Saturday, April 27, 2013

TIPS MUDAH BERSALIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Bersalin normal adalah idaman ibu-ibu.Pastinya ia akan menjadi memori manis ibu-ibu yang melahirkan.Tetapi tidak semua bernasib baik dapat melalui proses kelahiran secara normal apabila berlaku masalah dan risiko pada ibu dan bayi jika proses kelahiran normal diteruskan.Yang bakal melahirkan,mesti tertanya-tanya cara dan teknik yang betul supaya proses kelahiran normal supaya dipermudah..Kebiasaan,proses kelahiran normal anak pertama sedikit bermasalah kerana ibu-ibu masih belum mengetahui teknik meneran yang betul.Bagi yang tidak mempunyai masalah,Alhamdulillah..



Proses kelahiran normal akan melalui 3 peringkat iaitu:-
  • Peringkat kontraksi hingga servik buka 10cm.Biasanya mula terbuka 3 ke 4 cm.Jika induce biasanya akan ditentukan oleh doktor.Jangka masanya antara 2 ke 12 jam atau lebih bergantung kepada individu.Purata dalam 5 jam.
  • Peringkat servik sudah terbuka dan kelahiran bayi – jangka masa beberapa minit ke ½ jam, bergantung kepada ibu meneran
  • Peringkat antara bayi keluaran dan pengeluaran uri. Sebelum 30 minit akan keluar dengan normal, lebih dari ni perlu bantuan.
Tips sebelum bersalin :-
  • Mula bernafas cara "Early labour breathing".
  • Mula minum air selusuh. Sebelum minum, selawat, baca Al-fatihah dan berdoa:-
 "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan sempurna.. Ampunkanlah segala dosaku dan ringankan kesakitan ini..”
  • Kalau ada minyak selusuh, sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut, pangkal paha, paha dan pinggang. Kemudian Selawat dan minum sesudu sambil berdoa:-
 "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan selicin minyak ini.. ampunkan la segala dosa dan ringankan kesakitan ini..” 
  •  Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia.
  • Sekiranya contaraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.
  • Banyakan zikir doa keampunan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..
  • ”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.”dan banyakkan doa.
 "Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini."


Tips semasa proses kelahiran:-

~Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorang khalifah Allah ke dunia.

~Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.

~Posisi semasa nk melahirkan..
Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali. Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran.

~Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan..
Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan koyakan.
~Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung..) Dekatkan lutut sambil dagu cecah ke dada...Dengan satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikhuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.
Secara ringkasnya:-
  •  Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
  • Angkat kepala, dagu cecah dada.
  • Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  • Tangan pegang buku lali kaki
  • Masa teran jangan keluarkan suara.
  • Masa teran jangan angkat punggung.
  • Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran. 
  • Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .
Bagi ibu-ibu yang telah melalui proses melahirkan,pastinya lemah dan memerlukan SET BERPANTANG yang terbaik sepanjang tempoh berpantang.Ini supaya tubuh badan ibu dapat dipulihkan dengan segera.



add on




  

Saturday, April 13, 2013

CARA PEMAKANAN BAGI PENGIDAP KENCING MANIS



Penjagaan makanan yang baik berserta dengan pengambilan ubat mengikut jadual boleh memastikan aras glukosa dalam darah sentiasa stabil,tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.Kestabilan gula dalam darah juga membantu mempercepatkan pembaikan luka.
  • Ambil makanan sedikit tetapi kerap.Pesakit kencing manis tidak boleh menerima makanan berkarbohidrat sekaligus banyak.Adalah disarankan untuk mengambil 3 kali waku makanan utama (sarapan,tengah hari,makan malam) dan 3 kali snek (minum pagi,minum petang dan minum malam-sekiranya lapar).


  • Bahagikan makanan dari kumpulan karbohidrat (contohnya nasi,roti,mee,mihun,gandum,laksa dan kentang) dalam jumlah yang SAMA RATA dalam setiap waktu makan yang utama.Contohnya 2 hidangan karbohidrat untuk sarapan,2 hidangan untuk tengahari dan 2 hidangan lagi untuk malam.Sekiranya lapar di antara waktu makan,ambil 1 hidangan karbohidrat untuk minum pagi,minum petang dan minum malam.
1 hidangan karbohidrat = 1/2 cawan nasi/mee/mihun.kueteow,
1 keping roti,1 biji kentang bersaiz sederhana.

