Monday, March 11, 2013

PENTINGNYA DETOX UNTUK KURUS


Detox ialah satu proses penghadaman untuk membuangkan toxic dlm badan. Kenapa anda perlu membuang toxic dlm badan untuk menurunkan berat badan? Sebenarnya ia sangat berkait rapat dgn proses penurunan berat badan, dan bukan semata-mata ingin diet mengurangkan pengambilan makanan, tetapi tidak mempedulikan tentang detoksifikasi badan. Apakah kaitan detox dengan berat badan dan bagaimana ia membantu? 


Dalam proses ingin menurunkan berat badan, perkara yang pertama sekali ingin dipastikan ialah mendetoksifikasikan segala toxic dalam badan. Sebelum ingin memulakan pengawalan kuantiti makanan, anda harus mendahului dengan detox. Proses detox adalah dengan membersihkan usus dari segala toksin, lemak, dan lendir yang melekat di dinding usus dengan mengeluarkan pembuangan air besar.  


Pentingnya membersihkan usus sebelum memulakan program diet adalah kerana untuk membenarkan segala nutrient-nutrien yg diperlukan badan akan diserap dengan lebih baik. Beberapa nutrient yang sgt memainkan peranan besar dlm penurunan berat badan ialah carbohydrate, protein, dan fibre. Manakala vitamin dan mineral adalah nutrient untuk keperluan tubuh badan untuk membesar dan memberikan kesihatan yang baik. 





Bayangkan bahan buangan seperti toksik, lemak, melekat di dinding-dinding usus, segala zat-zat nutrisi daripada sumber pemakanan tak akan dapat diserap dengan baik. Usus yang kotor inilah boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan segainya, termasuklah kesukaran menurunkan berat badan dan menaikkan berat badan. Zat carbohydrate membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan agar dpt melakukan pekerjaan seharian. Zat protein adalah peranan penting kerana ia adalah zat untuk memperbaiki dan membina tisu otot yg mana meningkatkan jisim otot akan meningkatkan kadar metabolism badan untuk membakar lemak. Zat serat pula adalah untuk memudahkan proses penghadaman dan detoksifikasi. 


Sepertimana zat protein adalah zat yg utama untuk menurunkan berat badan, maka dengan itu sememangnya memerlukan detox untuk membersihkan usus bagi membenarkan zat protein diserap oleh usus, seterusnya dpt membina jisim otot dalam badan. Bagi sesiapa yg ingin menambahkan jisim otot untuk membentuk tubuh badan yg berotot, juga memerlukan zat protein untuk menambahkan berat badan. Jika usus masih dalam keadaan kotor, sudah semestinya usus tak mampu menyerap zat-zat makanan untuk memperoleh kesihatan yg optimum. 


Dengan ini, bolehkah detox membantu untuk menurunkan berat badan? Ya, ia membantu dari segi memudahkan penyerapan protein dlm tubuh badan dan membina tisu otot utk memudahkan pembakaran lemak. Namun, untuk mengamalkan detox diet bukanlah suatu cara yg terbaik untuk menurunkan berat sungguhpun ia membantu, kerana diet yg membantu untuk mendapat kesihatan yg ideal ialah dengan makanan seimbang. 


Jom DETOX dengan Shaklee...





(credit:kevinazhari)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...