Monday, April 13, 2015

HAID TAK TERATUR,MACAMANA NAK TENTUKAN HARI SUBUR?

Assalamualaikum...

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengidamkan cahayamata sendiri.Namun begitu,tidak semua pasangan begitu bertuah untuk memiliki cahayamata selepas berkahwin.Ada yang perlu menunggu bertahun-tahun sebelum dikurniakan cahayamata.

Antara faktor sukar hamil ialah:-
  • Haid tidak teratur.
  • Struktur tiub fallopio.(Tersumbat atau rosak)
  • Berat badan berlebihan atau berkurangan.
  • Hormon yang tidak seimbang.
  • Kualiti sperma kurang atau abnormal.
  • Merokok.
  • Jangkitan pada testis.(Contoh:demam campak)
  • Terdedah pada radiasi bahan kimia.
  • Tekanan (Stress)
Ada juga antara pasangan yang tidak dapat dikesan punca ketidaksuburan mereka.Ia dikenali sebagai "unexplained infertility" .


Tidak semua wanita mempunyai kitaran haid yang tetap setiap bulan.
Bagaimana pengiraan hari subur untuk mereka yang mempunyai masalah kitaran haid yang tidak tetap ini...


Dengan menandakan tarikh haid anda di kalendar..Proses menentukan hari subur akan lebih jelas.

Cara kiraan:

Catat tarikh hari pertama haid anda.Penandaan ini perlu dilakukan 8-12 bulan.
Pilih kitaran haid yang paling panjang dan paling pendek.

Kitaran haid paling pendek ditolak 18,ia ditandakan sebagai hari pertama kesuburan anda,manakala kitaran haid paling panjang ditolak 11.Ia merupakan tarikh akhir hari subur anda.

Contoh:-

Januari - Kitaran haid 32 hari
Februari - Kitaran haid 30 hari
Mac - Kitaran haid 34 hari (kitaran haid terpanjang)
April - Kitaran haid 32 hari
Mei - Kitaran haid 29 hari
Jun - Kitaran haid 27 hari (kitaran haid terpendek)
Julai - Kitaran haid 30 hari
Ogos - Kitaran haid 32 hari

Maka,
27 - 18 = Hari ke9 merupakan hari subur pertama anda.
34 - 11 = Hari ke 23 merupakan hari subur terakhir anda.

Kesimpulannya,hari ke 9 hingga hari ke 23 merupakan hari-hari subur anda.Gunakan alat ujian kesuburan (OPK) supaya peratusan untuk hamil meningkat.


Selain itu juga,anda boleh menggunakan GLA Complex untuk menetapkan kitaran haid anda.


Testimoni pengguna..Alhamdulillah..



Info/Order
Phone : 019-3845992 (Dila)
Email  : gardthezzz@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...