Tuesday, May 26, 2015

6 TIPS AJAR ANAK MENGEMAS LEPAS BERMAIN

Assalamualaikum...

Semoga hari ini dan seterusnya kita diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Setiap hari,rutin ibu akan mengemas rumah.Apabila ibu asyik mengemas mainan anak-anak pasti ada sedikit keluhan dari ibu bila mainan bersepah sangat.Termasuk lah saya jugak tu.Mulai hari ini, apa kata kita didik anak-anak supaya mengemas selepas bermain dan jadikan aktiviti mengemas sebagai rutin mereka.


Tips 1

Ajak mereka mengemas bersama.Jika mahukan mereka mengemas,kita perlu bersama-sama mereka.Jadikan aktiviti itu,aktiviti yang menyeronokkan.Contohnya,buat kan 1 situasi mengemas itu 1 perlumbaan.
Set masa guna "stopwatch".Kita pun jangan lah lumba sungguh-sungguh sangat.Biarkan mereka yang menang.

Bila mereka memasukkan mainan ke dalam raga,pasti mereka merasa kelam kabut dan aktiviti itu turut diiringi gelak tawa.

Tips 2

Puji mereka.Biarlah puji melambung sikit.Budak-budak ni suka dipuji.Tak salah puji anak sendiri.Bila dipuji secara psikologinya mereka merasa seronok dan bangga.

Tips 3

Sediakan tempat menyimpan mainan yang cantik.Bila tempat simpan tu cantik.Rasa excited tu mesti lebih punya.
"Jom adik,isi mainan dalam bekas cantik ni."

Bila mereka lihat bekas yang cantik ni.Secara tak langsung diaorang akan datang dekat pada kita.

Tips 4

Janji bagi upah,memang tak sesuai sangat.Tapi boleh dipraktikkan.Bila diaorang siap mengemas,bagi sedikit habuan.Contohnya duit,tak payah banyak pun.Kemudian sediakan tabung,secara tak langsung dan pupuk sekali amalan menabung.

Tips 5

"Final touch".Selalunya anak-anak mahukan sentuhan terakhir tu diaorang yang buat.Akhiri dengan tepuk tangan selepas aktiviti mengemas.Pasti mereka akan seronok untuk buat lagi.

Tips 6

Hadirkan rasa tanggungjawab.Bila dia atau adik buat sepah,minta dia kemas,dan cakap kat dia yang dia kena kemas sebab dia Kakak.Mesti terusik sikit hati tu.Inshaaallah.

Kita sebagai ibu kena mulakan.Bila lama-lama akan jadi kebiasaan mereka untuk mengemas lepas bermain.

Semoga bermanfaat.

Love,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...