Monday, February 23, 2015

OVARIAN CYST DAN RAWATANNYA

Assalamualaikum

Entry kali ni saya nak share tentang satu penyakit yang kerap dialami oleh sesetengah wanita iaitu OVARIAN CYST.Ovarian cyst boleh terjadi samaada pada bahagian kiri atau kanan kilang telur atau ovari seseorang wanita.Ia boleh berlaku pada semua perempuan tidak kira bujang mahupun sudah berkahwin.



Apa itu "Ovarian Cyst"?

Seorang wanita yang masih mempunyai masa subur.Setiap bulan sewaktu kitaran haid,ovari akan mengeluarkan satu gelembung yang dipanggil "Ovarian Follikel".Gelembung ini mempunyai benih wanita iaitu ovum.Gelembung akan mengecut selepas ovum dikeluarkan.Namun begitu apabila geembung ini tidak mengecut dan membesar melebihi 2cm ia dipanggil "Ovarian Cyst"

Pengalaman saya sendiri.Saya pernah mengidap Ovarian cyst ini sewaktu berumur 20 tahun.Masa itu saya masih lagi bujang trang tang..tang..hihi..
Saiz cyst itu mencapai 10cm X 7cm..Besar kan.Anggaran besar bola takraw jugak la.
Tiada simpstom yang saya alami.Cuma akhir-akhir sebelum mengetahui saya ada cyst,saya sakit perut.Namun begitu,masih belum menjangkakan itu merupakan cyst.

Saya melakukan ujian ultrasound di sebuah Klinik swasta.Masa tu la baru dapat kesan ada cyst dalam perut saya.

Disarankan supaya saya rujuk kes ke hospital kerajaan.Tapi malangnya temujanji untuk berjumpa pakar sebulan lebih dari tarikh booking.Risau sebab saiz ovarian cyst tu  yang besar.Lagi risau,seorang nurse bagitahu risiko untuk cyst tu pecah.Sheramm..
Jika itu terjadi,pembedahan kecemasan akan dilakukan.Risiko makin bertambah la kan.

Memikirkan risiko tu,saya tabahkan hati pergi ke PPUM untuk mendapatkan rawatan.Servis yang lebih cepat.Alhamdulillah,semua dipermudahkan.Saya dapat menjalani pembedahan sebelum tarikh temujanji pakar kat hospital kerajaan.

Sewaktu di PPUM seorang pesakit disebelah katil saya dah pecah cyst dalam badan.(hehe..betul ke ayat tu).Kesian aunty tu.Memang duduk di atas katil sahaja.

Walaubagaimanapun,bukan semua cyst perlu melalui proses pembedahan.
Tiga faktor akan diambil kira sebelum memastikan samada pesakit perlu menjalani pembedahan.
  • Pertama,jika doktor mengesyaki ia merupakan kanser.Sedikit tisu akan diambil bagi memastikan ia kanser atau bukan.
  • Kedua,jika pesakit mengalami sakit abdomen yang sangat teruk dan saiz cyst melebihi 5 cm.Macam kes saya tu la kan.
  • Ketiga,jika terbukti ovarian cyst itu adalah ovarian cancer.
Jika ovarian cyst didapati bukan ovarian cancer,beberapa faktor lain pula akan diambil kira sebelum pembedahan dilakukan.
  • Cyst kedua-dua belah ovari.
  • Saiz cyst melebihi 3 inci atau 5 cm.
  • Saiz cyst tidak mengurang selepas 2-3 kali kitaran haid.
  • Pemeriksaan ultrasound mendapat ia bukan jenis yang biasa.
  • Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan tidak datang haid.

Jika anda didapati mengidap Ovarian Cyst.Saiz yang tidak terlalu besar,bolehlah ikhtiar untuk mengecilkan saiz cyst tersebut dengan mengambil GLA Complex.Ia memperbaiki sistem hormon dalam badan kita.
InshaAllah saiz cyst mampu mengecil.

Saya kongsikan beberapa testimonial untuk anda..



Untuk info / order
0193845992 - DiLa Zaini
gardthezzz@gmail.com






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...