Saturday, April 27, 2013

TIPS MUDAH BERSALIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Bersalin normal adalah idaman ibu-ibu.Pastinya ia akan menjadi memori manis ibu-ibu yang melahirkan.Tetapi tidak semua bernasib baik dapat melalui proses kelahiran secara normal apabila berlaku masalah dan risiko pada ibu dan bayi jika proses kelahiran normal diteruskan.Yang bakal melahirkan,mesti tertanya-tanya cara dan teknik yang betul supaya proses kelahiran normal supaya dipermudah..Kebiasaan,proses kelahiran normal anak pertama sedikit bermasalah kerana ibu-ibu masih belum mengetahui teknik meneran yang betul.Bagi yang tidak mempunyai masalah,Alhamdulillah..



Proses kelahiran normal akan melalui 3 peringkat iaitu:-
  • Peringkat kontraksi hingga servik buka 10cm.Biasanya mula terbuka 3 ke 4 cm.Jika induce biasanya akan ditentukan oleh doktor.Jangka masanya antara 2 ke 12 jam atau lebih bergantung kepada individu.Purata dalam 5 jam.
  • Peringkat servik sudah terbuka dan kelahiran bayi – jangka masa beberapa minit ke ½ jam, bergantung kepada ibu meneran
  • Peringkat antara bayi keluaran dan pengeluaran uri. Sebelum 30 minit akan keluar dengan normal, lebih dari ni perlu bantuan.
Tips sebelum bersalin :-
  • Mula bernafas cara "Early labour breathing".
  • Mula minum air selusuh. Sebelum minum, selawat, baca Al-fatihah dan berdoa:-
 "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan sempurna.. Ampunkanlah segala dosaku dan ringankan kesakitan ini..”
  • Kalau ada minyak selusuh, sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut, pangkal paha, paha dan pinggang. Kemudian Selawat dan minum sesudu sambil berdoa:-
 "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan selicin minyak ini.. ampunkan la segala dosa dan ringankan kesakitan ini..” 
  •  Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia.
  • Sekiranya contaraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.
  • Banyakan zikir doa keampunan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..
  • ”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.”dan banyakkan doa.
 "Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini."


Tips semasa proses kelahiran:-

~Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorang khalifah Allah ke dunia.

~Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.

~Posisi semasa nk melahirkan..
Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali. Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran.

~Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan..
Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan koyakan.
~Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung..) Dekatkan lutut sambil dagu cecah ke dada...Dengan satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikhuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.
Secara ringkasnya:-
  •  Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
  • Angkat kepala, dagu cecah dada.
  • Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  • Tangan pegang buku lali kaki
  • Masa teran jangan keluarkan suara.
  • Masa teran jangan angkat punggung.
  • Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran. 
  • Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .
Bagi ibu-ibu yang telah melalui proses melahirkan,pastinya lemah dan memerlukan SET BERPANTANG yang terbaik sepanjang tempoh berpantang.Ini supaya tubuh badan ibu dapat dipulihkan dengan segera.



add on




  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...