Thursday, April 16, 2015

PENDARAHAN KETIKA HAMIL..BAHAYA ATAU TIDAK

Assalamualaikum..


Pendarahan ketika hamil merupakan sesuatu yang tidak baik untuk kehamilan.Jadi ia dikategorikan sebagai BAHAYA.!Jika tidak dirujuk terus kepada pakar a.k.a doktor,sesuatu yang lebih buruk mungkin berlaku.

Apakah punca pendarahan berlaku?

Jika ia berlaku di awal kehamilan,ia disebabkan "pendarahan implantasi".Ini terjadi apabila ovum yang telah disenyawakan dengan ovum bergerak ke dalam rahim ketika ini akan berlaku sedikit pendarahan berwarna coklat.Mungkin berlaku selama 2-3 hari.

Proses keguguran mungkin berlaku untuk wanita hamil yang mengalami pendarahan.Namun begitu,jika segera dirawat ia mungkin dapat dielakkan.
Pendarahan akibat keguguran boleh berlaku dalam tempoh 12 minggu kehamilan.Sebab tu la kebanyakkan orang tua berpesan supaya elakkan melakukan pekerjaan berat,kerana ketika ini janin masih belum kuat.

Terjadinya pendarahan apabila berlakunya kehamilan luar Rahim (ectopic pregnancy).Kehamilan tidak normal ini tidak berlaku di dalam rahim,tetapi di saluran salur fallapio.Risiko kehamilan ini pecah dan boleh membawa maut.

Kehamilan buah anggur.Hal ini terjadi apabila tumbuh tisu yang tidak normal selepas proses persenyawaan.Ia akan membesar dengan cepat tetapi yang dikandung bukanlah janin tetapi tisu yang sangat berbahaya.Ini turut terjadinya pendarahan,selepas pemeriksaan,doktor akan mengesahkan terdapatnya tisu berbahaya dalam rahim seseorang.

Perpisahan uri dengan dinding Rahim.Kebiasaannya hal ini terjadi ketika trimester 2 atau trimester 3.Sedikit pendarahan dan sakit perut mungkin berlaku.

Ketumbuhan pada pangkal rahim (Polyp) turut boleh menyebabkan pendarahan.


Placenta previa iaitu kedudukan uri di bawah yang menutupi sebahagian pangkal Rahim turut menyebabkan berlakunya pendarahan.Hal ini terjadi ketika trimester 2 atau trimester 3.


Pendarahan di hujung kehamilan merupakan tanda untuk melahirkan.Disertai dengan mukus yang pekat dan rasa sakit perut.Cepat-cepat ke hospital ya.

Pengalaman saya sendiri,pernah berlaku 2 kali pendarahan ketika hamil anak ke-2 saya.Perut saya mengeras sepanjang malam,keesokkannya akan berlaku sedikit pendarahan.Hal ini terjadi ketika usia kandungan di trimester 2 dan 3.

Saya terus melakukan pemeriksaan di Klinik swasta dan rehat secukupnya.Alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku.Saya juga turut mengamalkan Set Kehamilan Shaklee untuk kesihatan kandungan saya.


SET HAMIL SHAKLEE

Jangan ambil mudah jika berlaku pendarahan.Rujuk pakar supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Sumber rujukan: <drzubaidi.com>






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...