  • Elakkan minuman dan makanan yang manis seperti gula jem,air kordial,air tebu,taufufah dengan gula melaka.Banyakkan pengambilan air masak.Sekiranya perlu,anda boleh mengambil pemanis tiruan yang ada di pasaran.
  • Banyakkan pengambilan sayur-sayuran,samada dimasak ataupun ulam.Tingkatkan pengambilan bijirin mil penuh.wholemeal seperti roti/biskut/oats.
  • Hadkan pengambilan buah-buahan yang tinggi glisemik indeks seperti buah-buahan bermusim.(Durian,rambutan,manggis dan langsat).Utamakan buah-buahan tinggi serat seperti epal,pear,jambu batu dan lai.
  • Selang selikan pengambilan makanan bergoreng dengan pilihan masakan yang rendah lemak seperti sup,tomyambakar dan kukus.Hadkan pengambilan santan 1 kali seminggu sahaja.

..Jom cegah DIABETES dengan Shaklee..
Tak takut ke kaki kena potong???Seram...


Pilihan kedua untuk Shaklee Diabetes Care Programme
Mudah dan ringkas..

Amalkan pemakanan yang sihat dan baik untuk kualiti kesihatan berpanjangan.

Info / Order:
SMS / Wassup
019-3845992



Friday, April 12, 2013

Get Clean® Water


Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean®Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.


Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

Keistimewaan Shaklee

  1. Selamat: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
  2. Pilihan Bijak: Menjimatkan KosRakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
  3. Handal: Lebih banyak air bersih pada setiap masa.Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
  4. Mesra AlamMemelihara alam sekitar. Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
Berminat untuk order...
sms/wassup
0193845992 (DiLa ZaiNi)

