Friday, February 8, 2013

KEBAIKAN DAGING IKAN..






Kebanyakkan orang tahu bahawa daging ikan yang juga dikenali sebagai sumber daging putih lebih berkhasiat dari segi kesihatan berbanding dengan daging haiwan lain yang berdaging merah.
Antara kebaikannya adalah:
-Merendahkan hormon leptin.(mengurangkan nafsu makan).
-Meningkatkan stamina,mengurangkan keletihan.
-Mencerahkan kulit muka dan badan.
-Minda makin cerdas.
-Badan akan terasa lebih ringan.
-Mampu menikmati tidur nyenyak. 
-Merendahkan risiko obesiti.
-Ikan membekalkan vitamin dan mineral dalam pembentukan tulang. 
(vitamin D dan vitamin K menguatkan tulang)
-Mencegah otot lemah.
-Penting dalam membantu pertubuhan gigi dan tulang kanak-kanak.
-Ritma denyutan jantung akan lebih baik.
======================================
======================================
Ikan todak, yu, salmon, tuna dan tenggiri antara ikan yang mempunyai paras merkuri yang tinggi. Walaupun rasanya enak dan isinya lembut tetapi semua ikan tersebut mengandungi sejenis logam cecair berbahaya yang memudaratkan kesihatan ibu dan kandungan melalui keracunan darah.

 Pakar menyarankan golongan vegetarian dan individu yang tidak menggemari ikan supaya menggantikannya dengan protein daripada produk-produk soya.

Penyelidik dari Klinik Mayo Rochester, Minnesota, Amerika Syarikat (AS), Prof. Virend Somers mendedahkan, kajian mendapati diet berasaskan ikan merupakan rutin pemakanan yang sihat.

**Pengambilan ayam dan daging yang tidak terkawal juga mengakibatkan penyakit jantung dan masalah kolesterol tinggi. Memandangkan ayam dan daging mempunyai kadar nutrisi, jumlah lemak tepu dan kolesterol yang berbeza daripada ikan.

^^ Tawaran produk berkualiti berasaskan ikan oleh kami untuk kesihatan anda..






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...