Friday, April 10, 2015

TIPS DAN PETUA BENGKAK SUSU

Assalamualaikum..

Bagi seorang ibu yang baru melahirkan bayi,anda pasti akan mengalami situasi payudara terasa sangat keras kerana dipenuhi susu.Kadangkala sakit keseluruhan payudara hingga ke bahagian bawah ketiak.Jika terus dibiarkan anda mungkin akan demam.Ia dinamakan sebagai BENGKAK SUSU atau MASTITIS.


Pengalaman saya sendiri,saya turut mengalami masalah bengkak payudara selepas bersalin.Jadi sebelum bersalin lagi,saya dah persiapkan PAM SUSU.Nanti kalau payudara membengkak saya boleh terus pam.Bengkak susu pastinya menyebabkan rasa yang sangat tidak selesa bagi si ibu.

Saya cuma gunakan brand Pureen.Sebab saya perlu pam masa payudara bengkak sahaja.



Selain menggunakan Pam susu..Terdapat beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk masalah bengkak susu ini.

Pertama
Pastikan COLI MENYUSU yang digunakan tidak terlalu ketat.

Kedua
Pastikan bayi anda menyusu setiap 2 - 3 jam.Kejutkan bayi anda untuk menyusu.

Ketiga
Berkait dengan penggunaan PAM SUSU.Kadangkala si ibu risau untuk mengepam susu kerana takut nanti jika anak mahu menyusu,susu akan sedikit dan tidak mencukupi.Tidak salah jika anda mengepam susu untuk mengeluarkan lebihan susu.Kerana payudara anda akan lebih aktif untuk mengeluarkan susu jika anak menyusu dan anda turut mengepam.

Keempat
Pastikan ketika bayi menyusu puting payudara masuk sepenuhnya dalam mulut bayi anda.Pada permulaan mungkin akan susah sedikit kerana kawasan areola (kawasan hitam payudara) anda keras ,tetapi jika anda tuam dengan tuala yang dicelup air suam ataupun anda mandi air suam kawasan areola akan menjadi lembut dan bayi dapat menyusu dengan lebih baik.

Kelima
Ada juga individu yang meletakkan kubis segar,namun begitu proses ini mungkin memberi rasa sejuk dan nyaman kepada si ibu tetapi tidak efektif untuk mengurangkan masalah bengkak susu kerana ia tidak dikeluarkan dengan baik.

Keenam
Anda boleh mengambil supplement LECITHIN Shaklee.
Pakar penyusuan menyarankan pengambilan lecithin sebanyak 3600-4800mg sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat..

Lecithin treatment for recurrent plugged ducts



Selain dapat mengurangkan masalah bengkak susu,Lecithin membantu mengurangkan berat badan ibu selepas bersalin dan juga ekstrak soya yang terdaat dalam Lecithin membantu merangsang otak bayi melalui susu ibu yang diminum.

Testimoni pengguna


Jika and a berminat untuk mendapatkan LECITHIN

Hubungi : 019-3845992 (Dila)
Email : gardthezzz@gmail.com

Konsultansi selepas pembelian PERCUMA!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...