cc: MFC

Friday, April 5, 2013

RISIKO ANAK TAK SELERA MAKAN

“SUSAHNYA nak suruh anak saya makan apatah lagi bila dia sangat memilih makanan. Macam-macam cara saya sudah lakukan. Walaupun saya puas memujuk rayu dan menghidangkan pelbagai jenis makanan, dia tetap tidak mahu makan.”
“Saya takut kalau dia tidak makan, kesihatannya akan terjejas dan menjadi kurus. Saya juga risau kalau dia menghidap sebarang penyakit.”
Itulah antara keluhan insan bergelar ibu tatkala membicarakan mengenai masalah anak mereka yang sukar mahupun terlalu memilih makanan.
Pelbagai cara mungkin sudah dilakukan oleh golongan ibu dan bapa untuk menyuruh dan menggalakkan anak mereka makan. Ada yang menggunakan pendekatan memujuk, merayu, berleter, memarahi, mengugut dan menipu.
Ada juga yang menggunakan strategi lain seperti menyanyi, bercerita dan tidak kurang menari bersama anak mereka acapkali makanan berjaya disuapkan ke dalam mulut si manja.
Selain itu, ada juga yang terpaksa bersenam dengan mengekori anak ‘bertawaf’ ke sekeliling rumah sambil memegang sudu dan pinggan berisi makanan. Boleh dikatakan, banyak masa dihabiskan mereka semata-mata bagi memastikan si anak itu makan.
Tidak kurang ibu bapa yang memberi ‘rasuah’ kepada si anak supaya makan.
Contohnya, berjanji akan memberikan aiskrim, gula -gula atau membawa anak menonton wayang jika dia mahu makan. 
Bagi sesetengah ibu bapa, mereka beranggapan masalah yang dihadapi ini adalah kelakuan normal di kalangan anak-anak yang sedang membesar. Namun hasil penyelidikan terkini menunjukkan kelakuan sedemikian sebenarnya mungkin kerana masalah kesukaran makan yang boleh menjejaskan diet, tumbesaran, pembangunan kognitif dan hubungan di antara ibu bapa dengan anak.
Masalah ini sememangnya sangat mencabar ibu bapa terutama mereka yang berkerjaya. Bukan saja ia menguji ketahanan fizikal dan mental, malah mungkin lama kelamaan mereka hilang sabar kerana terpaksa melayan kerenah anak. 
Menurut Pengerusi Emeritus Jabatan Gastroenterologi dan Pemakanan di Pusat Perubatan Kanak-Kanak serta Profesor Pediatrik Universiti Perubatan dan Sains Kesihatan George Washington, Amerika Syarikat, Profesor Dr Benny Kerzner, ibu bapa harus mengenal pasti punca sebenar anak mereka tidak mahu atau sukar makan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah sukar atau memilih makanan berusia di antara satu hingga lima tahun di mana ibu bapa masih perlu menyuapkan makanan kepada mereka.
Makan sendiri dan menyuapkan makanan ke dalam mulut anak juga memberi dua definisi berbeza. Makan sendiri hanya membabitkan seorang pelaku saja iaitu anak itu sudah berupaya menyuapkan makanan ke dalam mulutnya sendiri. Sementara itu, bagi anak yang kecil dan tidak mampu, ibu bapa adalah individu yang wujud di sebelah mereka untuk menyuapkan makanan.
“Menyuapkan makanan kepada anak adalah interaksi di antara anak itu dengan penjaganya. Masalah yang timbul ketika sesi berkenaan seperti anak bertindak ganas, melarikan diri, menolak dan mengeluarkan semula makanannya berpunca daripada pelbagai faktor.
“Ia berkemungkinan disebabkan faktor psikologi, tingkah laku, kesihatan, perkembangan minda, pengaruh sosial dan budaya serta organik. Anak kurang selera makan juga mungkin akibat makanan, diri anak itu sendiri ataupun disebabkan individu (ibu bapa) yang menyuapkan makanan kepadanya. 
“Contohnya, kuantiti dan diet seimbang makanan yang bersesuaian, masalah deria rasa atau penyakit kronik anak, persekitaran pemberian makanan yang sesuai serta peka terhadap tahap lapar dan isyarat kenyang anak-anak,” katanya.
Selain itu, kesukaran memberi anak makan juga mempunyai beberapa jenis iaitu kanak-kanak itu memang takut makan, terlalu memilih makanan, terlalu aktif atau bertenaga, sikap acuh tidak acuh dan ibu bapa terlalu teliti.
Menurut Dr Kerzner, ibu bapa perlu mempunyai prinsip dan peraturan ketika mahu menyuapkan anak.
Antaranya mengelakkan sebarang gangguan, bersikap biasa, sediakan jenis makanan yang menggalakkan selera makan, tetapkan tempoh waktu makan, sediakan makanan yang sesuai dengan umur anak, membenarkan mereka belajar makan dengan sendiri tetapi dengan pemantauan dan bertolak ansur dengan mereka.
Profesor Psikiatri dan Pediatrik merangkap Naib Pengerusi Jabatan Psikiatri Universiti Perubatan dan Sains Kesihatan George Washington, Amerika Syarikat, Profesor Dr Irene Chatoor, berkata bagi mengelakkan ‘pergolakan’ sewaktu sesi makan bersama si kecil, beberapa perkara boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa.
Ini termasuk memperbaiki cara pemakanan si kecil tanpa paksaan, perhatikan dan fahami isyarat serta tingkah laku mereka ketika makan.

