Thursday, April 4, 2013

KEHAMILAN KEMBAR


Kehamilan kembar ialah kehamilan lebih dari satu janin seperti kembar dua, kembar tiga, kembar empat dan lebih.

                     

Jenis Kehamilan Kembar
Kembar Monozygotic bermakna kembar yang hadir dari satu telur yang disenyawakan bersama satu sperma kemudian membesar dan terpisah kepada dua janin. Kembar seperti ini juga dipanggil kembar seiras kerana mempunyai genetik yang sama. Mungkin mendapat janin yang mempunyai jantina yang sama dan rupa paras yang sama. Terdapat kes dimana kembar yang tidak terpisah sepenuhnya dan kekal melekat pada sebahagian anggota badan ketika dilahirkan. Ini dinamakan sebagai kembar siam.
Kembar Dizygotic bermakna kembar yang terbentuk dari 2 atau lebih telur dan sperma yang mana membesar menjadi dua kantung kehamilan dan uri. Kembar sebegini dipanggil sebagai kembar tidak seiras. Mempunyai 2 genetik yang berbeza. Kembar tersebut mungkin mempunyai jantina yang sama atau berlainan dengan bentuk fizikal yang berlainan.

 Faktor Mendapat Kehamilan Kembar
1.
Kebakaan-Jika dikalangan ahli keluarga anda ada yang mempunyai kehamilan kembar, peluang untuk anda mendapat kehamilan kembar adalah tinggi.
2.
Wanita yang berumur lebih dari 30 tahun mempunyai peluang yang cerah. Ini adalah kerana perubahan hormon dalam badan menyebabkan lebih dari satu telur akan dikeluarkan berbanding wanita yang lebih muda.   
3.
Rawatan kehamilan. Rawatan kehamilan yang digunakan untuk merangsang lebih dari satu telur menjadi matang boleh membawa kepada kehamilan kembar. Kepada pasangan yang menggunakan teknik bantuan pembiakan juga mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan kehamilan kembar kerana banyak janin yang akan dipindahkan kepada rahim.

Tanda dan Simptom-simptom Kehamilan Kembar
1.
Pertambahan berat badan berlebihan-Pertambahan berat badan awal pada trimester pertama mungkin boleh menjadi kehamilan kembar. Keadaan ini berlaku berikutan saiz rahim dan isipadu darah.
2.
Kantung kehamilan ynag besar. Peningkatan saiz rahim yang membesar secara tidak seragam boleh menjadi tanda-tanda kehamilan kembar.
3.
Sakit pagi(morning sickness) yang serius dan kelesuan. Wanita yang mempunyai kehamilan kembar selalunya cenderung mendapat sakit pagi dan kelesuan yang lebih teruk dari wanita yang hamil satu janin sahaja. Bagaimanapun hal ini selalunya tidak benar.

Diagnosis bagi Kehamilan Kembar
1.
Paras hCG-hCG(human Chorionic Gonadotrophin), hormon ynag dirembes semasa hamil dan selalunya ia digunakan untuk mengesan seseorang itu mengandung atau tidak. Paras hCG bagi wanita yang hamil kembar lebih tinggi dari wanita yang bersalin seorang janin sahaja.
2.
Paras alpha fetoprotein-alpha fetoprotein ialah protein yang berada dalam darah ibu. Ia telah dirembeskan oleh hati bayi. Bagi kehamilan kembar, paras protein tersebut adalah dijangka lebih tinggi dari normal kerana lebih dari satu janin akan merembeskannya.
3.
Imbasan ultrasound-Berpandukan imbasan ultrasound doktor boleh memastikan kehamilan kembar dengan melihat kantung janin dan juga degupan jantung. Teknik ini adalah lebih dipercayai dari yang lain.

