Wednesday, June 3, 2015

BERJAYAKAH PROSES PENYUSUAN TANPA SOKONGAN SUPPLEMENT

Assalamualaikum..


Saya yakin semua ibu-ibu mengimpikan untuk menyusukan anak mereka hingga 2 tahun.Tak kira lah secara terus kepada anak ataupun penyimpanan stok (bagi yang bekerja).Ini semua untuk anak supaya dapat membesar dengan susu terbaik di dunia iaitu susu ibu.

Namun begitu,ramai beranggapan susu ibu yang dibekalkan kepada anak dipenuhi segala zat dan keperluan secukupnya.Tapi mereka harus sedar,penghasilan khasiat susu ibu adalah melalui pemakanan ibu itu sendiri.

Fikir sejenak:-
  • Adakah anda mampu untuk makan makanan seimbang mengikut saranan doktor.Makanan seimbang yang memerlukan sayuran hijau,daging,ikan,telur dan lain-lain dalam setiap hidangan.
  • Adakah anda yakin makanan yang dimakan bebas dari perasa tambahan.
  • Adakah anda pasti makanan anda terpelihara zatnya.Proses memasak yang terlalu lama akan menjejaskan zat di dalam khasiat yang terdapat dalam makanan.
  • Adakah anda mampu makan buah-buahan yang banyak untuk mengimbangkan keperluan seharian.
Jika anda rasa anda sudah memenuhi segala keperluan dalam pemakanan anda.Anda tidak perlu lagi mengambil makanan tambahan dalam diet harian anda.

Tetapi,jika segala keperluan sewajarnya tidak dilengkapi.Apa yang tinggal untuk dibekalkan kepada bayi anda.Fikirkan semula.

Orang sekeliling selalu berpesan

"Jangan minum ais,nanti anak selesema."

"Jangan makan makanan berangin,nanti anak kembung."

Jadi dah sah-sah pemakanan ibu mempengaruhi bayi.

Macamana nak dapatkan khasiat secukupnya?

Kini bukan rahsia lagi..


Set Penyusuan Shaklee membantu ramai ibu-ibu yang mempunyai masalah kurang susu,anak lambat kenyang dan ibu-ibu yang sangat mementingkan kualiti susu ibu untuk bekalan bayi.

Saya sendiri mengamalkannya untuk proses penyusuan kedua-dua puteri saya.

Saya ingin berkongsi segala kebaikan yang saya perolehi bersama anda juga.

Info/Order

PM-Whatsapp 0193845992
Email : dilazaini17@gmail.com
Ejen Shaklee Temerloh,Jerantut dan Seluruh Malaysia.

Love,


Monday, June 1, 2015

BUAH-BUAHAN YANG DIBENARKAN DAN DILARANG KETIKA BERPANTANG

Assalamualaikum

Melalui proses berpantang di ketika cuaca panas sedikit sebanyak mencabar ketahanan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.Lagi-lagi tengok orang lain syok betul minum ais.Wahh..Dugaan berat.


Pengambilan buah-buahan sedikit sebanyak dapat memberi kesegaran pada tekak ibu berpantang.Tapi janganlah makan yang baru keluar peti ais pulak.Sejuk-sejuk ni dah sah-sah tak boleh makan masa berpantang,biarkan pun buah tu tak masuk kategori dilarang.Tapi sebab sejuk, kalau boleh elakkanlah ye.

Antara buah-buahan yang dibenarkan dimakan oleh ibu berpantang ialah:-
  • Buah anggur
  • Buah kurma
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis 
  • Longan China
  • Buah Zaitun
  • Buah tin
  • Buah Delima
  • Buah Pir
  • Buah limau
Antara yang dilarang pula adalah:-
  • Nenas
  • Tembikai
  • Betik
  • Epal hijau
  • Jambu batu
  • Ciku
  • Langsat
  • Nangka
  • Mangga
  • Belimbing
  • Durian 
  • Belimbing
  • Ubi kayu
  • Ubi keledek
  • Manggis
Kalau boleh elakkan mengambil buah-buahan sejuk dan berangin.Jaga pemakanan ketika berpantang demi kesejahteraan ibu dan baby.Bila salah makan ,perut baby kembung mesti ibu pun susah hati kan.

Jadikan Set Berpantang Shaklee teman sepanjang proses berpantang.

Dapatkan SET BERPANTANG SHAKLEE..Klik Sini..

Selamat Berpantang..

Love,


MANFAAT VITAMIN E UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN

Assalamualaikum..

Vitamin E merupakan antioksidan yang terbaik untuk tubuh.Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti kekacang,buah-buahan seperti epal dan blueberry.Selain itu,Vit E boleh diperolehi dari sayur-sayuran seperti tomato,ubi jalar dan sayuran hijau.


Jika sukar untuk memakan makanan seperti di atas,Vit.E dapat diperolehi daripada pengambilan supplement.

Keperluan Vitamin E untuk seorang dewasa adalah 200-400mg sehari.Jika sukar mendapatkan dos secukupnya dari pengambilan sayuran atau buah-buahan,Vitamin E Shaklee menyediakan dos secukupnya untuk bekalan harian kita.