Dalam apa jua kes, masalah kesukaran makan yang berlanjutan boleh membawa kesan fizikal yang serius termasuk kerencatan tumbesaran dan kekurangan nutrien. 
Kesan emosi juga membimbangkan. Kajian menunjukkan kaedah memberi makan secara paksa yang digunakan oleh ibu bapa boleh memberi kesan negatif dan mempengaruhi interaksi dengan anak-anak.
Pembangunan kognitif juga mungkin terjejas seperti yang dilaporkan dalam kajian Profesor Irene yang mendapati markah Indeks Pembangunan Mental kanak-kanak cerewet makan berusia satu hingga tiga tahun adalah 14 mata lebih rendah berbanding mereka yang makan secara sihat.
Memandangkan masalah kesukaran makan boleh membawa pelbagai kesan negatif, ia tidak seharusnya dipandang mudah. Justeru, ibu bapa dinasihatkan membawa anak-anak mereka berjumpa doktor pediatrik bagi membantu mengenal pasti masalah sebenar dihadapi si anak dan mencari jalan penyelesaian sewajarnya sekiranya masalah ini berterusan.
“Ibu bapa boleh mewujudkan setiap masa makanan adalah detik terindah dan menggembirakan buat si anak. Berbual bersama mereka dan pastikan anda tidak terlalu mengikut arahan serta kehendak anak dalam pemilihan makanan.
“Di samping itu, saya menyarankan ibu bapa supaya menjadi contoh dan model kepada anak. Ini kerana, anak akan mudah mengikut corak pemakanan yang dilihat jika ibu bapa sendiri yang menjadi contoh terbaik buat mereka.
“Antara perkara utama yang harus dilakukan ketika mahu menyuap anak-anak adalah elakkan gangguan sewaktu makan. Waktu makan bersama keluarga perlu diterbitkan dengan aura positif, ceria dan tenang. Oleh itu, televisyen perlu ditutup, buku dan mainan tidak boleh diletakkan di meja makan serta elakkan konflik keluarga sewaktu sesi makan,” katanya yang ditemui bersama Dr Kerzner pada majlis pelancaran IMFeD oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) dan Abbott Nutrition International di ibu negara, baru-baru ini.
Hadir sama, wakil rasmi MPA, Profesor Dr Lee Way Seah dan Pengarah Serantau (Asia Utara, Malaysia dan Filipina) Abbott Nutrition International, Steven Chung.
Sementara itu, IMFeD adalah sebuah alat yang mempunyai bentuk seperti kalendar tetapi penuh komprehensif. Ia mengandungi seakan borang soal kaji selidik yang perlu diisi oleh ibu bapa untuk menghuraikan masalah kesukaran makan anak mereka.
Ia satu alat diagnosis interaktif yang digunakan sebagai garis panduan bagi menangani masalah kesukaran makan yang berlainan. Set alat ini disertakan bersama bahan pendidikan yang dapat membantu ibu bapa mengurus tabiat makan anak-anak mereka di rumah.
Menurut Profesor Lee, IMFeD akan meningkatkan kadar serta ketepatan diagnosis dan intervensi dalam menangani masalah kesukaran makan di kalangan kanak-kanak di Malaysia. 
Beliau menjelaskan, MPA sudah menubuhkan barisan panel pakar IMFeD yang terdiri daripada beberapa pakar pediatrik terpilih dari seluruh negara untuk memastikan pelaksanaan IMFeD berjalan lancar. Panel ini akan mengkaji bahan IMFeD yang sedia ada dan menyesuaikan ia dengan budaya dan citarasa pemakanan masyarakat tempatan.
“Bengkel latihan juga akan diadakan dan pada Julai depan. Mereka dijadualkan untuk menyertai aktiviti pendidikan masyarakat yang bertujuan menggalakkan ibu bapa mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik sekiranya mereka mengesyaki anak-anak menghadapi masalah kesukaran makan,” ujarnya.
Untuk meningkatkan selera makan si manja..Berikan MealShake kepada nya..Mempunyai pelbagai vitamin yang memberi khasiat yang cukup pada anak anda..



info / order
019-3845992 (DiLa ZaiNi)





Thursday, April 4, 2013

KEHAMILAN KEMBAR


Kehamilan kembar ialah kehamilan lebih dari satu janin seperti kembar dua, kembar tiga, kembar empat dan lebih.

                     

Jenis Kehamilan Kembar
Kembar Monozygotic bermakna kembar yang hadir dari satu telur yang disenyawakan bersama satu sperma kemudian membesar dan terpisah kepada dua janin. Kembar seperti ini juga dipanggil kembar seiras kerana mempunyai genetik yang sama. Mungkin mendapat janin yang mempunyai jantina yang sama dan rupa paras yang sama. Terdapat kes dimana kembar yang tidak terpisah sepenuhnya dan kekal melekat pada sebahagian anggota badan ketika dilahirkan. Ini dinamakan sebagai kembar siam.
Kembar Dizygotic bermakna kembar yang terbentuk dari 2 atau lebih telur dan sperma yang mana membesar menjadi dua kantung kehamilan dan uri. Kembar sebegini dipanggil sebagai kembar tidak seiras. Mempunyai 2 genetik yang berbeza. Kembar tersebut mungkin mempunyai jantina yang sama atau berlainan dengan bentuk fizikal yang berlainan.

