Sunday, May 31, 2015

ANAK MASIH MENYUSU BADAN TAPI DISAHKAN HAMIL.SELAMAT ATAU TAK?

Assalamualaikum..

Saya yakin ramai yang pernah melalui situasi ini.Termasuklah saya sendiri.Saya disahkan hamil ketika tu umur Zahra 2 tahun 2 bulan.Saya teruskan proses penyusuan tu sebab susu banyak lagi.Saya pun niat nak teruskan sampai 2 tahun setengah.Tapi malangnya,saya mabuk teruk di awal kehamilan.Asal makan je muntah balik.Jadi atas nasihat suami,saya terpaksa memutus susu dengan Zahra.Memang berat hati tapi terpaksa.Macamana pun,Alhamdulillah saya dapat susukan dia selama 2 tahun 3 bulan.
Ini cerita saya.Saya pasti ada yang mengalami hal yang lebih sukar apabila hamil pada usia anak yang sebelumnya masih terlalu kecil.Rezeki kan.Proses ini dinamakan penyusuan tandem.


Kata orang dulu-dulu,tak baik menyusukan anak ketika hamil.Diaorang kata tu susu adik.Jadi kena berhenti la menyusukan anak tu.

Sebenarnya,tiada masalah untuk meneruskan penyusuan selagi ia tidak memudaratkan ibu dan juga anak dalam kandungan.


Antara kebaikan yang dapat diperolehi dari penyusuan tandem ini.


  • Anak tidak rasa tersisih

Walaupun sudah ada adik dalam perut mama tapi masih boleh menyusu dengan mamanya sudah tentu dapat mententeramkan hati anak itu.

  • Elak bengkak susu

Di awal kelahiran,baby tak banyak menyusu.Jadi bila abang/kakak dah tolong hisapkan,mama pun tak lah jadi bengkak susu.

  • Merangsang penghasilan susu yang lebih banyak

Jangan bimbang kurang susu kerana payudara akan semakin galak mengeluarkan susu jika kita kerap menyusukan anak.

  • Mengeratkan kasih sayang.

Meneruskan penyusuan sepanjang kehamilan dapat memenuhi keperluan emosi,sentuhan fizikal dan mengeratkan hubungan anak dan baby yang bakal dilahirkan.

Tak dinafikan menyusukan anak semasa hamil akan menyebabkan tubuh cepat berasa penat.Oleh itu,pengambilan makanan tambahan amat digalakkan untuk penyokong keperluan zat terutama sekali kalsium.

"Set Kehamilan Shaklee membantu menyokong keperluan zat untuk mama,baby dalam kandungan dan anak menyusu."

Amalkan makanan seimbang mengikut piramid makanan.

Lebihkan pengambilan air masak supaya aliran susu lancar dan cecair dalam badan mama sentiasa terganti.

Ukur kemampuan diri.Jika rasa tak mampu, anda sepatutnya memikirkan semula samada mahu meneruskan penyusuan tandem atau tidak.

Jika anda berminat mendapatkan Set Kehamilan Shaklee

SMS/Whatsapp : 0193845992
Email : dilazaini17@gmail.com
COD : Temerloh,Kuala Krau,Jerantut


Love,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...