Komplikasi Yang Mungkin Dihadapi Bagi Kehamilan Kembar
1.
Kelahiran pramatang-Kelahiran pramatang adalah biasa berlaku bagi kehamilan kembar. Keadaan ini berlaku apabila rahim mulai mengecut dan cervik mula melebar sebelum waktu hamil belum mencecah 37 minggu.Keadaan ini mendorong kepada bersalin pramatang.
2.
Bayi pramatang-Bayi pramatang adalah implikasi dari kelahiran pramatang. Bayi akan dilahirkan lebih awal dari masa yang djangka sebelum organ dalam badan matang untuk berfungsi sepenuhnya. Keadaan ini akan menyebabkan komplikasi yang sangat serius kepada bayi dan bayi memerlukan bantuan seperti mesin ventilator untuk terus hidup. Bayi pramatang selalunya lebih kecil dan mempunyai berat badan yang kurang dari 2.5 kg.
3.
Tekanan darah tinggi disebabkan hamil-Wanita yang sedang hamil kembar adalah lebih cenderung untuk menghidapi tekanan darah tinggi. Preeclamsia adalah lanjutan dari penyakit tekanan darah tinggi yang dialami semasa hamil yang mana memerlukan rawatan yang serius untuk mengelakkan komplikasi terhadap ibu dan bayi.
4.
Diabetes ketika hamil-Diabetes ketika hamil adalah keadaan biasa yang berlaku semasa kehamilan kembar dan boleh menyerang ibu dan bayi.
5.
Sindrom kembar ke kembar-Sindrom ini hanya berlaku kepada kembar yang berkongsi satu uri yang sama seperti kembar seiras. Masalah timbul apabila pengangkutan darah kepada kembar tidak seragam, seorang dapat lebih banyak dan seorang lagi dapat lebih sedikit. Hal ini menyebabkan seorang bayi akan mengalami pembengkakkan dan seorang lagi mengecut. Keadaan ini sangat serius menyebabkan kelahiran perlu dilakukan seawal yang boleh.
6.
Kecacatan kekal-Kembar mempuyai risiko tinggi untuk mendapat kecacatan kekal seperti spina bifida dan kecacatan jantung. Mereka mempunyai risiko masalah kesihatan jangka masa panjang.
7.
Keguguran-Terdapat keadaan yang dipanggil vanishing twin syndrome apabila bayi lenyap dalam kandungan semasa proses kehamilan.
8.
Pendarahan-Semasa melahirkan bayi kembar, ibu mempunyai risiko mendapat pendarahan selepas bersalin. Ini berikutan dari uri yang terlalu besar dan rahim yang sempit.
9.
Bersalin pembedahan caesarean-Walaupun janin boleh dilahirkan melalui faraj, sesetengah hospital mempunyai polisi bersalin dengan menggunakan bersalin secara caesarean untuk kehamilan kembar. Keputusan ini dibuat berdasarkan keadaan dan posisi bayi serta keadaan ibu. 



Apa Yang Harus Anda Lakukan
1.
Selalu membuat pemeriksaan-ibu yang hamil kembar memerlukan pemeriksaan yang lebih kerap berbanding ibu yang hamil satu janin sahaja. Ini penting untuk mengawal dan melihat tahap tumbesaran dan perkembangan janin serta ibu yang mengandung.
2.
Pemakanan-Untuk memastikan bayi adalah sihat ibu perlu menjaga pemakanan. Si ibu memerlukan kalori, protein dan makanan tambahan seperti zat besi dan folic acid.
3.
Berehat-Memerlukan rehat yang lebih bergantung kepada keadaan si ibu. Amalkan berehat selalu adalah perlu untuk mengelakkan kelahiran pramatang walaupun keberkesanannya tidak dapat dibuktikan lagi.


Bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan sentiasa dalam keadaan baik.Ibu hamil sentiasa bertenaga sepanjang kehamilan,supplement berkualiti WAJIB menjadi teman sepanjang kehamilan..

Set trimester 1& 2


Set terimester 2&3


Untuk info / order
019-3845992 - DiLa ZaiNi






1 comment:

  1. Pinkkkkkkk ! Cantikkk . Done singgah and follow . Singgah balik and follow back . Hehehe http://ourlifestoly-bigsbunny.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...