saya start minum air selusuh (air rendaman AKAR KEMBANG FATIMAH) masa usia kamdungan 9 bulan.Kakak yang buatkan.Kakak saya memang insan penting dalam hidup saya sebab mak dah tak de kan.Memang ada apa-apa masalah atau nak tanya apa-apa memang dia tempat rujukan.Walaupun macamana pun air selusuh ni orang cakap seeloknya suami yang buatkan.Lagi berkat.Minum setengah botol je.Minum jarang-jarang sebab takut terbersalin awal pulak.Ada yang minum bila kontraksi dah ada sebab nak bagi mudah buka jalan..Air selusuh ni fungsi dia nak bagi mudah bukaan rahim.Berhasil dengan saya.Bukaan rahim saya betul-betul cepat.Bila dah pecah air ketuban saya minum sikit.Alhamdulillah.

KERAP BERJALAN : Memang lumrah la kan bila ada anak memang jarang la dapat rehat yang cukup.Zahra pulak tengah lasak.Kerja kejar dia jela.Aktif jugak la.Lagi satu,masa mengandungkan Bella,kerap turun naik tangga.Mungkin salah satu sebab juga kot bukaan rahim cepat.

Setakat yang saya ingat ni je yang selalu saya buat sepanjang kehamilan untuk mudahkan proses bersalin saya.Ada 1 perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang,Jangan lupa MINTA MAAF pada orang sekeliling,lebih-lebih lagi suami.

Sekian..Selamat beramal.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...