Manfaat yang boleh diperolehi daripada Vitamin E.

  • Menyembuhkan luka dengan cepat.Keluarkan sedikit vitamin E dan oleskan pada luka.InshaAllah luka cepat baik.
  • Anti-Penuaan terbaik.Kesan pengambilan vitamin E kulit muka akan sihat dan menegang.Kulit kelihatan cantik dan kelihatan muda.Garis-garis halus pada wajah akan berkurangan.
  • Mengurangkan krem ketika haid.Jika anda mengalami krem ketika haid,ambil vitamin E 1-2 biji.Masalah krem kaki dapat dikurangkan.Selain Vitamin E,anda boleh mengamalkan Ostematrix untuk mengurangkan masalah krem kaki ketika haid.
  • Vitamin E untuk kesuburan.Jika diamalkan oleh kaum lelaki,ia membantu meningkatkan penghasilan sperma dan memberi keupayaan kepada sperma untuk bergerak dan berenang.Vitamin E juga dikenali sebagai VITAMIN CINTA kerana ia mampu memberi keinginan bersama.(Khas untuk yang berkahwin sahaja.)Jangan risau bagi mereka yang belum berkahwin tapi mahu mengamalkan Vitamin E.Ia bertindak mengikut kesesuaian tubuh.

Bulan June ni ada promosi HEBAT Vitamin E dan Vitamin C tau.


Jadi sesiapa nak kulit cantik,mulus dan menawan hari raya nanti.Lekas-lekas grab 1 set Vitamin E dan Vitamin C.Promosi berlangsung sepanjang June 2015.

Lagi cepat beli,lagi cepat cantik u'olls.

Order/Info
SMS | Whatsapp : 0193845992
Email : dilazaini17@gmail.com

Love,



Sunday, May 31, 2015

ANAK MASIH MENYUSU BADAN TAPI DISAHKAN HAMIL.SELAMAT ATAU TAK?

Assalamualaikum..

Saya yakin ramai yang pernah melalui situasi ini.Termasuklah saya sendiri.Saya disahkan hamil ketika tu umur Zahra 2 tahun 2 bulan.Saya teruskan proses penyusuan tu sebab susu banyak lagi.Saya pun niat nak teruskan sampai 2 tahun setengah.Tapi malangnya,saya mabuk teruk di awal kehamilan.Asal makan je muntah balik.Jadi atas nasihat suami,saya terpaksa memutus susu dengan Zahra.Memang berat hati tapi terpaksa.Macamana pun,Alhamdulillah saya dapat susukan dia selama 2 tahun 3 bulan.
Ini cerita saya.Saya pasti ada yang mengalami hal yang lebih sukar apabila hamil pada usia anak yang sebelumnya masih terlalu kecil.Rezeki kan.Proses ini dinamakan penyusuan tandem.


Kata orang dulu-dulu,tak baik menyusukan anak ketika hamil.Diaorang kata tu susu adik.Jadi kena berhenti la menyusukan anak tu.

Sebenarnya,tiada masalah untuk meneruskan penyusuan selagi ia tidak memudaratkan ibu dan juga anak dalam kandungan.


Antara kebaikan yang dapat diperolehi dari penyusuan tandem ini.


  • Anak tidak rasa tersisih

Walaupun sudah ada adik dalam perut mama tapi masih boleh menyusu dengan mamanya sudah tentu dapat mententeramkan hati anak itu.

  • Elak bengkak susu

Di awal kelahiran,baby tak banyak menyusu.Jadi bila abang/kakak dah tolong hisapkan,mama pun tak lah jadi bengkak susu.

  • Merangsang penghasilan susu yang lebih banyak

Jangan bimbang kurang susu kerana payudara akan semakin galak mengeluarkan susu jika kita kerap menyusukan anak.

  • Mengeratkan kasih sayang.

Meneruskan penyusuan sepanjang kehamilan dapat memenuhi keperluan emosi,sentuhan fizikal dan mengeratkan hubungan anak dan baby yang bakal dilahirkan.

Tak dinafikan menyusukan anak semasa hamil akan menyebabkan tubuh cepat berasa penat.Oleh itu,pengambilan makanan tambahan amat digalakkan untuk penyokong keperluan zat terutama sekali kalsium.

"Set Kehamilan Shaklee membantu menyokong keperluan zat untuk mama,baby dalam kandungan dan anak menyusu."

Amalkan makanan seimbang mengikut piramid makanan.

Lebihkan pengambilan air masak supaya aliran susu lancar dan cecair dalam badan mama sentiasa terganti.

Ukur kemampuan diri.Jika rasa tak mampu, anda sepatutnya memikirkan semula samada mahu meneruskan penyusuan tandem atau tidak.

Jika anda berminat mendapatkan Set Kehamilan Shaklee

SMS/Whatsapp : 0193845992
Email : dilazaini17@gmail.com
COD : Temerloh,Kuala Krau,Jerantut


Love,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...