Saturday, May 30, 2015

5 JENIS KAEDAH KELAHIRAN YANG BAKAL IBU PATUT TAHU

Assalamualaikum..

Ramai yang sedang berdebar menanti kelahiran bayi masing-masing.Due date yang semakin hampir memberi pelbagai rasa pada bakal ibu,dan bapa juga.


Sepanjang kehamilan,pastinya tiada terlintas di fikiran proses kelahiran yang bermasalah.Melainkan ibu itu sedang hamil anak kedua mahupun seterusnya.Pasti doktor akan memberitahu segala kemungkinan tentang proses kelahiran yang bakal ditempuh.

Meh nak story sket pasal kaedah-kaedah yang digunapakai untuk mempercepatkan proses kelahiran.


  • EPISITOMI
Faraj ibu akan digunting sedikit untuk membuka laluan supaya bayi lebih mudah untuk keluar.Saya ada pengalaman ni,masa gunting tu tak rasa pun,sebab masa ni kulit tengah menegang.Lepas gunting baby terus keluar.Bahagian yang digunting akan dijahit dengan benang yang akan tercabut sendiri.
  • VAKUM



Kaedah vakum ini digunakan bila si ibu dah langsung tak bertenaga nak teran baby keluar.Kaedah ni effect pada struktur kepala baby.Bahagian yang disedut akan menyebabkan kepala baby menjadi lembik/lembut dan ambil masa nak keras semula.Kemungkinan dapat darah beku pada kepala bayi dan memerlukan 6-8 minggu untuk pulih.

  • FORCEP
Kaedah ni dah jarang digunakan sebab doktor lebih memilih menggunakan kaedah vakum atau ceaser.Melainkan pada situasi bayi sudah kelihatan tergantung di bukaan servik.Doktor akan menarik keluar bayi menggunakan kaedah ini.Tetapi akibat dari kaedah forceps ini.Muka bayi akan kemerah-merahan kesan tarikan forceps tu.Selain tu kepala bayi mungkin jd lonjong sikit tapi tak ketara sangat sebab muka lonjong bersalin biasa pun kalau nak lonjong,lonjong jugak.Ye dok?

  • INDUCE
Kerap dengar perkataan induce ni kan?Tapi macamana proses induce ni dijalankan?

Prostaglandin:Suppositories dimasukkan ke dalam faraj ibu pada sebelah petang.Proses ini akan melembutkan servik dan mencetuskan kelahiran bayi pada keesokkan paginya.



  • PEMBEDAHAN
Pembedahan akan dilakukan jika doktor terdapat risiko yang tinggi pada bayi dan ibu jika meneruskan kelahiran secara normal.Kebiasaannya pembedahan ini dirancang dahulu.Namun begitu,pembedahan kecemasan boleh dilakukan jika terdapat komplikasi kelahiran.
Dua jenis potongan pada abdomen ibu.Potongan menegak atau melintang.Biasanya doktor akan membuat potongan melintang kerana kurang pendarahan dan berpeluang untuk kelahiran normal untuk kelahiran seterusnya.

Saya sendiri dah merasa 2 jenis kelahiran di atas.Anak sulung secara pembedahan dan anak kedua secara normal dengan bantuan episitomi.Proses penjagaan yang lebih kurang sama.Semuanya perlu dijaga rapi.
Tak kisah lah ape pun jenis kelahiran,asalkan ibu dan bayi selamat.

Berpantang dengan Set Berpantang Shaklee..KLIK SINI...

Klik VIDEO: Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! 

Love,

Thursday, May 28, 2015

PUNCA DAN PENYELESAIAN MASALAH RAMBUT GUGUR

Assalamualaikum..

Bagi sesetengah individu yang mempunyai masalah rambut gugur.Tak kira lelaki mahupun wanita,pasti merasa stress bila masalah rambut gugur berlarutan.


Tahu tak punca kenapa masalah rambut gugur ni jadi?

Perubahan hormon.
Biasanya hal ni terjadi pada wanita hamil atau selepas melahirkan.Ketika ni keadaan hormon memang tak stabil disebabkan perubahan fizikal dan persekitaran.Jadi bila keadaan hormon dah stabil masalah rambut gugur akan selesai.

Penggunaan bahan kimia secara berlebihan.
Sesiapa yang suka warna rambut,ejas rambut kejap kerinting kejap lurus.Segala proses yang memerlukan bahan-bahan kimia ni akan menjejaskan struktur rambut.

Aliran darah tidak lancar.
Bila aliran darah tak lancar,boleh menjadi punca masalah rambut gugur.Hal ini boleh terjadi pada lelaki dan wanita.

Faktor genetik.
Jika ibu bapa mempunyai masalah rambut gugur,kmungkinan anak mereka turut mempunyai masalah yang sama.

Kerap menarik-narik rambut.
Menarik rambut dengan kuat ketika mengikat rambut boleh menjejaskan akar rambut.

