Saturday, April 13, 2013

CARA PEMAKANAN BAGI PENGIDAP KENCING MANIS



Penjagaan makanan yang baik berserta dengan pengambilan ubat mengikut jadual boleh memastikan aras glukosa dalam darah sentiasa stabil,tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.Kestabilan gula dalam darah juga membantu mempercepatkan pembaikan luka.
  • Ambil makanan sedikit tetapi kerap.Pesakit kencing manis tidak boleh menerima makanan berkarbohidrat sekaligus banyak.Adalah disarankan untuk mengambil 3 kali waku makanan utama (sarapan,tengah hari,makan malam) dan 3 kali snek (minum pagi,minum petang dan minum malam-sekiranya lapar).


  • Bahagikan makanan dari kumpulan karbohidrat (contohnya nasi,roti,mee,mihun,gandum,laksa dan kentang) dalam jumlah yang SAMA RATA dalam setiap waktu makan yang utama.Contohnya 2 hidangan karbohidrat untuk sarapan,2 hidangan untuk tengahari dan 2 hidangan lagi untuk malam.Sekiranya lapar di antara waktu makan,ambil 1 hidangan karbohidrat untuk minum pagi,minum petang dan minum malam.
1 hidangan karbohidrat = 1/2 cawan nasi/mee/mihun.kueteow,
1 keping roti,1 biji kentang bersaiz sederhana.

  • Elakkan minuman dan makanan yang manis seperti gula jem,air kordial,air tebu,taufufah dengan gula melaka.Banyakkan pengambilan air masak.Sekiranya perlu,anda boleh mengambil pemanis tiruan yang ada di pasaran.
  • Banyakkan pengambilan sayur-sayuran,samada dimasak ataupun ulam.Tingkatkan pengambilan bijirin mil penuh.wholemeal seperti roti/biskut/oats.
  • Hadkan pengambilan buah-buahan yang tinggi glisemik indeks seperti buah-buahan bermusim.(Durian,rambutan,manggis dan langsat).Utamakan buah-buahan tinggi serat seperti epal,pear,jambu batu dan lai.
  • Selang selikan pengambilan makanan bergoreng dengan pilihan masakan yang rendah lemak seperti sup,tomyambakar dan kukus.Hadkan pengambilan santan 1 kali seminggu sahaja.

..Jom cegah DIABETES dengan Shaklee..
Tak takut ke kaki kena potong???Seram...


Pilihan kedua untuk Shaklee Diabetes Care Programme
Mudah dan ringkas..

Amalkan pemakanan yang sihat dan baik untuk kualiti kesihatan berpanjangan.

Info / Order:
SMS / Wassup
019-3845992



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...