Wednesday, June 10, 2015

5 CARA AJAIB TENANGKAN BAYI

Assalamualaikum..

Jika anda dan suami baru sahaja menimang cahayamata sulung.Pasti anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kehadiran anak dalam keluarga kecil kalian.Bila anak tidur atau diam je masa tu takde masalah sangat.Tapi bila anak menangis dan sukar untuk menenangkan mereka mulalah kelam kabut kan.


Setiap bunyi tangisan si kecil memberi terjemahan.Contohnya 'neh' ketika lapar,'owh' sewaktu mengantuk,'heh' jika emosi terganggu,'eairh' merujuk kepada kembung perut dan 'eh' saat ingin sendawa.Cuba fahami kehendak bayi dan praktikkan teknik menenangkan mereka melalui rawatan dakapan.Rawatan dakapan ini memberi rasa seperti dalam rahim dan dapat memberi keselesaan kepada bayi.

Teknik 1
Menghisap

Anda boleh penuhi naluri menghisap si kecil.Berikan puting ataupun jari yang bersih kepada bayi anda.

Teknik 2
Posisi mengiring atau meniarap

Letakkan bayi dalam keadaan mengiring atau meniarap dengan keseluruhan abdomen di atas lengan anda.Ini meniru posisi bayi ketika di dalam rahim yang sentiasa dalam kedudukan sisi atau terapung dengan bahagian depan badan menghadap ke dinding rahim (3D).


Teknik 3
Bedung

Caranya umpama meniru posisi Dan keterbatasan bayi ruang di dalam rahim ibu.Ia membuatkan bayi seperti sentiasa dipeluk.Tidak kira apa juga teknik bedungan,pastikan ikatan dibahagian abdomen diikat ketat supaya tangan tidak terkeluar.Jangan ikat ketat dibahagian pinggang dan kaki bayi supaya memudahkan bayi membengkok atau menggerakkan kaki tanpa rasa sakit.

Teknik 4
Hayunan

Jika bayi anda masih menangis selepas melakukan 3 teknik di atas.Cuba ayunkan bayi dengan pantas.Mengapa pergerakan ini sesuai dilakukan?Ini kerana ia adalah pergerakan biasa dialami bayi ketika dalam rahim terutama ketika ibu bergerak.Pastikan bayi dipegang kemas sewaktu melakukan teknik ini.Kurangkan hayunan jika bayi sudah bertenang sedikit.Pegang dagu bayi dan gerakkan kepalanya sambil membunyikan 'ssshh'.

Teknik 5
Bunyi 'sssshhh'

Rahim merupakan tempat yang sangat bising-kekuatan bunyi mencecah 90 desibel iaitu lebih kuat dari vakum.Bunyi ini datang dari pelbagai sumber, umpamanya aliran deras darah ibu ke setiap salur,buka dan tutup injap jantung,proses pencernaan dalam usus serta bunyian dari dunia luar.Biarpun bising,namun keterbiasaan membuatkan bayi tenang.
Maka tidak mustahil kebanyakkan bayi lebih lena tidur di waktu siang dan kerap terjaga di malam hari yang sunyi.Membantu bayi anda kembali tenang,cuba buat bunyi 'ssshhh' di telinga bayi atau pasangkan bunyi-bunyi yang menenangkan CD,TV ataupun radio yang memberi rasa selesa kepada bayi.Tapi pastikan jaraknya jauh sedikit dari bayi supaya pendengarannya tidak terjejas.

Love,





Sumber rujukan:Majalah Wanita

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...