 Faktor Mendapat Kehamilan Kembar
1.
Kebakaan-Jika dikalangan ahli keluarga anda ada yang mempunyai kehamilan kembar, peluang untuk anda mendapat kehamilan kembar adalah tinggi.
2.
Wanita yang berumur lebih dari 30 tahun mempunyai peluang yang cerah. Ini adalah kerana perubahan hormon dalam badan menyebabkan lebih dari satu telur akan dikeluarkan berbanding wanita yang lebih muda.   
3.
Rawatan kehamilan. Rawatan kehamilan yang digunakan untuk merangsang lebih dari satu telur menjadi matang boleh membawa kepada kehamilan kembar. Kepada pasangan yang menggunakan teknik bantuan pembiakan juga mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan kehamilan kembar kerana banyak janin yang akan dipindahkan kepada rahim.

Tanda dan Simptom-simptom Kehamilan Kembar
1.
Pertambahan berat badan berlebihan-Pertambahan berat badan awal pada trimester pertama mungkin boleh menjadi kehamilan kembar. Keadaan ini berlaku berikutan saiz rahim dan isipadu darah.
2.
Kantung kehamilan ynag besar. Peningkatan saiz rahim yang membesar secara tidak seragam boleh menjadi tanda-tanda kehamilan kembar.
3.
Sakit pagi(morning sickness) yang serius dan kelesuan. Wanita yang mempunyai kehamilan kembar selalunya cenderung mendapat sakit pagi dan kelesuan yang lebih teruk dari wanita yang hamil satu janin sahaja. Bagaimanapun hal ini selalunya tidak benar.

Diagnosis bagi Kehamilan Kembar
1.
Paras hCG-hCG(human Chorionic Gonadotrophin), hormon ynag dirembes semasa hamil dan selalunya ia digunakan untuk mengesan seseorang itu mengandung atau tidak. Paras hCG bagi wanita yang hamil kembar lebih tinggi dari wanita yang bersalin seorang janin sahaja.
2.
Paras alpha fetoprotein-alpha fetoprotein ialah protein yang berada dalam darah ibu. Ia telah dirembeskan oleh hati bayi. Bagi kehamilan kembar, paras protein tersebut adalah dijangka lebih tinggi dari normal kerana lebih dari satu janin akan merembeskannya.
3.
Imbasan ultrasound-Berpandukan imbasan ultrasound doktor boleh memastikan kehamilan kembar dengan melihat kantung janin dan juga degupan jantung. Teknik ini adalah lebih dipercayai dari yang lain.

Komplikasi Yang Mungkin Dihadapi Bagi Kehamilan Kembar
1.
Kelahiran pramatang-Kelahiran pramatang adalah biasa berlaku bagi kehamilan kembar. Keadaan ini berlaku apabila rahim mulai mengecut dan cervik mula melebar sebelum waktu hamil belum mencecah 37 minggu.Keadaan ini mendorong kepada bersalin pramatang.
2.
Bayi pramatang-Bayi pramatang adalah implikasi dari kelahiran pramatang. Bayi akan dilahirkan lebih awal dari masa yang djangka sebelum organ dalam badan matang untuk berfungsi sepenuhnya. Keadaan ini akan menyebabkan komplikasi yang sangat serius kepada bayi dan bayi memerlukan bantuan seperti mesin ventilator untuk terus hidup. Bayi pramatang selalunya lebih kecil dan mempunyai berat badan yang kurang dari 2.5 kg.
3.
Tekanan darah tinggi disebabkan hamil-Wanita yang sedang hamil kembar adalah lebih cenderung untuk menghidapi tekanan darah tinggi. Preeclamsia adalah lanjutan dari penyakit tekanan darah tinggi yang dialami semasa hamil yang mana memerlukan rawatan yang serius untuk mengelakkan komplikasi terhadap ibu dan bayi.
4.
Diabetes ketika hamil-Diabetes ketika hamil adalah keadaan biasa yang berlaku semasa kehamilan kembar dan boleh menyerang ibu dan bayi.
5.
Sindrom kembar ke kembar-Sindrom ini hanya berlaku kepada kembar yang berkongsi satu uri yang sama seperti kembar seiras. Masalah timbul apabila pengangkutan darah kepada kembar tidak seragam, seorang dapat lebih banyak dan seorang lagi dapat lebih sedikit. Hal ini menyebabkan seorang bayi akan mengalami pembengkakkan dan seorang lagi mengecut. Keadaan ini sangat serius menyebabkan kelahiran perlu dilakukan seawal yang boleh.
6.
Kecacatan kekal-Kembar mempuyai risiko tinggi untuk mendapat kecacatan kekal seperti spina bifida dan kecacatan jantung. Mereka mempunyai risiko masalah kesihatan jangka masa panjang.
7.
Keguguran-Terdapat keadaan yang dipanggil vanishing twin syndrome apabila bayi lenyap dalam kandungan semasa proses kehamilan.
8.
Pendarahan-Semasa melahirkan bayi kembar, ibu mempunyai risiko mendapat pendarahan selepas bersalin. Ini berikutan dari uri yang terlalu besar dan rahim yang sempit.
9.
Bersalin pembedahan caesarean-Walaupun janin boleh dilahirkan melalui faraj, sesetengah hospital mempunyai polisi bersalin dengan menggunakan bersalin secara caesarean untuk kehamilan kembar. Keputusan ini dibuat berdasarkan keadaan dan posisi bayi serta keadaan ibu. 



