Friday, June 5, 2015

TEKNIK MENCUCI PUSAT BAYI BARU LAHIR

Assalamualaikum...

Baru-baru ni kami baru menerima kehadiran baby baru dalam keluarga besar kami.Kategori cucu tau.Jangan ingat umur 26 tahun tak boleh ade cucu .Pangkat nenek dah saya ni.Yang baru sorang,yang sebelum tu dah 2 orang.3 dah cucunya.

Gambar ihsan Google je..
Masa melawat baby baru,Zahra sempat tengok baby tu dimandikan.Lepas tu,dia tanya saya,apa yang ada kat pusat baby tu.Haaa..Jenuh jugak nak explain.Bila kita bagitau,dia xfaham,dia tanya lagi.Macam tu la kan.Otak tengah berkembang.

Lepas tu,Kakak ipar saya tanya saya betul ke cara dia cuci pusat baby tu.Saya pun tak lah arif sangat tapi berkongsi sikit-sikit bolehla.

Meh saya kongsikan cara membersihkan pusat bayi baru lahir.Mesti dilakukan dengan cermat supaya tak menyakitkan bayi dan tak menjadi punca kuman pulak nanti.

Selepas keluar hospital,ibu mesti dibekalkan dengan sejenis ubat sapu untuk mencuci pusat bayi.Jadi guna ubat tu dah cukup.Jangan guna sebarang minyak contohnya minyak gamat atau yang seangkatan dengannya.

Basuh tangan dulu.Ambil kapas dan tuangkan sedikit ubat cuci pusat pada kapas tu.Jangan tuang sampai basah lencun.Agak-agak kita boleh nak picit sampai ubat tu menitik kat pangkal pusat dah memadai.

Kapas yang digunakan tadi bolehlah ditekap lembut pada pusat bayi untuk meratakan ubat pusat tu.Tapi,jangan tekap berulang kali ye.Sekali sapu dan WAJIB terus buang.Ambil kapas atau putik kapas yang lain untuk menyudahkan proses cuci pusat.

Biasanya pusat akan meninggalkan sedikit sisa-sisa darah beku.Jadi cuci perlahan je.Jangan tonyoh beria kalau sisa darah tu susah tanggal.

Lakukan 2 kali sehari.Jika pusat bayi macam lain macam je.Jangan pandai-pandai bubuh itu ini.Rujuk nurse takut-takut terjadi jangkitan kuman.

Nasihat yang saya perolehi dari blog Dr.Zubaidi,bayi yang belum tanggal pusat ni tak perlulah dimandikan lagi.Cukup sekadar dilap dengan tuala basah.Tapi cuaca panas sekarang.Kita pun kesian tengok kalau bayi tak dimandikan.Macam kakak saya yang jaga saya masa berpantang.Sebelum tanggal pusat sekali je mandikan bayi.Nanti dah tanggal pusat baru mandikan 2 kali sehari.

Satu menda lagi nak pesan,bila tali pusat dah tinggal sikit lagi nak tanggal.Jangan cabut.Ia akan tercabut sendiri.Kadang-kadang ada pulak yang geram tengok tali pusat tu tergantung kat pusat.Masa ni lagi kena hati-hati.Takut tersangkut baju ke kan.Boleh tercabut secara paksa jugak tu.
Akibatnya,akan berlaku pendarahan dan jika tidak dihentikan boleh menyebabkan kematian.


Biasanya seminggu dah tanggal.Macam anak saya,Qhayra Nabila,lepas tali pusat tertanggal pusat dia macam tersembul.Jangan risau ye kalau jadi macam tu.Cuma tekan-tekan mesra je tiap-tiap hari.Sekarang pusat dia dah comel lote dah.

InshaAllah,semoga bermanfaat.

Love,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...