Antara petua yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut gugur ini..
  • Sediakan SANTAN dari sebiji kelapa.(Sekali perah sahaja)
  • Basahkan rambut.
  • Lumur santan pada rambut.Ratakan hingga ke akar rambut.
  • Balut kepala dengan sehelai tuala.
  • Biarkan selama 30 minit.
  • Ulang 2-3 kali seminggu.
Selain menggunakan petua tradisional.Anda boleh mengambil ZINC Complex untuk mengurangkan masalah rambut gugur.

Selain itu,pemilihan produk penjagaan rambut yang berkualiti menjamin kesihatan rambut yang sihat dan bebas gugur.




Beminat mendapatkan Set Penjagaan Rambut ini?

Info/Order
0193845992 - DiLa Zaini
Email : dilazaini17@gmail.com




Wednesday, May 27, 2015

MACAMANA NAK AJAR ANAK BUANG AIR BESAR DI TANDAS?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Zahra dah berusia 4 tahun 11 April yang lepas.Jadi dia dah cukup besar untuk mula belajar macamana nak buang air berat kat tandas.Bila dah pandai buang air besar kat tandas,jadi takde la mama risau sangat bila gi sekolah.


Entry lepas saya ada buat entry macamana saya ajar Zahra buang air kecil kat tandas.Boleh rujuk link kat bawah ni ye..

LATIH ANAK TANPA PAMPERS


Proses ajar buang air besar rasanya susah sikit dari ajar buang air kecil.Ia memerlukan kesabaran dan hati kering sikit.

  • Pertama 
Bila anak minta dipakaikan pampers,lepas tu nangis.Masa ni la kena hati kering sikit.Jangan mengalah.Buat tak layan je.Jangan risau,InshaAllah tak keluar dalam seluar sebab dia dah besar.Tunggu je sampai dia betul-betul rasa nak buang.Terus angkat pergi tandas.Nak tak nak diaorang redha je.Tapi untuk permulaan dari 10 Kali nak buang mungkin 5 kali tak berjaya.Yang penting sabar.

  • Kedua
Ugut tak nak basuh lepas dia buang,walaupun pada hakikatnya mesti lah basuh kan bila dah terbuang dalam pampers.(Situasi lambat bukak pampers lepas bangun tidur).
Tapi boleh cuba.Pada saya ia berhasil sangat.

Cuma 2 tips je saya praktikkan pada Zahra.Alhamdulillah sekarang dah pandai buang air besar kat tandas.

Bolehlah cuba pada anak-anak korang pulak.

Love,


"S" PALING POPULAR MASAKINI

Assalamualaikum..

Tahu tak S paling glamour selain Datuk Siti Nur Haliza?hihi..
Opkos la Shaklee kan.Meh nak story sikit pasal Shaklee yang mungkin tak semua orang tahu.


  • VITAMIN PERTAMA
Vitamin pertama yang dihasilkan Shaklee pada 1915,lama giler kan.100 tahun dah.Nama vitamin pertama yang dikeluarkan adalah Vitalized Minerals.Sampai sekarang Vitalized Minerals ni masih ada dan nama sekarang adalah Vita-Lea Iron Formula.

  • SYARIKAT SHAKLEE
Setelah 41 tahun Vitalized Minerals ni bertapak,barulah Dr.Forest C Shaklee menubuhkan syarikat Shaklee pada tahun 1956 bersama anak-anaknya St.Forrest Jr. dan Raleigh.

  • PRODUK KEDUA
Pada tahun 1960,produk kedua yang dihasilkan oleh Shaklee adalah Basic H.Sejenis bahan pencuci tanpa fosfat pekat dan boleh terbiodegrasi.

  • SYARIKAT PERTAMA
Syarikat pertama terletak di National Avenue,Hayward,California.Namun begitu Shaklee Corporation headquaters berpindah ke Emeryville,California pada tahun 1974.

  • PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Shaklee membelanjakan hampir USD12juta setiap tahum untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan di fasili Shaklee di Hayward,California.Kerjasama bersama Stanford University telah membina makmal kedua di Palo Alto,California.Shaklee mempunyai lebih daripada 150 saintis dan penasihat yang terdiri daripada doktor,professor dan saintis dari syarikat terkenal dan universiti terkemuka di dunia.

Berbanding syarikat vitamin yang Latin,Shaklee mempunyai kilang sendiri untuk menghasilkan produk sendiri.Tidak seperti syarikat vitamin yang lain yang hanya mengambil bekalan vitamin kemudian dibungkus dan dilabelkan dengan jenama sendiri.

Shaklee kini beroperasi di US,Jepun,China,Taiwan,Canada,Mexico,Indonesia dan Malaysia.

Mari kita BINA KESIHATAN yang baik supaya kehidupan yang lebih berkualiti dapat dinikmati bersama yang tersayang.

Love,





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...