Friday, July 31, 2015

RESEPI KEK MINYAK KUKUS ZAHRA STYLE

Assalamualaikum..

Lama betul tak mencoret disini..Busy bebenor mak ni haa..
Harini nak share satu resepi yang dah lama saya tak buat.Haritu start buat balik masa open house raya kat rumah kakak.Baru-baru ni pulak Zahra kerah mama dia buatkan kek untuk abah.Zahra boleh pulak declare haritu birthday abah dia.Suke hati la nak..

Jadi misi Kek Birthday Abah bermula selepas mama menidurkan adik Bella.Adik tidur.Kiteorg pun masuk dapur.Sebenarnya saya suka bila ada aktiviti macam ni dgn anak.Jadi bonding tu lagi ummmphh..Tak gitu..

Jom cek tengok resepi best gebu gebas kek Zahra Style ni..

*****saya gunakan gelas plastik yang warna pink selalu ada kat kenduri tu..

Bahan-bahan:-

  • 3/4 gelas gula kastor (boleh kurangkan sikit kalau tak suka manis)
  • 1 gelas minyak masak
  • 5 biji telur gred D
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu kecil ovallete
  • 1 sudu besar sunquick
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 gelas tepung naik  sendiri
  • Pewarna
Cara-caranya:-
  • Campur gula kastor dan minyak.Kacau sebati.
  • Tambahkan telur satu per satu
  • Masukkan esen vanilla dan kacau sehingga betul-betul dan kembang la senang kata.(agak-agak je)
  • Masukkan ovallete dan kacau lagi.
  • Kemudian tambahkan sunquick kedalam adunan tadi.Kacau sebati.
  • Secubit garam sebagai penambah rasa.
  • Tambahkan pula susu pekat manis.
  • Lepas segala bahan dah sebati dan korang puas hati.Tambahkan tepung naik sendiri dan pastikan takde tepung yang berketul ye..
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna.

  • Sapu marjerin/butter pada acuan kek.Selang-selikan adunan tepung berwarna sampai la habis.

  • Kukuskan selama 40 minit dan SIAP!
Tadaaa...


Selamat Mencuba ya!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...