Saturday, May 16, 2015

APA ITU HEALING CRISIS?

Assalamualaikum..

Pernah tak anda alami sakit kepala,demam,muntah-muntah selepas makan supplement?

Ini dinamakan HEALING CRISIS...


Jangan risau..Ini merupakan kesan sampingan yang positif.

Tapi kenapa ia menyakitkan...?

Menurut 'Hering's Law of Cure', Healing crisis ialah semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Oleh yang demikian, tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah dan sebagainya.

Diibaratkan badan seperti tangki yang berkarat.Bila kita cuci karat-karat tu,air karat yang keluar akan sangat kotor.Macam tu la diibaratkan tubuh kita.Supplement ni ibarat ejen pencuci la.

Jadi macamana kita nak pulihkan healing crisis ni?

Macam yang saya bagitahu tadi.Ibarat kita nak membersihkan tangki berkarat.Perlukan air yang banyak untuk mengalirkan air supaya cepat bersih.
Macam tu jugak tubuh kita.Lebihkan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3L sehari.Supaya aliran toksin dalam badan dapat dikeluarkan segera.

Berapa lama healing crisis ni boleh berlaku?

Kadangkala sekejap.Ada masa lama.Bergantung pada individu.Ada yang mengalaminya beberapa hari sahaja.


Jika ia berlarutan agak lama,kurangkan dos pengambilan vitamin.
Jangan hentikan pengambilan vitamin ya.Cuma perlu dikurangkan sahaja.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...