Sunday, January 4, 2015

BANJIR DI PANTAI TIMUR EPISOD 2

Assalamualaikum.Berakhir sudah banjir di Pantai Timur.Memang sangat menyedihkan melihat keadaan rumah mangsa mangsa banjir.Di tempat saya,banjir yang bermula pada 23 Disember 2014 Alhamdulillah berakhir pada 2 Januari 2015.10 hari kami terkandas.Lebih menyedihkan bekalan eletrik,line telefon dan air turut terputus.

Selepas air surut

Banjir buruk tahun ini juga menenggelamkan deretan kedai di pekan Kuala Krau termasuk 2 stesen minyak.Air yang naik pada waktu malam menyebabkan para peniaga tak sempat menyelamatkan barang jualan mereka.

Bandar Temerloh pun lumpuh apabila air memasuki kawasan bandar.Beberapa video yang saya tonton sumber Whatsapp beberapa individu sempat lagi mencuri barang di sebuah pasaraya.Hal yang sepatutnya tak berlaku.Tanpa memikirkan risiko , mereka mengangkut barang-barang seperti periuk besar dan tikar diatas bot.Turut terlihat beberapa individual lain sedang memunggah barang-barang dari pasaraya itu.

Semoga pihak-pihak yang mencuri tu dapat berfikir secara waras untuk memulangkan semula barang-barang yang dah mereka ambil.

Kisah banjir dah berakhir,walaupun masih ada kawasan-kawasan yang masih terputus hubungan diharap cepat-cepat reda. Proses baik pulih sedang giat dilakukan.Keluarga yang terlibat semoga tabah.

Kepada badan-badan Kerajaan,NGO dan juga pihak persendirian yang menghulurkan bantuan jutaan Terima Kasih dari pihak saya dan keluarga.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...