Apa Yang Harus Anda Lakukan
1.
Selalu membuat pemeriksaan-ibu yang hamil kembar memerlukan pemeriksaan yang lebih kerap berbanding ibu yang hamil satu janin sahaja. Ini penting untuk mengawal dan melihat tahap tumbesaran dan perkembangan janin serta ibu yang mengandung.
2.
Pemakanan-Untuk memastikan bayi adalah sihat ibu perlu menjaga pemakanan. Si ibu memerlukan kalori, protein dan makanan tambahan seperti zat besi dan folic acid.
3.
Berehat-Memerlukan rehat yang lebih bergantung kepada keadaan si ibu. Amalkan berehat selalu adalah perlu untuk mengelakkan kelahiran pramatang walaupun keberkesanannya tidak dapat dibuktikan lagi.


Bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan sentiasa dalam keadaan baik.Ibu hamil sentiasa bertenaga sepanjang kehamilan,supplement berkualiti WAJIB menjadi teman sepanjang kehamilan..

Set trimester 1& 2


Set terimester 2&3


Untuk info / order
019-3845992 - DiLa ZaiNi






CAROTOMAX PENGUBAT MASALAH RABUN

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

• Memelihara kesihatan yang baik.
• Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
pertumbuhan tisu.
• Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
lendir.

Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?
1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

FUNGSI LAIN CAROTENOID:
- Mencegah kanser
- Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
- Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.
- Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.
- Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
- Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.
- Membina semula sel-sel yang rosak.
- Melindungi dari rabun malam.
- Menjaga kesihatan mata.
- Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta keihatan umum.
- Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya

Tanda-tanda kekurangan:
- Masalah jerawat
- Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
- Tumbesaran terencat
- Masalah tidur dan insomnia
- Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
- Masalah rabun malam



sumber


.

Monday, April 1, 2013

TIPS MUDAH HAMIL



Bukan semua pasangan bertuah selepas berkahwin terus hamil.Ada yang perlu menunggu bertahun-tahun untuk hamil.Pelbagai inseatif yang dilakukan supaya dapat hamil dengan seberapa segera.Apabila berlakunya kes kesuburan,60% tumpuan diberikan kepada pihak isteri.Sudah pastinya memberi tekanan hebat kepada isteri.Pelbagai faktor menjadi punca masalah lambat hamil terjadi..Antaranya:-
  • Aturan haid tidak teratur.
  • Keturunan
  • Penyakit dalam rahim. eg: fibroid
  • Penyakit dalam saluran tiub falopio dan kegagalan ovulasi.

Shaklee menawarkan set kesuburan yang memberi peluang dan potensi besar untuk hamil bagi pasangan suami isteri.

Set Kesuburan Shaklee menawarkan :-

~ GLA Complex
. Untuk menstabilkan hormon..
. Menyediakan satu keadaan bagi memudahkan pelekatan sperma dengan ovum.
. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)


· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.

~ ZINC Complex
. Zinc didalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain.Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual,penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja ke umur tua.

. Zinc menguatkan sperma.

~ Vitamin E
. Meningkatkan kualiti sperma.
. Meningkatkan "sperm count".
. Digunakan secara meluas terutamanya dalam rawatan kesuburan.
. Membantu dalam masalah "mati pucuk".
. Membantu meningkatkan libido (keinginan seks).

~ B-Complex
. Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
. Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
. Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
. Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
. Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
. Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
. Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.





~ Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) 
. Membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekata ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita.
 Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.
~ Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.

Info dan Order
0193845992 / pm MZS



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...